Thursday, December 23, 2010

MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK

Anda seorang pemimpin dan anda mempunyai hajat untuk menjadi seorang pemimpin? Tidak perlu kerana anda sendiri sudah pun menjadi pemimpin tanpa kita sedari. Tanpa kita perlu menyertai mana-mana organisasi atau tanpa kita perlu terlibat dalam apa-apa pertandingan pemilihan sekalipun. Tapi bagaimana kita sudan menjadi seorang pemimpin?



Saya cuba pendekkan nya disini, kerana anada mungkin;

Pemimpin kepada Organisasi anda atau, 
Pemimpin kepada Keluarga anda,
dan yang penting sekali~~~~
Pemimpin Kepada diri kita sendiri.


Sebenarnya, kita  semua adalah pemimpin kepada diri kita sendiri dan kita sudahpun maklum akan perkara tersebut. 


Kita semua adalah pemimpin.

Jadi entry kali nie, cuma nak kongsi kongsi ngan korang tentang sedikit tips yang  saya   baca,renung dan fahami untuk menambahkan ilmu kepimpinan kita bersama.



PEMIMPIN YANG BERPESONALITI DENGAN CAS POSITIF


Untuk kita menjadi seorang pemimpin yang berjaya, nilai-nilai positive personaliti adalah sebenarnya kayu ukur yang utama. Agak sukar untuk seseorang cemerlang jika kurang mempunyai cas-cas positif dalam diri. Mari kita ikut langkah-langkah tersebut untuk membolehkan kita menjadi seorang pemimpin yang dikelilingi cas yang positif.


1. BERFIKIRAN TERBUKA

Pemimpin selalu dikaitan dengan membuat keputusan. Ya atau Tidak. Namun, yang sering dilakukan adalah dengan memilih keputusan orang ramai/majoriti. Keputusan majoriti akan memuaskan ramai orang disamping mengetepikan idea sendiri dan hati sendiri. Jadi, cuba bukakan hati dan minda untuk menerima penentangan dalam idea anda dan pilihan anda. Tapi, pertimbangkanlah kilogram setiap idea dengan yakin.

2. SANGGUP HADAPI RISIKO.

"Hentam sajalah labu"......Tu bukan sanggup hadapi risiko,Itu Gelojoh...gehheeee..gheee...Tidak gentar menghadapi dugaan yang bakal muncul adalah satu contoh baik. Namun, dalam masa yang sama individu haruslah memiliki azam yang sangat kuat dan serta berkerja keras. Dorongan semangat ingin berjaya tinggi juga perlu untuk meng "up" kan lagi keyakinan dan kekuatan diri untuk cabaran hari-hari mendatang.


3. BERPENGETAHUAN LUAS.



Ini adalah antara kriteria penting. Pengetahuan banyak membantu seorang dalam membuat keputusan bijak dan wajar. Tanpa pengetahuan luas, ia serba sedikit boleh mendatangkan masalah dalam pemilihan cara untuk menyelesaikan masalah.Owhhhhh!!!!!!! patutlah banyak pemimpin tu org-org berumur. Macam mana pulak ngn orang muda??? Tipnya , belajarlah dari pengalaman org tua/lama dan org lain. Kamu pasti akan ada pandu arah sendiri dengan panduan-panduan yang telah diberikan.


4. BIJAK MERANCANG


Pemimpin baik mengutamakan ciri baik dan tidak berat sebelah. Bijak merancang pula adalah
penting untuk mengambarkan wibawa seorang pemimpin. Merancang juga sebenarnya salah satu strategi untuk mengawal samada keadaan sekeliling, kewangan dan yang terpenting tenaga manusia.

5. KREATIF DAN BERIMAGINASI TINGGI


Imaginasi tinggi dan daya fikir kreatif perlu untuk seorang pemimpin. Daya imaginasi tinggi boleh dipupuk melalui pembacaan,pendengaran dan pengalaman peribadi. Juga daya kreatif seseorang individu pemimpin itu membolehkan mereka untuk mencipta satu benda baru dan lebih efektif. Walaupun dalam keadaan terdesak, pemikiran kreatif dapat membantu pemimpin dalam mencari penyelesaian. wow!!! "Making impossibe become possible!!

Dengan 5 cara tadi, sudahkan anda sedia menambah baik cara-cara kepimpinan anda dan menjadikan diri anda seorang yang mempunyai daya kepimpinan yang baik?


Soalan : Anda punyai idea ringkas bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik? Tinggalkan dalam ruangan komen untuk manfaat bersama.

2 comments:

  1. good info bro...memang menarik untuk dikongsi...

    pada ko..berseialah untuk penuhkan cas kalu ko terpilih....woohaaaa:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.