Kerja sememangnya sukar dan boleh menyebabkan tekanan. Namun, antara satu kerja dengan satu kerja yang lain ianya mempunyai tekanan yang berbeza. Disini disenaraikan 10 kerja yang paling terdedah kepada tekanan dan boleh menyumbang kepada kemurungan mengikut kajian;
1. Pusat Asuhan Orang Tua /Penjagaan Kanak-kanak
Bidang pengasuhan adalah tertinggi daripada senarai tersebut. Kerja seharian mereka adalah seperti mamberi ubat, menberi makan dan menjaga orang yang terkadang sepertinya tidak dapat menghargaii apa yang telah dilakukan oleh perkerja bidang ini. Ini mungkin kerana mereka terlalu tua, terlalu sakit,terlalu muda atau sememangnya tidak tahu menghargaii. Ia adalah tekanan melihat orang yang sakit dan tidak memahami.
2. Pelayan restoren

Kedudukan hanya dibawah kerja profesional dan mereka adalah orang yang menghantar makanan dan minuman yang telah anda pesan ke meja. Pelayan selalunya mempunyai gaji yang rendah, tetapi kerja yang memenatkan hanya kerana setiap hari pelanggan akan menyuruh melakukan kerja-kerja yang berbeza(tempahan berbeza). Disamping berhadapan perangai pelanggan yang berbeza setiap hari, terkadang ada yang terlalu kasar. Kerja ini dikatakan memerlukan banyak tenaga untuk dilakukan.
3. Pekerja Sosial
3. Pekerja Sosial
Berhadapan dengan masalah-masalah sosial seperti penderaan dan krisis keluarga ditambah pula dengan karenah birokrasi antara agensi, tidak dinafikan mereka antara pekerja yang mempunyai risiko berhadapan tekanan. Kerana kerja mereka yang berhadapan dengan mangsa yang amat memerlukan, tidak dapat disangkal mereka terpaksa berkorban banyak semata-mata menyelamatkan atau menolong mangsa.
4. Sektor Kesihatan
Termasuk doktor,jururawat mahupun pakar dalam bidang kesihatan. Dengan kerja yang tidak mempunyai masa yang tetap dan nyawa orang sepertinya berada didalam tangan mereka. Tekanan harapan daripada keluarga atau saudara mara pesakit yang boleh dikira sebagai melampaui batas. Setiap hari kerjaya ini akan melihat orang sakit, trauma dan kematian, berhadapan dengan orang ramai yang menaruh harapan. Ini boleh menyebabkan mereka melihat dunia sebagai tempat yang penuh dengan kesedihan secara keseluruhan!
5. Artis, Penghibur dan Penulis
Kerja yang mempunyai gaji yang agak tidak menentu, masa yang tidak terjadual dan terkadang seperti terbiar dan tidak langsung diketahui terutamanya penulis. Pekerja yang kreatif dalam bidang ini dikatakan mempunyai risiko menghadapi kecelaruan Perasaan"Mood Disorder" kerana terlalu memikirkan bahan yang akan sampai kepada penonton, pembaca mereka. Berblog macam mana pulak?
6. Guru

Cabaran dalam bidang ini sepertinya semakin hari semakin meningkat! Kerja di sekolah boleh bersambung sebagai kerja di rumah. Banyak tekanan dari perbagai pihak untuk kerjaya ini. Antaranya murid-murid, ibu-bapa dan sekolah itu sendiri(pencapaian sekolah), semuanya mempunyai misi yang berbeza yang harus digalas oleh Guru.
7. Pekerja Pembantu Pentadbiran
7. Pekerja Pembantu Pentadbiran
Mereka selalu ditempatkan dibarisan hadapan, mengambil arahan dari pihak luar.Mereka juga dikatakan berada dalam barisan belakang organisasi kerana menerima setiap kerja dari pihak atasan. Mereka mungkin mempunyai hari yang tidak dijangkakan, dan mungkin juga tidak dihargai atas kerja-kerja yang memudahkan kerja orang lain.
8. Pekerja Penyelenggaraan
Kerja yang bergantung kepada panggilan telefon atau tawaran orang lain. Panggilan untuk mendapatkan khidmat membaikpulih. Kerja yang juga mempunyai gaji yang tidak tetap, tidak juga peduli siang dan malam. Kerja untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan hanya menerima gaji yang agak rendah. Terkadang kerja penyelenggaraan juga terlibat dalam keadaan yang merbahaya.
9. Penasihat Kewangan dan Akauntan
Pernah kehilangan wang keluarga atau rakan-rakan yang berada dalam pegangan anda? Bayangkan anda kehilangan wang yang berjuta bilion wang yang diamanahkan kepada anda? Apa perasaan anda sekarang? Tanggungjawab untuk menjaga keluar masuk wang adalah antara kerja yang mempunyai risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan tekanan. Wang juga boleh diklasifikasikan sebagai kes sensitif untuk sesetengah orang.
10. Jurujual
Gaji kebanyakan berdasarkan komisen jualan dengan kata lain, anda tidak mungkin mengetahui apakah gaji yang akan diterima pada hujung bulan. Kerja ini memerlukan mereka untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk meningkatkan hasil jualan. Jauh dari rumah, keluarga dan rakan-rakan. Kerja dengan pendapatan yang tidak tentu, masa yang panjang, orang yang berbeza dan sasaran hasil jualan yang tinggi. Kerja yang amat memenatkan dengan faktor tekanan yang amat tinggi.
Sumber >> Health.com <<
Kerja memang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.Bagaimana pun, apa saja kerja, lakukan dengan Ikhlas demi ibadah kepada yang Maha Esa. Dapatkan nasihat dan rehat secukupnya untuk memastikan emosi dan motivasi diri masih dalam keadaan terkawal.
Sebelum itu, Jom tonton sebentar kerja-kerja yang juga tinggi "tekanan" nya. ( Daripada cerita arahan P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Apakah kamu antara mereka yang tergolong dalam kategori diatas? Tinggalkan jawapan anda diruangan komen dibawah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Apakah kamu antara mereka yang tergolong dalam kategori diatas? Tinggalkan jawapan anda diruangan komen dibawah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


programmer jugak tinggi tekanan akibat kerjanya.. ah stress!! Huhu
ReplyDelete@Aini : Isk Isk Isk Isk Isk...apa boleh buat...nasib badan~~~Peace!
ReplyDeletehahahaha.. yang dalam video tu mmg dahsyat sungguh kerjanya..
ReplyDeletedulu pernah jadi supervisor kafe di universiti, tapi merangkap cashier, pembancuh air, pengelap meja dsb. agak seronok sbb boleh meng-usha2 awek. hehehe :P
nak try jurujuai..mesti selalu kena pukoi an. haha
ReplyDelete@ASaDa RyutaRo : Wahahaha...Macam pakej jer kerja...wakakaka..tapi berbaloi dapat tengok macam2 awek bak kata en Nub tu..Gadis 2G atau 3G(nak taw pergi blog dia)
ReplyDelete@nub : Keh keh keh...Kita ugut customer, kalau dia tak nak beli pukoi...huhuhuhu
wahhhh..kerja saya termasuklah..no 6 tu..tumpang share ek
ReplyDelete@blackroses : hahahaha...guru memang banyak tekanan kerjanya. macam-macam cabaran. Dipersilakan untuk meng "share"...peace!
ReplyDeletememang beri tekanan. dalam banyak2 tu aku x nak kerja sosial..
ReplyDeleteAda je yang tak puas hati
@Freaky : hahahaha...kerja sosial nie, kira kerja2 kebajikan...fuh...kadang-kadang berkait rapat dengan negara lain...payah tu bro..macam kes-kes pembantu rumah...gilerrr ahhh tensen...
ReplyDeletehaih..banyak betul yg tertekan skang ni.. =]
ReplyDelete@Syukri Mohtar : Tulah, Banyak yang tertekan dan banyak yang naik~~~adoiyaiii..hehehe
ReplyDeletetension kot jadi jurujual. adoii kita nak promote je pun dah kena marah. -_-
ReplyDelete@Fathiah Hamim : Bukan setakat Kena marah Kot, kena halau pun ada...adehhh...bukan mencuri pun kan...tension tuuu~~~
ReplyDeleteyup... jadi cikgu memang tensen. tambah2 dengan perangai budak2 sekarang ni....kalo tak caya korang cuba pegi jadi cikgu kat sekolah... seminggu pun cukuplah...
ReplyDelete@RedVixen : Hahaha...Hi teman Semerahku!! Yap, memang benar.Cikgu tuition pun boleh menyebabkan marah! ahahaha...Emo Pulak~~~
ReplyDeletesekarang bergelar pelajar, pekerja part time dan juga blogger part time.. so far bila kerja sebagai pelayan restoran, tekanan bukan di sebabkan oleh customer tapi oleh manager.. tapi belum lagi penah sampai ke tahap yang tekanan tersebut betul2 tinggi. bila buat 3 kerja dalam 1 masa ni sudah tentu lah masa untuk blogging itu sangat sangat limited tapi insyaAllah, ada masa.. dapat juga berblogging..
ReplyDeleteI really like your blog.. very nice colors & theme.
ReplyDeleteDid you design this website yourself or did you hire someone
to do it for you? Plz reply as I'm looking to design my own blog and would like to know where u got this from. thank you
Feel free to visit my web-site - how to lose man breast
Im only using blogger template and some adjusment on the coding. That all
Delete