Saturday, December 18, 2010

4 CARA UNTUK MINTA MAAF

Manusia selalunya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan yang sering membawa kepada tidak sefahaman samada antara keluarga, rakan mahupun orang sekeliling kita. 

Juga terkadang dengan kesilapan yang kita lakukan boleh menyakitkan perasaan orang sekeliling dan memburukkan lagi keadaan apabila masing - masing tidak mahu mengalah atau lebih senang saya katakan disini sebagai ego.
Bertenang dan amati keindahan alam | Gambar : Google
Justeru, bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah antara kita? Sudah tentunya dengan meminta maaf

Untuk pengetahuan, menurut pakar psikologi, meminta maaf adalah bentuk terapi untuk memulihkan sebuah hubungan yang telah rosak. Memohon maaf dikelaskan sebagai sebuah TERAPI hati. Itulah sebenarnya salah satu punca apabila kita membuat kesalahan dan apabila kita fikirkan semula hati mulai rasa tidak tenang dan selesa bukan.

Jadi, untuk memulihkan hati daripada terus dibelenggu rasa penyesalan dan bersalah, eloklah kita rendahkan ego dan mula meminta maaf dengan cara - cara yang baik. Berikut adalah 4 langkah untuk meminta maaf. 

4 CARA UNTUK MINTA MAAF

1. Memilih Keadaan dan Masa.
Pemilihan keadaan dan masa tu penting. Mohonlah maaf setelah amarah telah kurang. Agak-agak pertelingkahan atau salah faham amat teruk, tunggulah beberapa hari untuk memberi ruang masa untuk meredakan keadaan. Kekadang minta maaf pada keadaan memuncak pun, hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Biarkan dan berilah masa untuk kedua-dua belah pihak untuk bertenang dan memikirkan kembali punca masalah berlaku. Dengan ini, pembetulan keatas kesilapan mungkin akan lebih mudah untuk diselesaikan.

2. Akui kesilapan dan Perjelaskan
Perkara yang paling susah sebenarnya untuk memohon maaf ialah mengakui kesilapan dan kesalahan diri sendiri. Namun, maruah tidak akan jatuh seinci pun kalau perkara tadi benar-benar dikesali. Pada masa ini, ego memang tinggi tapi, cubalah ketepikan kerana ia hanya akan merumitkan saja keadaan. Jadi, perjelaskan kedudukan sebenar perkara yang berlaku walaupun kesalahan yang dilakukan dengan sengaja.

3. Sedari Kesalahan dan Bertanggungjawab
Perkara ini akan senang untuk dilaksanakan jika ego diri telah diketepikan. Sedari segala perbuatan melukakan yang telah lakukan. Kemudian bertanggungjawab ke atas perlakuan yang telah kita lakukan. Ikhlas dengan apa saja langkah penyelesaian yang kita cadangkan sebagai langkah pembetulan dalam perhubungan kita. 

Tapi harus diingat, JANGAN BOHONG kerana jika kita melakukannya kita bakal melakukan kesalahan yang sama suatu hari kelak.  

4. Akhirnya, Sabar....
Bukan semua permohonan maaf boleh diterima. Sama sahaja seperti kita mohon kerja,mohon masuk universiti, mohon apa sahaja. Semua akan diterima? Sudah tentu tidak. Jadi, terimalah dengan sabar balasan yang bakal kita. Sekiranya yang disakiti memaafi kesalahan diri, satu usaha yang baik. 

Tapi, jika sebaliknya? Bergembiralah kerana kita telah melakukan yang terbaik demi diri dan orang lain. Kita telah berusaha dengan baik dan ikhlas dalam memperbaiki suatu hubungan kemanusiaan. Kita juga telah berusaha dalam menyucikan diri dengan terapi hati tadi.

Berusaha dengan berdoa agar mereka yang kita sakiti akan memaafkan kita suatu hari kelak. Sesungguhnya, doa itu senjata kita sebagai seorang muslim bukan. Insya-allah akan terbuka pintu hati mereka untuk memaafkan.

Dengan mengakui dan menyesali kesalahan diri, ianya dapat menghindarkan kita daripada mengulangi kesalahan yang sama. Tambahan pula, kesilapan-kesilapan yang telah disesali memberikan ketenangan dalam hati. Ketenangan hati adalah salah satu punca untuk meningkatkan kecerdasan akal  sekaligus meningkatkan motivasi diri.

Soalan : Anda punyai cara-cara atau tips yang sesuai untuk meminta maaf? Kongsikan pandangan anda diruangan komen.

1 comment:

  1. Nak Minta Maaf kena Jujur dan Ikhlas..tu yang penting bagi fikiran saya..cara dan kaedah tu terpulang kepada keadaan semasa..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.