Wednesday, December 22, 2010

Kenape perlu aku Jadi Presiden


Tolong~~~Jepun dah mei serang!!!!!
ghehehehe.....

Salam wat U all.....
Kali entri untuk AG geng bas seklah aku si YutakaMushimura

KENAPA PERLU AKU JADI PRESIDEN.

Kenapa??? Kenapa??? Kenapaaaaaaaaa???

:: Permohonan Kerja untuk Presiden ::
___________________________________________________

I think Of
i-think-of.blogspot.com
Dunia Merapu, Mayasia.

Rising Sun Awaken Moon
risingsunawakenmoon.blogspot.com
Dunia Mayasia.

Tuan,

RE: PERMOHONAN UNTUK JAWATAN PRESIDEN

Perkara ditebalkan di atas adalah dirujuk setelah lama difikirkan dan ini saya membalas iklan jawatan kosong tersebut yang pihak tuan iklankan dalam majalah GengBasSekolah milik adik saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya amat berminat untuk memohon jawatan tersebut kerana saya amat sukakan kuasa. Kuasa tersebut boleh membuatkan saya melakukan apa saja yang saya suka dalam syarikat milik tuan. Saya akan memastikan syarikat tuan mendapat keuntungan yang akan berlipat ganda. Dengan ini, gaji saya juga akan berlipat ganda.

3. Saya juga akan memastikan syarikat tuan mengalami perubahan yang drastik dengan melakukan transformasi. Antara contoh yang terbaik adalah dengan membeli barangan-barangan murah dan dilelong untuk kegunaan pejabat. Saya merekomendasi membeli barangan buatan dari china. Dengan itu, kita boleh menjimatkan perbelanjaan dan kos operasi syarikat. Saya juga akan memastikan perjalanan operasi dan pendapatan kita sentiasa berjalan lancar. Dengan ini, bonus saya akan juga berlipat ganda.

4. Setelah diselidik, saya mendapati tuan mengamalkan dasar pandang ke timur. Dengan ini, saya akan mengunakan inspirasi yang sangat baik ini dengan terus mengunakan teknologi-teknologi negara sebelah timur itu untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Saya dengan kuasa besar yang diberikan, akan memastikan pekerja-pekerja syarikat mendapat motivasi tinggi untuk berkerja. Contohnya, memasukkan perkerja(perempuan comel ) yang terpilih dari Jepun sahaja seperti yang tuan sukakan. Jadi, semangat untuk turun berkerja bertambah berkobar-kobar dan perkerja akan lebih berkerja keras kelak.

5. Tambahan pula, dengan pengalaman saya membuat air merangkap pelayan di kedai pakcik mas joko wal kamarok, saya telah banyak didedahkan dengan cerita-cerita kedai kopi yang saya kelaskan sebagai bernas dan world class. Walaupun cerita mereka adakalanya berulang-ulang dan lebih banyak kepada halimah jonggang, ini telah menguatkan pemikiran dan pandangan saya sentiasa fokus dan mempunyai visi yang jelas. Pakcik-pakcik tadi juga telah membuatkan saya menjadi "kopiholic" untuk menahan mata dan berkerja lebih mata sehingga semua idea mereka telah dikupas dan diulas atau isteri-isteri mereka mengamuk di kedai kopi tersebut. Pengalaman-pengalaman tersebut telah banyak mematangkan saya untuk terus berjaya dalam kerjaya.

6. Jadi, dengan kekuatan diri dan pengalaman berkerja yang saya ada. Saya yakin dengan kemampuan yang ada, saya amat sesuai untuk menduduki kerusi panas sebagai presiden di syarikat milik tuan yang ala-ala kejepunan itu. Hanya presiden, bukan jawatan lain. Tuan, boleh bergantung kepada saya untuk memastikan survival syarikat tuan dan keuntungan yang berlipat ganda adalah satu yang pasti, itu janji.

7. Besar harapan saya untuk mendengar maklum balas dari pihak tuan. Kerana, hanya saya adalah yang layak untuk menduduki kerusi tersebut. Dan jika pihak tuan tidak memilih saya, pihak tuan akan mendapat kerugian yang amat-amat besar. Terima Kaseh atas perhatian pihak tuan.

Yang benar iklas dari hati,

ito
............................
[ i think of ]

________________________________________________________


Ayayayayaa!!!!

PAsti Aku adalah PRESIDEN!!!!
gheeeeeeeeeeee!!!! (^^,)

Salam^^




7 comments:

  1. mak ai..siap karang surat rasmi pulop..tergejot beruk aq....

    hehehehe..akan ditengahkan....hahhaa..buat mase nie hanya korang berdua jer....cukup bulan...aq nak tutup...hahahah..

    weh..da ramai da pembaca ko ek....keep it up higher together gether....

    ReplyDelete
  2. huhuhu, hehehe..ko lah yag ajaq aku pon, ko kan sifu aku..huhuhhhu....ok, kita blogging for happy2!!!!

    ReplyDelete
  3. sifu bende...siot ja ko ek...aq x pantas untuk title itooo...

    weh...ko nak nuntut...nuntut dgn pakcik botak pakai kain balut2 warne kuning langsat...;)

    ReplyDelete
  4. Ok nani aku cariklah, ade kew?? nak bertapalah...huhuhuh..kllw leh..kekeke

    ReplyDelete
  5. Haluuu...

    GA aku nak tutup...name ko telah di boh dalam entry nieee...

    http://risingsunawakenmoon.blogspot.com/2010/12/perhatian-ga-aku-hampir-hampir-nak.html

    ReplyDelete
  6. talif./.
    wah mantap betul isi surat kamu..
    haha...lawak jugak..harussss kita beli barang murah untuk syarikat cik yutaka nie..kehkeh..
    pastu kita jual barang mahal dari opis dia pulak...boley untung 2 kali ganda...

    ReplyDelete
  7. Misz Aien : Betul2, demi meningkatkan keuntungan syarikat...huhuhh..think outside the block...kekekek

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.