Saturday, May 28, 2011

23 TANDA ORANG YANG MENCINTAI KAMU. . .

Salam dan Hi buat korang, sambil jalan-jalan dalam dunia maya hari ini aku terjumpa satu artikel yang menarik tentang keadaan atau perlakuan orang yang mencintai kamu, atau aku katakan "angau".Jadi, pernah terlaku atau terlintas keadaan tersebut kepada kamu? atau kita sendiri tidak pernah tersedar yang ianya sedang berlaku?

Nak tahu tanda-tanda mereka yang mencintai kamu?



TANDA ORANG YANG MENCINTAI KAMU. . .


1. Dia tidak pernah mampu mencari alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang hanya dia tahu mata dan hatinya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak akan peduli! Yang penting baginya kamu akan bahagia dan menjadi impian.

3. Akan sentiasa menerima kamu seadanya. Dimatanya dan hatinya, kamu adalah yang tercantik walaupun kamu merasakan berat badan kamu bertambah!

4. Dia akan sentiasa ingin mengetahui apa yang kamu lakukan.

5. Sentiasa mengirim SMS kepada kamu. Contohnya seperti mengirim "Selamat Pagi", "Selamat Malam", "Take Care" walaupun kamu tidak membalasnya. Dia cuba menyatakan cinta kepada kamu dengan cara berbeza dan bukan dengan "aku cinta padamu" atau sebagainya.

6. Kalau kamu mengadakan majlis keraian atau ulangtahun dan tidak mengundang dia. Dia akan menelefon untuk mengucap selamat atau setidak-tidaknya menghantar SMS ucapan kepada kamu.

7. Setiap kejadian yang dilalui bersama akan dia sentiasa ingati. Pada si dia, kenangan bersama kamu adalah kejadian yang berharga baginya. Pada masa tersebut, matanya pasti berkaca kerana kenangan tersebut pastinya tidak akan berulang kembali.

8. Dia akan sentiasa mengingati kata-kata kamu ucapkan. Dia akan menyematkan kata-kata kamu dihatinya. Kata-kata harapan yang kamu tuturkan kepadanya dan akhirnya kamu musnahkan.

9. Dia akan belajar mengemari lagu-lagu kesukaan kamu. Bahkan, mungkin meminjam CD milik kamu atau mencarinya sendiri dalam internet. Kerana dia akan mencuba memahami apakan kesukaan dan kegemaran kamu.

10. Kalau kamu kali terakhir bertemu kamu dalam keadaan kamu yang sedang demam atau selsema. Dia akan sentiasa risaukan kamu sehingga kerap kali menelefon atau menghantar SMS bertanyakan keadaan kamu.

11. Memberi semangat kepada kamu semasa kamu sedang menghadapi sesuatu. Contohnya menghadapi ujian.Dia akan menghantar SMS berupa pemberi semangat contohnya "GUDLUCK!"

12. Dia akan memberi suatu barang kepada kamu dimana pada tanggapan kamu ia adalah barang yang biasa tapi amat berharga atau bermakna baginya.

13. Dia akan terdiam seketika apabila bercakap dengan kamu ketika sedang bercakap dalam telefon. Kerana ketika itu dia akan berasa gugup dan merasakan kamu sedang mengegarkan dunianya.

14. Sentiasa ingin dekat dengan kamu. Dia akan menghabiskan masanya bersama kamu sepanjang hari.

15. Jika kamu berada ditempat lain, dia kan sentiasa mengingatikan kamu supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh kerana bingung dan risau.Sebenarnya dia takut akan kehilangan kamu apabila kamu sudah terpengaruh dengan persekitaran yang jauh darinya.

16. Dia akan lebih bertindak seperti saudara daripada seorang kekasih.

17. Dia akan sentiasa melakukan perkara yang mengejutkan kamu. Seperti menelefon 100 kali sehari! Menghantar SMS yang mengejutkan kamu ketika ditengah malam atau datang secara tiba-tiba ketika kamu sedang berada disesuatu tempat. Ini adalah tanda dia sedang mengingati kamu.

18. Dia akan merindukan kamu dan terkadang ia membuatkan kamu pening kepala memikirkan tingkah lakunya.

19. Jika kamu meminta kamu untuk mengajar sesuatu.Dia akan mengajar kamu dengan sabar walaupun pada masa tersebut dia adalah orang yang paling bodoh di dunia. Dia tidak akan mengelak untuk melaksanakan apa saja permintaan kamu.

20. Inbox telefon bimbitnya, sebahagian besar SMS yang tersimpan dihiasi dengan no. telefon kamu.Dia masih menyimpan SMS yang kamu hantarkan walaupun ianya sudah berbulan malah bertahun-tahun.Dia menyimpan surat-surat kamu ditempat yang khas kerana menganggap sesuatu pemberian kamu adalah amat berharga.

21. Jika kamu menolaknya atau menjauhkan diri darinya. Dia akan menghilangkan dirinya dari kehidupan kamu walaupun reaksi kamu telah membunuh hatinya.

22. Jika satu saat kamu merindukannya dan ingin memberi kesempatan kepadanya. Dia akan menunggu kamu kerana dia tidak pernah mencari orang lain. Dia akan sentiasa menunggu kamu.

23. Dia tidak pernah memaksa kamu untuk memberi sebab atau alasan(walaupun hatinya meronta ingin mengetahui).Dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu meminta dia untuk pergi, dia akan benar-benar pergi tanpa menoleh belakang tanpa menyalahkan kamu kerana dia mengerti apa sebenarnya cinta.

Sumber : Facebook

Pernah adakah seseorang melakukan seperti yang tercatat di atas kepada kamu? Pernahkah kamu menyesal kerana mensia-siakan mereka? Bergantung kepada pengalaman masing-masing kerana setiap orang punyai langkah dan jalan hidup yang berbeza. Betul tak?

Cinta bukan semuanya diakhiri dengan sebuah perkahwinan.Bukan semua cinta mestinya adalah seindah sebuah cinta Bollywood.

"Mencintai bukan bermaksud memiliki"

2 comments:

  1. @Zuhaili : Taklah, aku mabik dari facebook, saja buat share kat cne...huhuhuhuhuhu...sebab tu ade link facebook tu...kekekeke

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.