Wednesday, April 27, 2011

KAGUM DENGAN SEMANGAT ITU !!!


Salam dan Hi wat korang sekalian....
Moga bersemangat waja semerah Api Selalu~~~
Yeah!!! Semerah Api!!!
. . .

Bersemangat Sungguh kali nie ehy...
Tapi ???
Apa Sebab???
Apa Faktor???
Ada apa dengan Apa???
Apa Aku mengarutlah~~~ ha ha ha

Al-Kisahnya...

Terlihatlah aku, terlihat yer...Segmen Bersamamu di TV3, mengisahkan tentang Seorang manusia bernama "AhPeng"(nama samaran). Secara ringkasnya, Beliau mempunyai bentuk fizikil yang sempurna namun cacat pada kaki nya. Mengunakan tongkat di kedua belah tangan untuk berjalan dan berusia hampir setengah abad. Beliau melakukan perkerjaan menjual surat khabar dan hanya mengambil upah komisen diatas surat khabar-surat khabar yang terjual.

Namun...

Untuk ke tapak perniagaan beliau, beliau terpaksa berjalan kaki(guna tongkatlah yer...) sejauh 400M sehari dan disebabkan kecacatan, perjalanannya mengambil masa hampir 1jam setiap hari. Apa yang lebih mengagumkan, beliau telah menjalankan kerja tersebut selama hampir 20tahun. Huh!!!
Beliau pernah juga suatu ketika dalam perjalanan pulang telah disamun dan mengalami kerugian dan mendapat sedikit kecederaan. Tambahan pula apa yang lebih biasa adalah terjatuh...
Tetapi kata beliau dengan senyum

"Itu shi-mua sulah biasa lah"

-end of Ah Peng Short Story-

Boleh tak rasa apa yang aku kagumkan??? Tak rasa lagi, baca lagi....hehehe...
Yap, terlintas rasa kagum dibenak sanubari apabila melihat insan yang kurang sempurna seperti Ah Peng mampu melakukan semua tersebut untuk sesuap nasik. Hey, kalaulah korang juga menonton, ada tak korang nampak Muka Ah Peng menandakan kesusahan?? Menandakan beliau meminta kesian?? menandakan Beliau ingin Beralah??
Aku teka jawapan anda adalah "Tidak" (harap betul...hu hu hu)
Apa yang aku lihat hanya senyuman dan gurauan. Tabah Sungguh...
Dengan Gaji Komisen sehari paling tinggi, diulangi PALING TINGGI = RM35sahaja
(itu pun pada hari Sabtu/ahad kalau tak hujan).
Malu pulak dibuatnya ehy...
. . .


MENGAGUMI

Meh aku ringkaskan apa yang aku kagumi :
- Tak pernah kata SUSAH
- Tak pulak nak Duduk Rumah
- Tak pulak kata tempat kerja Jauh (makan komisen je)
-Tak pulak berpendidikan tinggi tapi ramai kawan
- Tak pulak nyusah Orang lain
- Tak pulak senyuman dia Lekang (ini yang aku suka)

"Hargai nikmat yang ada"(kredit google)

Itulah semangat dan personaliti yang aku kagum, tidak pernah menyerah walau apapun dugaan. Cubaan hanyalah tapak untuk melangkah lebih jauh atau menguatkan dan mematangkan semangat diri.
Fuhhhhhhh!!! Kagum!!!
(Perasaan Kagum yang teramat telah mendorong kepada entry ini...gheee gheee gheee...)
. . .
Tapi, Macam mana pulak dengan Kita yang cukup Sifat, Sempurna akal, Tinggi pendidikan,berkeupayaan dan bergaji tinggi ???
Jeng...Jeng...Jeng...

"Kita phikeq lah Sendiri "

-Salam dan Jumpa lagi-

p/s : Beban itu Berat, tapi yang lebih berat itu Tanggungjawab.

4 comments:

  1. @nub : Memang bermotivasi sungguh aku bila melihat ah peng tu....gigih!!!

    ReplyDelete
  2. huhu... aku tak tengok... so no komen...

    ReplyDelete
  3. @Nasriq : hehehe...takper takper...dapat rasa pun ok...cuba rasa...hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.