Tuesday, October 14, 2014

APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN UNTUK "BLOG REBRANDING" ?

S alam dan hi

Setelah sekian lama, rupa-rupanya saya telah lama meninggalkan laman blog kesayangan ini - hampir setahun agaknya. Hanya mengemaskini dengan hanya 2 atau 3 entri sahaja. 

Alasan? Tidak perlulah memberikan apa sahaja alasan bukan. Kerana kata orang hendak seribu daya, kalau tidak hendak sejuta alasan.
Rebranding
Gambar : Google

Kembali ke sini rasanya seperti kembali ke kampung halaman yang penuh dengan kisah memanjang pokok dan kembali terjun ke dalam air sungai yang sejuk - Nostalgia. Tapi apa yang paling saya rasakan ialah, sepertinya saya tidak punyai tekanan sepanjang masa saya tidak menekan keyboard. Terasa sedikit kebebasan, namun apa yang saya rasakan kerugian adalah kerana kurangnya saya membaca sesuatu hal atau kurangnya saya belajar benda-benda penting dan baru.

Saturday, July 26, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

elamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua. Semoga dengan perginya ramadan memberikan seribu satu kesan dan pengajaran kepada kita. In sha Allah, semoga kita akan berjumpa lagi dalam ramadan yang akan datang

Salam Aidilfitri

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

S elepas tahun yang agak mencabar dan penuh dengan segala pancaroba dan hikmah dalam tahun 2013, kini semua kita menjejak kaki dalam tahun baru masihi Tahun 2014. Mungkin ada yang sudah menetapkan matlamat-matlamat baru ketika sudah masuk tahun baru Hijrah. Mungkin juga akan menetapkan matlamat dalam tahun baru ini - terpulang dengan keselesaan masing-masing.

2014
Namun, itu adalah sebuah matlamat yang kita sudah tulis dan akan capai dalam tahun yang sedang kita berada.


Thursday, November 28, 2013

KATA-KATA MOTIVASI | BELAJAR

Yang Penting Itu Bukan Apa Yang Kita Ketahui Tapi Apa Yang Kita Sedia Untuk Pelajari

Monday, August 19, 2013

APA ITU DISIPLIN DIRI?

M elihat tajuk di atas, rasanya mungkin ramai akan teringat dengan guru disiplin ketika berada di sekolah dahulu. Mungkin ada yang mungkin tidak mahu langsung bertembung dengan mereka. Takut akan diperiksa, ditegur atau lebih teruk dihukum kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh sekolah.

Sumber : Google
Itulah yang dilakukan oleh seorang guru disiplin kepada anak-anak muridnya - menepati undang-undang atau garis panduan sekolah. Secara ringkasnya, ia adalah disiplin untuk memenuhi arahan-arahan sekolah.

Jika guru disiplin bertindak untuk menguatkan dasar atau kemahuan sekolah, disiplin diri pula boleh dijelaskan sebagai sebuah kebolehan untuk mengambil tindakan berdasarkan kemahuan atau kehendak diri sendiri (emosi).