Saturday, December 24, 2011

HO..HO..HO..MERRY CHRISTMAS AND "BIENVENUE" 2012 !! MIM DAN SATU KEGILAAN ??

Salam dan Selamat Sejahtera,

Mungkin sudah agak lama Blog I-Think-Of ditinggalkan, walau bagaimanapun ia tidak pernah dilupakan. Bukan kerana tidak punya idea atau apa-apa untuk letakkan atas kertas maya ini. Tapi, hanya kerana satu perkara...Mim Besar.

"MIM" BESAR & PERKARA BARU??

Mim Besar? Perumpamaan yang agak sinis bagi yang makan cili sos terasa kepedasannya (termasuk sendiri). MALAS itulah si MIM besar. Kata pepatah yang sudah dimodenkan , Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Macam-macamlah kerenah dan bunyinya.

Keyboard rosak lah , mouse kena makan kucing lah, monitor tak LED lah ( sekarang ramai yang telah beralih kepada monitor tersebut kerana keterangan dan imej hampir nyata yang amat cantik dan memuaskan hati yang memandang ) dan macam-macam lagi alasan yang sewaktu dengannya.



Namun, walaupun kurang berblogging tidak semestinya hanya duduk-duduk dan goyang kepala. Banyak aktiviti yang dilakukan. Tapi, yang menghairankan, aktiviti tersebut tidak pernah dilakukan dalam sepanjang kehidupan sendiri, jauh dari rutin biasa. Antaranya perkara baru itu seperti menanam 2 jenis cili dibelakang rumah dan bermain dart!

Asalkan jangan perkara-kara luar tabi'e macam cerita panas pelajar kahwin sama jenis di luar negara yang sedang hangat. Jauhkanlah kerana cerita-cerita lama zaman rasul-rasul dan nabi-nabi banyak mengajar dan memberi peringatan. Leka dan Lupa,  "We Have Being Warned"

KEGILAAN ATAU PERINGATAN
2012

Masih ingat dengan ayat terakhir di atas? . . . .

Sunday, October 16, 2011

KUASA SEDIKIT-DIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT

Perumpamaan indah yang sering didengari dan sering dijadikan semangat atau motivasi untuk dalam usaha mengapai sesuatu. Senang untuk difahamkan tentang perumpamaan tersebut tapi apa yang kebanyakkan berlaku sebenarnya?

1.Cepat Kaya - Menyertai pelbagai skim cepat kaya. Program yang kedengaran seperti agak bagus yang membolehkan kita boleh mendapat pulangan hanya dalam beberapa minggu. "Too good to be True" ? Atau dengan mendapatkan khidmat si Ah-Long Bukit Beruntung.

Thousand Steps | Gambar : Google

Saturday, October 8, 2011

BUGET 2012 | UMUR BERSARA WAJIB 60 TAHUN

Semalam 7 Oktober 2011, telah berkumandang cadangan untuk perbelanjaan negara melalui buget 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Segala persoalan dan penantian telah pun terlerai dengan pengumuman tersebut.

Pasti ada yang menarik nafas lega dan tidak kurang juga yang akan merasa tersiih dan tidak bersetuju dengan pembentangan buget tersebut. Penjawat awam terutamanya sering tertunggu kenaikkan gaji masing-masing. Lalu, dengan pengumuman tersebut, ramai yag menarik nafas lega apabila dibentangkan tentang kenaikkan gaji tahunan meningkat.

Skim gaji baru telah ditukarkan daripda SSM kepada SPBA. Penjawat awam juga sekali mendapat berita baik apabila telah diberikan lagi bonus setengah bulan gaji yang akan diberikan pada bulan disembar tahun ini. Had umur baru bersara wajib juga telah bertambah daripada umur 58tahun kepada had umur baru kepada 60tahun.

Tuesday, September 27, 2011

VOKASIONAL, SECOND CLASS ?

Pendidikan vokasional untuk anak-anak pelajar, masih adakah yang menganggapnya sebagai "Second Class" sekarang? Masihkah ada pendapat yang mengatakan pelajar vokasional adalah orang yang datang dari kalangan yang bermasalah, malas belajar dan tidak boleh berjaya?

Tetapi, hakikatnya sekarang semua tanggapan-tanggapan begini adalah melencong dan mungkin sudah ketinggalan zaman.

Kemahiran Vokasional | Gambar : Google

Jika sesebuah negara ingin menjadi negara maju dan berjaya, ia amat memerlukan tenaga-tenaga yang mempunyai kemahiran, sama ada separuh mahir dan mahir.

Saturday, September 17, 2011

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI | PUNCA GEMENTAR

Pernah merasa, melalui atau berpengalaman untuk bercakap dikhalayak ramai atau Public Speaking? Pastinya ada segelintir yang akan berasa gembira untuk berhadapan ramai dan memberi pendapat.

Tapi kebanyakkan akan berasa kurang selesa atau gementar untuk berdiri dihadapan, menjadi tumpuan setiap mata dan memberi cadangan, pendapat dan pengalaman.

Gementar adalah Perasaan Lumrah tapi dapat di atasi | Gambar : Google

Perasaan gementar sememangnya akan hadir kepada setiap orang yang menjadi tumpuan. Dalam mesyuarat mahupun majlis-majlis keramaian.

Sehinggakan ada yang akan bergegar suara apabila terpaksa memberi ucapan, ada yang akan mengucapkan perkara yang sama dan berulang dan ada juga yang akan tunduk sambil bercakap. Paling kritikal akan kehilangan sepenuhnya idea untuk bercakap seterusnya diam membisu.

Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA | FIKIRAN DIJAJAH BUKAN PENJAJAH?

16 September 2011, Menyaksikan satu lagi tambahan hari cuti dalam kalender Malaysia (Bagi yang suka cuti) atau menyaksikan tertubuhnya Malaysia dengan penyatuan Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak secara sejarahnya. Merdeka pada bulan Ogos, menyaksikan penjajah British yang pada ketika itu menyerahkan pentadbiran sebuah negara kepada penduduk negara itu sendiri.

PENDIRIAN DAN SI LEMBU

Namun, setelah setengah abad dalam kemerdekaan dan memiliki tanah yang diperintah sendiri, tidak dijajah dengan mana-mana kuasa lain, adakah kita sanggup melihat negara sendiri, digegarkan dan musnah binasa oleh diri sendiri? Membuka apa saja pekung di dada kepada pihak yang akan sentiasa mengambil kesempatan dalam kesempitan?

Sekarang, lihat sendiri, pendirian peribadi terutamanya, menjadi satu senjata permainan untuk menganggu pemikiran-pemikiran yang lain. Syukur, jika seseorang masih mampu untuk menilai tahap kebenaran atau sahih satu pandangan. Tidak cepat melenting dan membuat keputusan. Apa pula kisahnya, jika hanya kepada yang angguk angguk, geleng geleng. Atau paling "sopan", seperti lembu ditarik tali yang terikat dihidungnya. Bila dilabelkan LEMBU, melenting marah.

Tarik hulu, hulu perginya, tarik hilir, hilir perginya. Mengiyakan sahaja kata tuan pengembala yang membawanya. Nasib sahaja lembu tidak mampu berfikir, tiada anugerah akal. Kalau ada, pastinya Si Lembu akan mengatakan yang tuannya akan sentiasa yang terbaik dan terpuji. Sudah namanya akal si lembu, fikirkan sendiri jauh mana perginya.


Tuesday, September 13, 2011

TERIMA DAN HADAPI CABARAN | KERANA IA BEGITU BERHARGA

Perkara yang sememangnya penting untuk terus berganjak maju. Meningkatkan keupayaan, kematangan diri dan kejayaan peribadi adalah dengan menerima cabaran baru. Tanpa berani untuk menerima sebarang cabaran, agak sukar untuk terus melangkah meninggalkan takuk lama pencapaian kendiri.

Takuk lama pencapaian jika terlalu diduduki akan memberikan satu perasaan selesa. Perasaan selesa yang memungkinkan langkah maju kehadapan bertambah berat. Berada dalam zon selesa mungkin memberi hanya sedikit ruang kemajuan.

Hadapi Dengan Sabar | Gambar : Google


HADAPI CABARAN

Sememangnya agak sukar untuk menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran amat memeningkan, memberi tekanan ,memenatkan fizikan dan mental. Terutamanya cabaran baru yang tidak diketahui risiko sebenar dan kesannya. Justeru dengan mengetahui kesannya, membantutkan perasaan untuk mencuba dan apatah lagi menghadapinya.

Monday, September 12, 2011

DENGAR LAGU JEPUN, HENTAM JE LABU!

Siapa yang tak suka dengar lagu? Siapa yang tak minat langsung dengar lagu atau musik? Ada tak spesis pupus macam ini dimuka bumi? Rasanya setiap hari kita masih bernafas, akan terdengarlah alunan musik-musik.

Sama ada lagu yang kita dengar dari corong radio pagi-pagi ketika sedang membawa kereta, lagu yang kita dengar tengah hari buta ketika melintasnya sebuah kereta yang selalu ITO dan rakan katakan sebagai "menjual kaset bergerak".

Mana tidaknya sebelumnya ada sebatu lagi sampainya kereta di tempat kejadian sudah terdengar bunyi lagu yang sangat kuat. Marketing strategi yang baik! :)

Friday, September 9, 2011

RAMADAN MENGAJAR NAFSU, SYAWAL MENGAJAR?

Salam dan selamat sejahtera

Agak-agaknya "Mood Raya" mungkin masih bergantung dalam sanubari masing-masing. Tidak ada? Kalau tidak kenapa masih ramai lagi yang menyebut raya sebulan, masih terdapat acara-acara open house, beramah ramah aidilfitri dan macam-macam lagi acara simbolik yang berkait rapat dengan hari raya.

Mungkin agak-agaknya setelah berpuasa ramadan dilakukan selama sebulan , menahan diri dari dahaga, lapar, mengurangkan segala macam permintaaan nafsu, dan perayaan Aidilfitri juga mesti dilakukan dalam masa sebulan?

Tuesday, September 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MERDEKA!!

Salam dan Selamat Sejahtera kalian,

Rasanya sudah agak berhabuk dan berdebu si I Think Of selama dalam bulan Ramadan dan perayaan Eid Mubarak. Tersangat sibuk ke? Tidaklah, cuma rasa yang malas langsung tidak berdaya untuk menekan papan kekunci dalam bulan tersebut.

Tidak pula rasanya kehilangan idea untuk menulis dan menaip, tetapi mungkin kerana keadaan yang amat cemburu sehingga membuatkan ketiadaan masa untuk meluangkan masa bersama blog ITO.

Bagaimana dengan sambutan Ramadan dan sambutan hari raya Aidilfitri anda? Masihkan sama dari dahulu sehingga sekarang? Dari kecil hingga dewasa? ATAU sambutan Aidilfitri terutamanya sekarang dirasakan amat membosankan Jiwa dan Nurani? Apa kes?

Apapun keadaan, mungkin agak terlambat tapi saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada semua rakan-rakan, sanak saudara, geng bas sekolah, rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang mengenali.

Kepada mereka yang masih mengunjung blog ITO dikala "lagging" terima kasih. Terima kasih kerana sudah mengunjung.

p/s : Budak-budak yang datang ke rumah ITO raya tahun ini macam kurang je, duit raya RM1 tak cukup ke? hurmmmm~~~

Wednesday, August 24, 2011

KATA-KATA MOTIVASI | MENGENAL SESEORANG

" Mengenal Seseorang dengan lebih baik daripada adab dan Pertanyaannya, bukan Daripada Jawapan-Jawapannya "

Saturday, August 20, 2011

BILA MENEGUR ORANG TUA

Salam dan selamat sejahtera...

Rasanya anda semua pernah dengar tentang kata-kata ini bukan, "Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi", bukan bukan bukan?

Antara contoh menghormati orang tua adalah seperti tidak meninggikan suara kepada mereka, mendahulukan pekerjaan untuk mereka dan tidak menyakitkan hati mereka. Tapi, pernah tidak anda menghadapi situasi terpaksa menegur seseorang yang lebih tua dariapada kita?

Jika Ibu bapa, mungkin kita akan merasa sedikit lebih selesa? Namun, bagaimana pula sekiranya menegur orang teman sekerja yang lebih berusia? atau kata lain lebih tua?

hek eleh , muda lagi nak tegur aku...
fuh! kurang ajar mak bapak tak ajarlah nie, nak tegur orang tua...

Wednesday, August 17, 2011

KATA-KATA MOTIVASI | ERTI SAHABAT

"Orang yang Paling Jauh bermusafir adalah mereka yang sedang mencari Sahabat yang disukainya"

Saidini Ali bin Ali Talib

Tuesday, August 16, 2011

GOLDEN CHURN SAH TIDAK HALAL (JAKIM) | SEKIAN LAMANYA?

Salam dan selamat sejahtera

Isu Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter yang tidak halal, telah pun disahkan oleh JAKIM.

Isu tidak halal mentega golden churn telah pun timbul apabila Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai, menemui Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam produk mentega golden churn dan telah di sahkan oleh JKM.

Perbincangan pihak JAKIM, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan memutuskan produk keluaran syarikat ballantyne Food PTY, New Zealand tidak halal.

Monday, August 15, 2011

KEPUTUSAN MAN UTD VS WEST BROM | 14 OGOS 2011

Musim Baru Barclay Premier League sudah pun bermula sebalik kejadian rusuhan yang berlaku di England.

Berikut adalah keputusan perlawanan BPL pada 14 Ogos 2011, perlawanan pembukaan manchester united menentang West Brom Albion di tempat lawan.

West Brom vs Man United [ 1 - 2 ]


Penjaring gol perlawanan Manchester United dan West Brom Albion




Manchester United

Rooney [ minit 13]
Andy Reid [ Own Gol, minit 81]

West Brom Albion

Shane Long [ Minit 37]


Keputusan perlawanan lain BPL

Stoke vs Chelsea [ 0 -0 ]
Newcastle United vs Arsenal [0-0]
Wigan vs Norwich [1-1]
QPR vs Bolton [0-4]
Liverpool vs Sunderland [1-1]
Fulham vs Aston Villa [0-0]
Blackburn vs Wolverhamptom [1-2]

Wednesday, August 10, 2011

KATA-KATA MOTIVASI | POHON BUAH

"Jadilah seperti Pohon Kayu yang lebat Buahnya. Dilempar dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan Buah"

Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Monday, August 8, 2011

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM | BONUS RAYA 2011!

Salam dan Selamat Sejahtera

Kerajaan Hari ini telah mengumumkan untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam. Bayaran bonus kakitangan awam adalah sebanyak setengah bulan gaji dan RM500 minimum untuk bulan ini.

Untuk pesara kerajaan, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan bonus RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus kepada kakitangan kerajaan akan dilakukan pada pertengahan bulan ini, bulan Ogos 2011.

Menurut Perdana Menteri, Bonus untuk kakitangan awam 2011 dan pesara ini, adalah untuk menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat kerajaan dalam memudahkan dan menjayakan perlaksanaan progrm trasnformasi negara.

Bonus ini juga diharapkan dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan disamping membantu dalam persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

[sumber : Utusan Malaysia]

p/s : Bonus "raya" untuk kakitangan kerajaan seluruh Malaysia. :P

(VIDEO GOL)KEPUTUSAN PERLAWANAN MAN UTD VS MAN CITY | PIALA KOMUNITI

Keputusan perlawanan antara Manchester United (Man Utd) vs Manchester City (Man City) berkesudahan dengan 3-2, dalam Piala Komuniti yang dilangsungkan pada 8 Ogos 2011, untuk pembukaan liga perdana english musim 2011/2012 di Stadium Wembley.

Dalam perlawanan Man utd vs Man city, piala komuniti 2011, The Red Devils telah dikejutkan dengan gol awal daripada tandukan pemain pertahanan Man City, J. Lescott bermula daripada hantaran David Silva.

Selang 7 minit kemudian, Sekali lagi, Man Utd dikejutkan dengan gol dari jarak jauh dengan rembatan kencang E. Dzeko yang menewaskan penjaga gol baru dan berprofile tinggi, David De Gea.

Sunday, August 7, 2011

KHASIAT KURMA

Khasiat Kurma? Apakah memakan kurma dikalangan kita hanya akan berlaku apabila menjelangnya ramadan sahaja. Seolah-olah satu buah kurma sangat sinonim kepada tibanya ramadan. Terlihatlah kita akan ada bungkusan yang menjual buah tersebut sama ada dibazaar ramadan mahupun di pasar raya.

Kurma | Gambar : Google
Dalam resepi masakan, resepi masakan kurma juga amat popular. Mungkin kerana rasa manis dan rasa yang sesuai dalam penyediaan rasa masakan tersebut.

Pernah kita terfikir kenapa kita memakan kurma pada bulan ramadan? Namun, apakah khasiat kurma yang diberikan kepada tubuh badan?

Saturday, August 6, 2011

CABARAN KERJA DI BULAN RAMADAN | SEBUAH PEPERANGAN

Pejam, Celik, Pejam, Celik...sudah beberapa hari kita berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan Kemuliaan. Syukur kerana kita sekali lagi diketemukan dengan keberkatan bulan Mulia Ini.


Sememangnya cabaran berkerja tidak akan pernah putus. Apatah lagi, berkerja dalam bulan ramadan. Kadang-kadang rasa menjadi seperti lain macam. Pening, penat, loya dan seperti sahaja hendak pitam. Itulah ragam bulan puasa. Ada juga yang tinggi paras kemarahannya. Pantang ditegur, pasti melenting.

Friday, August 5, 2011

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2011/2012


Piala Malaysia (Google)


Keputusan undian Piala Malaysia 2011/2012 telah pun didapati dalam undian yang telah dijalankan pada 5 Ogos 2011.

Dalam undian Piala Malaysia tersebut, 16 pasukan terpilih diletakkan dalam 4 buah kumpulan. Keputusan undian pasukan yang bertanding dalam merebut Piala Malaysia kali ini, untuk 4 buah kumpulan tersebut adalah;


Kumpulan A

Kedah
Perak
Sabah
Johor

Kumpulan B

Terengganu
PKNS
Negeri Sembilan
Sime Darby

Kumpulan C

Kelantan
Johor FC
Felda FC
Sarawak

Kumpulan D

Selangor
T-Team
Kuala Lumpur
PDRM

p/s : Sarawak telah diletakkan bersama pasukan Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia kali ini. Terbaik! :)

Wednesday, August 3, 2011

APA ITU SEO? KENAPA SEO? BAGAIMANA SEO? APA TIPS NYA?

Salam dan Selamat Sejahtera.

Apa itu SEO? Itulah antara soalan yang pernah juga dulu bermain dikepala. Namun, apa yang mendorong kepada berkenalannya saya dengan SEO apabila mula aktif dalam menjalankan aktiviti blogwalking antara satu blog ke satu blog yang lain.

Semestinya dari satu blog ke satu blog lain, mempunyai kelainnan masing-masing. Tapi, apa yang mengambil perhatian pada masa itu ialah pelawat atau traffik blog.

Search Enjin Optimizer | Gambar : Google

Terdapat blog yang sunyi sepi, terdapat juga blog yang boleh tahan ramai pelawatnya dan yang mencuri pandangan mata apabila dalam satu-satu masa terdapat berpuluh-pulah malahan beratus-ratus pelawat, sesak dalam satu laman blog. Setelah diperhatikan, rupa-rupanya ialah penangan SEO kepada laman tersebut. Hey, apa itu SEO?


KATA-KATA MOTIVASI | MERAIH ILMU

"Raihlah Ilmu, dan Untuk Meraih Ilmu Belajarlah untuk Tenang dan Sabar"

Saidina Umar Al-Khattab

Tuesday, August 2, 2011

INI BUKAN PERUT LAPAR! INI HATI LAPAR! KATA RAKAN BUKAN MUSLIMKU

Bazaar Ramadhan, seperti biasa akan muncullah bazaar di seluruh Malaysia. Mungkin di seluruh dunia agaknya. Sama sahaja ditempat Ito.

Jadi bermulalah Operasi menjelajah Bazaar Ramadhan yang wow! Sudah Namanya bazaar mestilah satu yang besar dan grand. Kuih-Muih, lauk-pauk, dan macam-macamlah lagi yang ada.

Dari mata, tengok-tengok kuih muih, lauk-lauk, orang orang, opsss...puasa....
Dari hidung yang tercium pelbagai bau wangi yang mencabar minda dan perasaan untuk terus menerus membuka wallet yang duitnya ada ......hahaha...sendiri kiralah :)

Terus menjerumuskan diri dalam keadaan panorama sesak sebuah bazaar ramadhan. Tapi, apa yang baiknya kali ini, pergi ke bazaar bersama seorang insan bukan muslim. Rakan sekerja yang teringin bersama melihat bazaar tadi.

KERJA KOSONG (VACANCY) DI SARAWAK (OGOS 2011) | KUCHING | SIBU | BINTULU | MIRI

Salam dan Selamat Sejahtera

Disini penulis ingin menyenaraikan kerja-kerja atau jawatan kosong yang terdapat di Sarawak bagi bulan Ogos 2011. Kerja Kosong tersebut merangkumi setiap bahagian atau daerah di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Limbang dan mungkin ditempat-tempat lain.

Kerja atau Jawatan Kosong di Sarawak tersebut adalah seperti yang diiklankan di dalam akhbar-akbar tempatan.

Tarikh tutup, tempat kerja, alamat pengiklan, jenis jawatan, alamat email syarikat, keperluan adalah sama seperti yang diiklankan di dalam akhbar.

Untuk para pencari kerja, sila pastikan anda meneliti tarikh tutup, keperluan syarikat, alamat dengan betul, jawatan yang betul untuk melakukan permohonan ke atas mana-mana syarikat seperti yang telah ditulis.

Tujuan penulis adalah untuk memudahkan para pencari untuk mencapai carian yang telah anda lakukan di laman web. Kerja kosong disini akan dikemas kini dari masa ke semasa untuk memberikan kerja-kerja kosong baru yang disiarkan seperti dalam akhbar tempatan.

Selamat berjaya dalam mencari kerjaya anda. Semoga ianya dapat membantu dan ianya memberi manfaat bersama.

Ingin mendapat sedikit tips temuduga kerja? Klik Sini


KERJA KOSONG (VACANCIES) DI SARAWAK | OGOS 2011

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 2011

Salam dan Selamat Sejahtera Semua.

Semalam rakyat Malaysia telah pun mendengar sendiri pengumuman dan pengisytiharan tarikh mula puasa Ramadhan 2011 yang telah disampaikan oleh penyimpan Mohor-mohor besar Diraja.

Semalam juga pastinya, Masjid, surau atau dimana sahaja telah dimeriahkan oleh semua Umat Islam lelaki, perempuan, muda, tua bagi menunaikan sembahyang sunat tarawikh yang mempunyai kelebihannya sendiri di setiap malam.

Dalam Bulan ini juga, segala bagai amalan baik akan memdapat pembalasan yang berlipat kali ganda pahala. Bulan Ramadhan bulan kerahmatan dan bulan keampunan.

Antara satu lagi kelebihan bulan Ramadan adalah, datangnya satu malam yang dinamakan "Malam Lailatul Qadar". Malam yang mempunyai kelebihannya sendiri. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam turunnya Al-Quran, kitab panduan umat Islam. Malam turunya angkatan Malaikat yang besar, memberikan taufik dan Hidayah kepada umat islam yang berpuasa dengan Ikhlas.

Kenapa Malam ini tidak dinyatakan hari sebenar datangnya? Kerana, kita diseru untuk menghidupkan semua malam di malam Ramadhan dan berusaha sebaiknya mencari malam Lailatul Qadar.

Sungguh banyak kebaikkan Ramadhan sepertinya kita menemui lubuk harta yang banyak dan ianya percuma.

Jadi dengan kesempatan Ini, Ito mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak untuk Seluruh umat Islam Di Seluruh Dunia. Semoga bersama mendapat keberkatan daripadanya.

Nota : Terdengar Tazkirah ringkas daripada imam semalam;

"Antara orang yang tidak beruntung dan celaka ialah orang yang tidak mendapat keampunan di Bulan Ramadan. Sedangkan Bulan Itu, adalah bulan keampunan dan bulan penuh berkat.

Sedangkan bulan lain mereka tidak mampu untuk mendapat keampunan Allah swt, tapi masih juga dalam bulan Ramadhan juga tidak mampu untuk mendapat keampunan. Sedangkan bulan itu adalah bulan terbaik dan segala amal dilipat gandakan. Terbuka pintu keampunan dan segala macam rahmat.

Jadi Bulan apakah lagi yang mereka tunggu sehingga mereka meminta keampunan Allah swt?"

Ringkas dari Ito : FIKIRKAN :)


Dapatkan jadual Imsak dan Berbuka Tempat anda, klik pautan



p/s : Tukang Karut, Mr Jepun, Cik Lana dan Saudari Sal Ijou ! dan Blogger lain juga, Selamat Berpuasa! [warna berdasarkan warna background masing2 :P ]

Sunday, July 31, 2011

KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH | PANDUAN SEMBAHYANG TARAWIH ONLINE

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Ahli kubur terlepas daripada siksa kubur pada bulan Ramadhan, namun mereka tidak lagi dapat mengaut pahala yang dikurniakan pada bulan penuh syafaat ini sendiri. Tapi berbeza dengan kita yang masih bernyawa, bernafas dan masih lagi layak menerima pahala dengan apa sahaja perkara baik yang kita lakukan.


Jadi, untuk peringatan sendiri dan bersama, mari gunakan peluang keemasan yang hanya datang sekali sebelum ianya pergi. Moga mendapat rahmat daripada-Nya. Salam :)

Dalam Bulan Ramadhan ini, pastinya ramai yang mencari panduan dan cara untuk sembahyang tarawih. Ianya adalah untuk peningkatan dan mutu solat masing-masing. Disini, Ito telah temui satu panduan online untuk meningkatkan keberkatan ibadat tersebut untuk kebaikkan kita bersama.

Panduan tersebut mengandungi semua tatacara dan panduan dan cara solat tarawih daripada niat solat, doa dan sebagainya.

Klik pautan Untuk panduan sembahyang sunat tarawih online

[ sila gunakan firefox untuk membuka, jika google chrome tidak berjaya]

p/s : Selamat mendapat keberkatan! salam dan selamat menunaikan ibadah Puasa untuk umat Islam!

Saturday, July 30, 2011

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH KAWASAN NEGERI SARAWAK 2011 ONLINE

Salam dan Selamat Sejahtera

Berikut adalah Jadual waktu Imsak(sahur) dan berbuka Puasa bulan ramadhan 1432 H / 2011M di seluruh kawasan mengikut zon- zon di Sarawak.










Untuk Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 2011 online, bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Klik pautan dibawah untuk mendapatkannya.


[Sumber : JAKIM]


Nota : Untuk tatapan yang lebih baik, Sila Gunakan Internet Explorer atau FireFox 8. Jadual waktu online adalah dalam bentuk PDF. Sila pastikan anda mempunyai perisian Adobe untuk memudahkan anda membuka dan mencetak

KADAR ZAKAT FITRAH DI SARAWAK 2011 | RM6.20 SEORANG

Salam dan Selamat Sejahtera

Kadar Zakat fitrah di Sarawak untuk Bulan Ramadhan Tahun 2011 ini adalah pada kadar RM6.20 seorang. Kadar zakat fitrah tersebut telah pun ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak(MIS).

Nilai kadar zakat fitrah di Sarawak, ditentukan dengan nilai purata jenis beras yang dimakan oleh kebanyakkan masyarakat islam negeri untuk satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.7 kilogram, menurut Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

MOTIVASI KERJA | CONTOH MOTIVASI KERJA | PEKERJA KABEL ELEKTRIK

Berkerja dan mengekalkan daya momentum motivasi kerja sememangnya sukar. Lebih lagi untuk mengekalkan semangat yang tinggi dalam mana-mana perkerjaan setelah menghadapi pelbagai rintangan sukar dan terkadang berhadapan kerja yang hampir tidak masuk akal.

Kejayaan | Gambar : Google

Tidak dapat dinafikan kita akan merasa bosan dengan kerja harian yang dilakukan. Contohnya kerja yang dilakukan berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun melakukan perkerjaan yang sama dan berulang-ulang. Perasaan muak pasti akan menyelubungi.

Thursday, July 28, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA | SELAMAT TINGGAL PIALA DUNIA 2014

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011, telah pun berakhir dengan seri 1-1. Dengan ini, Singapura telah pun mara untuk pusingan seterusnya setelah mengalahkan Malaysia dengan aggregate 6-4. Dengan keputusan ini juga, Pasukan Malaysia dan rakyat malaysia, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pasukan Malaysia pada awal permainan telah pun mencuba untuk mencari gol awal. Tapi hantaran - hantaran pemain Malaysia nampaknya sedikit terjejas. Ini mungkin kerana Malaysia terlalu ghairah dalam mencari gol.

Dalam perlawanan tersebut, momentum pemain Malaysia juga banyak terjejas kerana permain pasukan Singapura yang banyak melengahkan permainan seperti kecederaan seperti yang telah di jelaskan oleh jurulatih Negara, Datuk K. Rajagopal.

Perlawanan ke-2, Malaysia vs Singapura tersebut, Ito sendiri ingin menghamburkan pujian kepada semua pemain Malaysia yang terus menerus berlari dan mencari ruang untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia. Khairul Fahmi penjaga gol Malaysia, menjadi pemain terbaik yang memberikan inspirasi kepada pemain Malaysia kali ini. Tidak melakukan kesilapan dalam menghalang serangan Singapura satu persatu.

Memang tidak dapat disangkal, keputusan Malaysia vs Singapura, satu yang amat mengecewakan untuk seluruh warga negara Malaysia. Tapi kita tetap berbangga kerana pemain-pemain muda ini telah menunjukan satu permainan yang memberansangkan.

Satu yang yang Ito bangga, rakyat Malaysia yang terus optimis dan Yakin dengan keupayaan pasukan kebanggaan, Harimau Malaya. Apa pun, diharapkan Juara baru Piala AFF 2010 ini, akan terus menunjukkan peningkatan dan realisasikan impian seluruh Rakyat Malaysia.

p/s : Kecewa tapi bangga. Tapi wawasan perlu di teruskan

MALAYSIA VS SINGAPURA PUSINGAN KE-2 | SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI

Salam dan selamat Sejahtera Semua

Malaysia vs Singapura , perlawanan timbal balik perlawanan ke-2, pusingan ke-2 kelayakan piala dunia zon asia akan berlangsung malam ini di Stadium Bukit Jalil. Perlawananan ke-2 antara Singapura vs Malaysia tersebut akan bermula dari pukul 8.30malam ini.

Perlawanan Malaysia vs Singapura akan di siarkan secara langsung di RTM, TV1.

SOKONGAN TANPA BERBELAH BAHAGI

Walaupun Malaysia telah tewas dengan pasukan Singapura dalam perlawanan pertama dengan jaringan [ 3-5] dan menyaksikan Malaysia ketinggalan dengan 2 gol defisit. Justeru menyaksikan Malaysia malam ini 28 Julai 2011, bertarung untuk mendapatkan 2 gol dengan tidak melepaskan apa-apa gol untuk Singapura. Dengan 2 gol tersebut, Pasukan Malaysia akan mara dengan jaringan di tempat lawan.

Wednesday, July 27, 2011

TARIKH DAN TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2011

Salam dan Selamat Sejahtera.

Untuk menentukan tarikh permulaan puasa bagi tahun 2011 di Malaysia, anak bulan Ramadhan akan di adakan pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 hijrah.

Manakala tempat untuk melihat anak bulan ramadhan bagi tahun 2011 seluruh negeri di Malaysia, menurut Penyimpan mohor Besar Raja - raja Malaysia adalah ;

di Johor - Pontian Kecil,

di Melaka - Kompleks Falak Al-Kawarizmi, Tanjung Bidara,

di Negeri Sembilan - Teluk Kemang

di Selangor - Bukit Melawati, Pulau Angsa, Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

di Perak - Pantai Pasir Putih

di Pulau Pinang - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

di Kedah - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Star

di Terengganu - Bukit Besar(Kuala Terengganu), Bukit Kemuning(Kemaman), Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA(setiu)

di Kelantan - Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC(Kota Baharu)

di Sarawak - Tanjung Lubang Miri, Teluk Bandung Kuching, Tanjung Batu Bintulu,

di Sabah - Balai Cerap Al-Biruni Putatan,

di Pahang - Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highland, Bukit Pelindung Kuantan

di Labuan - Menara universiti Malaysia Sabah

di Kuala Lumpur - Menara Kuala Lumpur

di Putra Jaya - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

di Perlis - Simpang Empat

Penentuan tarikh bermula puasa Ramadhan akan mengunakan Rukyah dan Hisab dan pengumuman tarikh bermula puasa Ramadhan 2011, akan di langsungkan pada 31 Julai 2011 melalui TV dan Radio

[sumber : Utusan Malaysia]

Syukur kerana masih lagi diberi peluang ditemukan dengan Bulan Ramadhan, Bulan Penuh kerahmatan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melipatkan gandakan amalan.

Dengan rezeki dan rahmat yang dijanjikan dalam bulan ramadhan, kita pastinya tidak mahu terlepas untuk menunaikan segala macam amalan yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan terutamanya solat tarawih.

Selamat Berpuasa bulan Ramadan dan selamat beramal.

p/s : Jauhi amalan boros semasa berada dalam bulan ramadhan. :P

Tuesday, July 26, 2011

BLOG MESRA SEO | TITLE TAGS UNTUK BLOG

Salam dan Selamat Sejahtera semua.
Bertemu saya lagi dalam rancangan cara mendapatkan traffik dengan tips dan cara menjadikan blog mesra seo tahap power rangers merah dengan mudah! Maaflah ya, kalau merapu, sebab takut ada yang bosan. Seperti tajuk, Blogger atau blogspot memerlukan Title Tag untuk menjadikan blog mesra seo untuk para blogger di blogspot.

Search Enjin Optimizer | Gambar : Google

Blog yang mengunakan platform blogger atau blogspot akan menunjukkan title atau nama blog anda di hadapan dan tajuk entri atau post dalam enjin carian. Namun, bagi yang inginkan blog lebih mesra seo, seharusnya ianya penting untuk membuatkan tajuk entri atau post di hadapan dan blog title di belakang.

Sunday, July 24, 2011

TERINGIN! TERINGIN! BUAH D. . . !


Salam, selamat sejahtera dan Hi buat anda!

Kejap, tarik nafas Panjang Dulu ...sudah sekian lama...lama...lamanya Ito tidak menulis sebegini. :P. Termasyuk, dalam pencarian dalam tips-tips dan cara membuat blog lebih mesra seo.

Kata lain, mesra kepada google, yahoo, bing dan orang sekeliling. Lain-lain kata, berada dalam muka surat 1 semasa mencari di enjin carian. Nak promo sikit! Nak tengok blog entri hasil pertapaan mempelajari seo ?

Taip word di bawah di google ;

1. Nuffnang di hack ( sudah jatuh dari tangga 2 kepada tangga 6 dalam top-10) (saingan rendah)
2. Faedah coklat ( tangga 2 dalam top-10) (saingan rendah, senanglah)
3. Tempat untuk ping Blog ( No. 1 Yihahaha!, saingan tinggi tapi macam kurang carian, adehhh!)

Semuanya berada di muka depan bukan? Itulah hasilnya daripada pertapaan gaya silat Seni Enggang Orea (bukan maksud sebenar, saja merapu). Belum cuba? Cer Cuba...cer cuba...

Oleh kerana hanya setakat itu Ilmu, jadi setakat itu lah yang Ito mampu. Tapi, pantang mengalah sebelum mencuba. Bhawawaha...Gambate! Chaiyou! Chaiyou!

Opss! lupakan perihal SEO buat sementara. Teringin pulak nak merasa menulis dengan sedikit bebas terbang...


Buah D...! Sana? Buah D.. sini? Buah D... Sinun? Tidak!!! Tidak!!!

Semalam pergi dan sempat melintasi pasar raya yang serba ramai manusianya. Nama pun sudah pasar, raya pulak tu(raya jauh lagi, tapi puasa dah ganti belum? merapu).


Ditambah hari Sabtu dimana para geng basikal sekolah, satu matlamat, satu keluarga turun bersama untuk 'bershopping', para remaja 'eyes' shopping dah para separa abad window the tingkap shopping. Kamu belah mana satu? :)


Ditambah pula berdekatan dengan Negara Jiran Brunei, makin ramailah pelancong nya.


Tidak juga terlepas Ito, namun ianya banyak memberi kesan kepada Ito, mata merayap tidak tentu hala. Ke kiri salah, kanan salah, bawah salah. Atas? karang tak pasal-pasal terlanggar makcik yang tengah mengoreng cucur, Di simbahnya, naya!


Jiwa mula geram...benar...benar inginkan buah D..! Sememangnya setiap orang tahu ia kasar, tapi lembut di dalam! Kulit mulus, licin, lembut, mengoda! Jangan curi pandang! Cari nahas! Tapi, Jiwa sudah mula bergelora hendak dapatkan juga. Teringin sangat sampai tak boleh fikirkan benda lain selainnya.


Bilalah agaknya Ito dapat merasa. Tidak apa, lupakan dulu dan berjumpa rakan sepejabat untuk pergi makan bersama. Tiba-tiba, aihhh...pun hendak bercerita pasal D... Dasar tak sedar yang temannya seorang ini tengah merana. Haduiyai, sabar adalah jalan terakhir dan terbaik.


Selesai makan iman masih dikuatkan untuk tidak terpengaruh dengan ransangan minda yang tidak pernah mengaku salah. Ditambah dengan rakan yang meracuni otak dan nafsu. Pulang ke rumah, menonton TV dan walaaa! Rancangan TV pun nak saja Ito lempang. Guna kaki nak? Siarkan yang tak patut di tonton ketika ini.


Masalah, masalah, masalah. Terus mengambil kunci dan pandu kereta ke tempat tadi. Terus dengan gigih berjalan dan kali ini, mata tidak akan sekali pun berkelip, takut terlepas mana-mana tempat yang patut.

Mencuba...Sini? tidak ada. Sana? tidak ada juga. Cuba Sinun? tak boleh juga. Tolong! Hendak Ito bawa diri ke dalam hutan? Tidak mungkin juga dapat. Berpusing, pusing dan pusing kalau haji sudah saja Ito naik Haji.


Kenapalah susah sangat dan berapa lama harus menunggu? Siksa sudah ni bah! hahaha. Angkara degil dan tidak percaya kata rakan, akhirnya menyusahkan diri sendiri. Keinginan merasa Buah D...! Sedap kalau dapat merasa detik begini. Huissshhh....mengeluh~~~

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Mengeluh lagi, Kenapa saat ini juga fikirkan buah Durian sedangkan bukan musim.hahaha. Kalau masuk hutan pun tidak mungkin dapat merasa. Sabar sahajalah, terima kenyataan dan tunggu. :) Apa boleh buat, nasib badan~~~

Wahailah Buah Durian, siksa betul daku mencari mu.

p/s : Sengaja buat entri gaya gersang agar menampakkan kegersangan yang melampau :P. Kalau salah tolong tunjukkan.

Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA | 23 JULAI 2011

Salam dan Selamat Sejahtera!

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura pada 23 Julai 2011 untuk perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014, Zon Asia telah berakhir dengan

Malaysia [3] - Singapura [5]

Penjaring Gol untuk perlawanan Malaysia vs Singapura tersebut bagi pasukan Malaysia ialah

Safee Sali [ 1' dan 70'], Hadi Yahya [69']

manakala untuk pasukan Singapura pula ialah
Alexander Jurich [7' dan 80'], Qiu Li[21'], Mustafiq [43'] dan Xia Yi [ 45'].

Perlawanan kedua antara Malaysia dan Singapura akan dilangsungkan pada 28 Julai 2011, Stadium Bukit Jalil, Malaysia.

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA | 23 JULAI 2011

Salam dan Selamat Sejahtera

Tonton siaran langsung perlawanan pusingan ke-2 antara Malaysia vs Singapura untuk kempen kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, di Stadium Jalan besar Singapura pada 23 Julai 2011.

Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di TV2 dan Astro Arena, dimana perlawanan antara Malaysia dan Singapura, pusingan ke dua kelayakan Piala Dunia 2014 bakal ditayangkan lebih kurang pukul 7.30pm waktu Malaysia.

Klik pautan di bawah untuk menonton perlawanan Malaysia vs Singapura secara live online.



NUFFNANG DI HACK | 23 JULAI 2011

Salam dan selamat sejahtera

Nuffnang di hack? adakah betul Nuffnang kena hack?
Nuffnang adalah syarikat pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik. Nuffnang mempunyai platform untuk syarikat-syarikat untuk mengiklankan jenama mereka di blog-blog yang berdaftar dengan Nuffnang. Kini syarikat tersebut mempunyai lebih kurang 180,000 penguna (termasuk Ito) :P

Namun, setelah Ito berjalan-jalan, berblogwalking seperti biasa dan membaca artikel rakan-rakan blogger. Terkejut pula apabila mendapati terdapat beberapa laman blog tengah menceritakan syarikat pengiklanan tersebut, Nuffnang kena Hack! Siapa yang hack nuffnang? dan apa sebab Nuffnang di hack?

Tuesday, July 19, 2011

MOTIVASI DIRI DI TEMPAT KERJA

Motivasi diri di tempat kerja sememangnya amat diperlukan dalam dunia kerja yang kian pantas dan mencabar sekarang. Sama ada berkerja di pejabat atau diluar semuanya memerlukan motivasi. Bukan hanya kepada sektor perkerja swasta tetapi ianya juga kepada perkerja sektor kerajaan juga.


Dengan cabaran yang kian meningkat dan tekanan untuk mencapai objektif yang ditetapkan, sudah tentunya tekanan kerja akan menyebabkan motivasi diri menurun dan ini boleh mempengaruhi produktiviti seorang perkerja. Ditambah pula dengan persekitaran pejabat yang memungkinkan penurunan motivasi diri.

Monday, July 18, 2011

PERKESO | CADANGAN MENAIKKAN CARUMAN

Salam dan Selamat Sejahtera

Kementerian Sumber Manusia dalam rangka kajian untuk menaikkan jumlah kutipan caruman PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ini adalah bertujuan untuk mengimbangi jumlah pampasan kepada pekerja.

Cadangan untuk menaikkan caruman daripada majikan dan perkerja adalah untuk pertambahan perkhidmatan pada tahun depan.

Sekarang, kadar caruman adalah pekerja dan majikan memberikan jumlah sebanyak 2.25% daripada jumlah gaji bulanan kepada Perkeso.

Daripda jumlah yang disumbangkan 1.25% ke tabung kecederaan pekerja manakala 1% sumbangan adalah untuk skim pencen.

[sumber : Utusan Malaysia]

TEMPAT UNTUK PING BLOG | TRAFFIK BLOG

Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, Ping blog atau entri anda adalah salah satu cara untuk mendapatkan traffik atau pelawat ke blog dan mendapatkan pembaca penulisan anda.

Seperti diluar negara, di Malaysia sendiri terdapat banyak tempat atau laman untuk anda meninggalkan link anda atau ping entri/entry blog. Di sini,saya akan senaraikan tempat-tempat yang anda boleh jadikan tempat untuk anda Ping entri blog anda secara free/percuma.

Pingu mencari tempatnya | Gambar : Google

Senarai tempat untuk ping entri blog di Malaysia secara percuma ;

Saturday, July 16, 2011

TRAFFIK BLOG | CARA DAPATKAN TRAFFIK | KENAPA PERLU ADA?

Menulis Blog kerana apa? Jadikan Ianya sebagai ruangan memberi pendapat? Ruangan mencari kawan? Ruangan mencari "Future-ristik" teman hidup, berniaga, ruangan belajar atau...ada lagi yang saya tidak sebutkan? Namun, Itu semua terpulang kepada diri anda yang sendiri.

Lakukan apa sahaja kerana ianya milik anda. Tapi berpada-pada kerana pasti ada yang tidak suka. Bersedia sahaja.


Apa pun saya tidak mahu hujahkan apakah tujuan untuk berblog. Namun yang difokus hanyalah berkaitan cara untuk dapatkan Traffik Blog. Siapa tidak suka traffik? Eh, sebelum tu, faham tidak apa itu traffik? Bukan Polis traffik tapi Traffik. Alahai cek mek molek, pembaca penulisan andalah. :)

Friday, July 15, 2011

MEJA BULAT 1MALAYSIA | ISU JULY 2011 | BUDGET FOR SUSTAINABLE GROWTH

Salam dan Selamat Sejahtera.

Meja Bulat 1Malaysia untuk kali ini adalah membincangkan tentang buget untuk pertumbuhan mampan negara.

Menurut Perdana Menteri, untuk buget 2010 dan 2011, beliau telah mendapatkan input penduduk Malaysia dan mempelawa semua untuk memberikan pendapat dan cadangan menerusi blog beliau. Antara hasil yang diperolehi ialah cadangan ke atas dasar gaji minimun, skim bantuan kewangan untuk golongan muda dan berkeluarga dan mengunakan teknologi hijau.

Thursday, July 14, 2011

BN YOUTH JOB FAIR 2011 | PAMERAN KERJAYA | PAHANG | MELAKA | SABAH | KUALA LUMPUR

Salam dan Selamat Sejahtera

BN Youth Fair 2011, selepas diadakah di Kedah pada 1-3 Jun yang lepas. Kini pameran kerjaya tersebut akan di adakah di Negeri Pahang.

BN Youth Fair Di Pahang akan diadakan pada 15,16 dan 17 Julai 2011. Pameran kerjaya tersebut akan diadakan di The Zenith Hotel & Sultan Ahmad Shah Convention Center, Kuantan.

Seperti dalam pameran kerjaya yang lepas, BN youth Fair kali ini bakal menyasarkan bilangan pengunjung yang tinggi. Dalam pameran kerjaya tersebut, pelbagai syarikat akan terlibat sama dan pastinya bakal menyajikan pelbagai peluang pekerjaan kepada para pencari kerja.

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS ARSENAL | 13 JULAI 2011 | PENJARING DAN VIDEO GOL

Salam dan Selamat sejahtera.

Keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia XI melawan Arsenal semalam di Stadium Bukit Jalil telah menyaksikan Malaysia tewas kepada Arsenal 0 - 4.

MALAYSIA VS ARSENAL [ 0 - 4 ]

Penjaring gol untuk perlawanan Malaysia melawan Arsenal adalah Aaron Ramsey, minit ke 5 melalui sepakan penalti selepas Wilshere di kasari oleh pertahan negara Aidil Zafuan. Gol kedua menyusul melalui sepakan lambung Theo Wilcott setelah menerima hantaran cantik daripada Aaron Ramsey pada minit ke-36.

Wednesday, July 13, 2011

VIDEO HINA LAGU 'NEGARAKU' | KEMANA HILANG TANAH TUMPAH DARAHKU, DARAHMU?

Salam dan Selamat Sejahtera.

Video menghina lagu Negaraku. Telah berkali kita dengar lagu Negara dipersendakan dan dipermainankan. Sepertinya lagu Malaysia boleh sahaja diubah-ubah mengikut lirik sendiri. Tapi apa yang menyakitkan hati lagu tersebut datang dengan pakej mengejek, mengata dan menghina Negara. dem!!

Sedarkah mereka dengan perbuatan tersebut? Ya, sudah tentu sedar dan mereka tahu mereka sedang menghina negara tempat asal mereka sendiri.

Namun, apa yang Ito perhatikan kebanyakkan "manusia yang kenang budi dan jasa" tersebut, munculnya mereka dari laman media seperti Youtube dan sekarang Facebook, menyuarakan 'rasa sayang' dengan jayanya. Ada irama rap, raggae, balada, irama slow-slow. Aduhai...Hina lagi, hentam lagi, ejek lagi.

Tuesday, July 12, 2011

FORMAT BARU LIGA MALAYSIA MUSIM 2012 | 2 PEMAIN IMPORT DAN SYARAT | KEPUTUSAN MESYUARAT FAM 12 JULAI 2011

Salam dan Selamat Sejahtera

Hari ini 12 Julai 2011, dalam mesyuarat EXCO, FAM telah memutuskan format baru untuk Liga Malaysia yang akan datang.

Dalam keputusan mesyuarat tersebut, 2 pemain import adalah dibenarkan untuk mana-mana pasukan yang bertanding di dalam Liga Super Malaysia musim depan.

Syarat Kemasukan Pemain Import

Syarat untuk 2 pemain import tersebut adalah seorang pemain mestilah berasal daripada ASEAN yang bernaung dibawah Konfidefasi Bola Sepak Asia (AFC) dan seorang lagi adalah pemain berasal daripada Eropah, Amerika Latin dan Afrika.

Monday, July 11, 2011

TIPS TEMUDUGA KERJA (INTERVIEW)

Tips temuduga kerja, pastinya ramai para graduan mahupun pencari kerja memerlukan sebelum menghadiri sesi temuduga. Bagi yang memohon jawatan kosong samada sebagai guru, polis,pramugari, sektor kerajaan dan swasta semuanya perlu ditemuduga sebelum terpilih untuk kerja dan menyertai satu-satu organisasi tersebut.

Temuduga | Gambar : Google
Setelah berjaya disenarai pendekkan untuk pemilihan bagi sesuatu jawatan, semestinya anda akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga kerja yang telah dipilih.

DEBARAN DAN RAGAM

Saya juga pernah melalui banyak sesi temuduga kerja sebelum mendapat pekerjaan. Perbagai jenis ragam penemuduga yang telah ditemui. Lelaki, perempuan, pengurus, ketua jabatan mahupun pengarah dan pemilik syarikat. Tidak dinafikan pernah ditolak mentah-mentah sebelum habisnya sesi tersebut, agak malang bukan. 

Namun, kerana pengalaman yang sudah ditimba, mulai itu, saya serba mengetahui keperluan untuk sesi temuduga dan menemukan beberapa tips temuduga kerja berguna.


Sunday, July 10, 2011

SINOPSIS MOVIE | MOVIE TRAILER | HARRY PORTER AND THE DEADLY HOLLOW #2

Sinopsis film Harry Porter and The Deadly Hollow : Part 2 | 2011

[Sumber Gambar : IMDb.com]

Ini adalah kemuncak kepada kisah epik pertempuran antara anasir baik dan jahat dalam Harry Porter and the Deadly Hollow #2. Dengan Harry (Daniel Radcliffe), Ron (Rupert Grint) dan Hermione (Emma Watson) meneruskan pencarian mereka untuk Horcrux milik Voldermorts (Ralph Fiennes).

VIDEO | PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 | 9 JULY 2011 | KUALA LUMPUR

Video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 July 2011. Apakah lagi yang kita ingin tunjukkan? Gembira melihat Huru-hara yang berlaku di dalam Negara?

Friday, July 8, 2011

PEMIMPIN | DEFINISI | SIAPA DAN APAKAH TUJUAN MEREKA?

Dalam beberapa hari ini sangat asyik dengan tugasan seperti biasa. Penat tapi gembira, mana lagi cara untuk membesarkan dan menjauhkan pandangan selain pengalaman.

Pengalaman yang merupakan aset penting dan tidak mungkin dapat diturunkan dengan hanya berpindah dari tapak tangan. Sebagai contoh kita di masa anak kecil, kita terjatuh, terjatuh dan terjatuh kerana naluri ingin berjalan. Adakah setelah mengalami sakit, hanya terus meniarap dan mengalah untuk berjalan?

Thursday, July 7, 2011

PROGRAM MENU 1MALAYSIA | HARGA SILING RM2 DAN RM4 | SENARAI KEDAI YANG TERLIBAT

Salam Dan Selamat sejahtera.

Program Menu 1Malaysia adalah program dimana rakyat Malaysia Boleh menikmati sarapan pagi pada harga siling hanya pada kadar RM2 dan set juadah tengahari hanya pada harga RM4. Sebanyak 728premis makanan di Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam Program "Menu 1Malaysia".

Program tersebut adalah bertujuan untuk meringkan beban rakyat yang pada masa sekarang mempunyai trend untuk makan diluar. Justeru untuk pakej yang telah dilancarkan didalam Program tersebut, Kita hanya membelanjakan sebanyak RM6 untuk sarapan dan makan tengahari.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2011 | 6 JUN 2011 | JUARA LIGA SUPER 2011 | CARTA LIGA | PENJARING TERBANYAK

Salam dan Selamat Sejahtera


Berikut adalah keputusan Piala Liga Super Malaysia 2011 terakhir yang berlangsung pada 6 Julai 2011.

Harimau Muda vs Johor FC [ 2 - 2 ]
Sabah vs Kelantan [ 1 - 2 ]
PBDKT T-TEAM vs Kuala Lumpur[ 2 - 3 ]
N. Sembilan vs Perlis [ 2 - 0 ]
Felda United vs Terengganu [ 2 - 6 ]
Pahang vs Kedah [ 0 - 1 ]

Dengan mengalahkan Sabah pada perlawanan yang berlangsung 6 July 2011 yang lepas, Kelantan telah berjaya menjuarai Liga Super 2011 dengan mata sebanyak 56 mata dan telah melayakkan diri dalam kejohanan AFC cup musim depan.

Manakala dua pasukan yang akan diturunkan ke liga Premier untuk musim hadapan adalah pasukan Pahang dan Perlis.

Penjaring Terbanyak Liga Super 2011. Dengan melabuhnya tirai Liga Super 2011, berikut adalah senarai 10 penjaring gol terbanyak musim ini dan N. Shahrul Idlan Talaha dari Terengganu merupakan penjaring terbanyak untuk musim ini.

Senarai 10 penjaring terbanyak Liga Super 2011.

1. A. Yahya (Terengganu) [ 20 gol ]
2. N. Shahrul Idlan Talaha (Kelantan) [ 17 gol ]
3. A. Mamat (Terengganu) [12 gol ]
4. B. Baktiar (Kedah) [ 10 gol]
5. I. Mahayuddin (T-Team) [ 10 gol]
6. M. Mohd Radzi (Kelantan) [ 10 gol ]
7. M. Shamsuddin ( Terengganu) [ 10 gol ]
8. A.Ahmad Rakhli (Perak) [ 9 gol ]
9. A.Bakri (Kuala Lumpur)[ 7 gol ]
10. S. Rahim (Selangor) [ 7 gol ]

Berikut adalah Carta kedudukan untuk Liga Super 2011 selepas perlawanan 6 July 2011.


Tahniah kepada Pasukan Kelantan! Gomo Kelate Gomo!

Wednesday, July 6, 2011

APA ITU KEJAYAAN? MIMPI ATAU CERITA?

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, saya asyik mengimbau tentang masa lalu yang pernah dilalui. Dari bangku sekolah sehingga kerusi kerja. Bertanya, apakah cerita yang patut saya kelaskan sebagai berjaya atau sebuah kejayaan.

Saya sengaja mengimbau sejarah lama yang mungkin masih dapat diingat mahupun ingat-ingat lupa. Mungkin ada secebis dua pengajaran yang dapat digunakan untuk mengisi ruang yang tertinggal untuk mengisi kejayaan. Mungkin.

Kejayaan Bukan Mimpi | Gambar : Google

Memahami dan mentelaah sejarah kembali bagaimana dulu kita menghadiri sesi motivasi sebelum menghadapi SPM, mengulang kaji sehingga pagi sebelum "Final Exam" sehingga mata menjadi lebam dan bergembira menerima sekeping Diploma atau Ijazah setelah bertahun lama bertungkus lumus. tapi adakah itu di anggap kejayaan?

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR, CAKAP BLOG, HENTAM SAJA?

Salam dan Selamat Sejahtera.

Peribahasa yang sememangnya kita semua sudah tahu maksudnya. Nasihat orang lama yang menyarankan kita anak-anak muda supaya menjaga cara dan etika tutur kata. Begitu juga kita bila sudah pun berusia kelak, kerana garam yang lebih banyak kita telan, pengalaman yang sudah cukup banyak dilalui, pastinya kita akan menyarankan anak-anak generasi akan datang supaya lebih berjaga-jaga dalam apa sahaja perlakuan mereka.

Tuesday, July 5, 2011

PR1MA | PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA | SYARAT PEMBELI | SAIZ RUMAH

Salam dan Selamat Sejahtera

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), adalah satu program perumahan khusus untuk warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak lebih daripada RM6,000 sebulan. Program tersebut adaah untuk perkerja kerajaan dan perkerja swasta. Dibawah program PR1MA, setem duti juga akan dikecualikan bagi pembelinya.

Sunday, July 3, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN | KEPUTUSAN PERLAWANAN KEDUA 2 JULAI | PENJARING GOL | STATISTIK PERLAWANAN

Salam dan Selamat sejahtera.

Malaysia pada perlawanan ke dua (2) yang telah pun selesai menyaksikan Malaysia telah tewas kepada Taiwan(China Taipei) dengan keputusan

MALAYSIA vs TAIWAN [ 2 -3 ]

Walaupun tewas kepada Taiwan dalam perlawanan ke dua di tempat lawan, Malaysia telah melayakkan diri dalam pusingan kedua kelayakan piala dunia yang bakal menyaksikan Malaysia akan bertembung dengan Singapura hujung bulan ini kelak di Singapura.

10 SIFAT MANUSIA YANG MEMUSNAHKAN | MENURUT PANDANGAN SAINS

Manusia seperti yang kita ketahui adalah makhluk bumi yang mempunyai pelbagai sifatnya. Daripada sifat yang baik seperti sayang menyayangi, sabar, tekun, ikhlas. Manusia juga adalah gudang kepada sifat yang boleh menghancurkan seperti mencuri, iri hati, dendam dan berbohong.

Manusia Ciptaan Allah swt Yang Terbaik | Gambar : Google

Kajian sains telah membuktikan dengan sifat-sifat yang tidak baik, ianya boleh menghancurkan dan memusnahkan makhluk yang serba bijak ini. 

Antara sifat yang dikaji dan boleh mendatangkan memusnahkan ;

1. BERBOHONG
Tidak dapat dikenal pasti kenapa manusia berbohong. Namun kajian mengatakan ia adalah biasa dan berhubung kait dengan fisikologi manusia. Ia dikatakan berkait rapat dengan harga diri. Menurut pakar fisikologi, Robert Feldmen (Universiti Massachusetts) "Semakin manusia merasa harga diri tercabar, semakin tinggi kemungkinan mereka akan berbohong". daripada kajiannya, 60% akan berbohong sekurang-kurangnya sekali dalam 10 minit setiap perbualan.


2. KEKERASAN
Kekerasan sepertinya sudah tercatit dari sejak azali dalam kehidupan manusia. Sepertinya manusia "mendambakan" kekerasan kata penyelidik. Namun, bukti telah menemui manusia pada jutaan tahun dahulu lebih sukakan keamanan berbanding manusia sekarang.

Saturday, July 2, 2011

DAVID DE GEA | PEMBELIAN BARU | BAKAL PENJAGA GOL NO.1 MU?

Salam dan Selamat Sejahtera.

David De Gea adalah salah satu antara pembelian untuk menghadapi Musim Baru 2011/2012 liga perdana english. Pasukan kuat lain seperti Chelsea, Arsenal, Manchester City dan pencabar yang sedang meningkat naik Tottenham juga sedang rancak untuk memperkuatkan pasukan mereka.

David De Gea | Gambar : Google
Manchester United yang telah memenangi liga Perdana English dalam musim 2010/2011 dan ke-19 kini telah proses untuk mengisi benteng akhir pasukan tersebut. Ini adalah kerana Van Der Sar yang telah pun bersara daripada arena bola sepak.

Friday, July 1, 2011

KERJA KOSONG (VACANCIES ) DI SARAWAK (JULAI 2011) | KUCHING | SIBU | BINTULU | MIRI

Salam dan Selamat Sejahtera.

Disini penulis ingin menyenaraikan kerja-kerja atau jawatan kosong yang terdapat di Sarawak seperti di Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan mungkin diseluruh bahagian yang lain untuk Bulan Julai seperti yang di siarkan dari akhbar-akhbar tempatan.

Tarikh tutup, alamat dan kelayakkan adalah seperti yang diiklankan. Semoga bersama mendapat manfaat dan selamat maju jaya.

Untuk pencari kerja, sila pastikan anda meneliti tarikh tutup dan keperluan yang diminta oleh syarikat bagi mengelakkan permohonan di tolak.


KENAIKAN TARIF ASTRO | PERMOHONAN TIDAK DILULUSKAN KABINET

Salam dan selamat sejahtera.

Permohonan kenaikan tarif untuk tarif Astro telah ditolak oleh kabinet. Kabinet tidak membenarkan stesen televesiyen berbayar tersebut untuk menaikkan caj dan harga mereka selagi tidak mendapat kebenaran pihak Suruhanjaya dan Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM).

Menurut kabinet, buat masa ini Astro tidak wajar untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka. Kenaikan tarif harga Astro hanya akan berlaku jika mendapat kebenaran pihak SKMM dan mengikut lunas undang-undang.