Wednesday, May 11, 2011

7 KUALITI PEMIMPIN MENGIKUT PANDANGAN DR. MAHATHIR

Sebelum nie aku pernah menulis satu entri tentang Kepimpinan. Ianya adalah langkah-langkah untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan mungkin boleh menjadi panduan dan rujukan kita bersama. 



Kali ni pulak, saya ingin berkongsi dengan korang tentang kualiti seorang pemimpin dari sudut pandangan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.


Antara yang beliau gariskan adalah ;

7 KUALITI PEMIMPIN

1. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendahkan diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.

2. Pemimpin mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam kepimpinan.

3. Pemimpin tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.

4. Beliau patut bersikap Luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

5. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.

6. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan orang lain untuk dilaksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.

7. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang di bawah pimpinannya.

Jadi itulah antara 7 kualiti yang telah digariskan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin yang berjaya. 

Jadi, adakah ciri-ciri tersebut ada di dalam diri kita semasa kita dikala memimpin.? Berkualitikah kita bila digelar pemimpin? 

p/s : Bergunakah kapal dibina tanpa kemudi ??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.