Saturday, May 28, 2011

BARCELONA VS MAN UTD | KESEBELASAN UTAMA | RAMALAN SI SOTONG

Perlawanan Final UEFA Champion League, Barcelona dan Manchester united adalah perkara utama untuk peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia hari ini. Perlawanan yang telah dijadualkan pada hari ini 28 May 2011, akan bermula pada pukul 20:45, stadium Wembley England. Bersamaan 29 May 2011, pukul 2.45am, Ahad waktu Malaysia.



Kedua pasukan tersebut telah pun memenangi lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir dengan Man Utd mengalahkan Schalke 04 dengan aggregate (6-2). Barcelona pula mengalahkan lawan seterunya di La Liga,Real Madrid dengan aggregate (4-2) untuk mara ke final.

United yang telah mara di final untuk kejohanan liga juara-juara ini memiliki kelebihan kerana final akan berlangsung di England. Namun, kedua pasukan tersebut mempunyai misi yang sama iaitu untuk melengkapi musim hebat mereka. United telah memenangi Liga Premier English walaupun ditentang hebat oleh Arsenal dan Chelsea dengan Man City menjadi antara kuasa baru liga tersebut. Barcelona juga telah memenangi liga La Liga dengan menewaskan pencabar terdekat mereka Real Madrid.

Kata Jurulatih

Sir Alex Ferguson | Manchester United

Beliau berjanji bahawa perlawanan final ini tidak akan ada menjadi punca untuk kekalahan. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan MU kali ini adalah lebih sempurna tanpa kehadiran Ronaldo. Beliau telah membuat andaian bahawa perlawanan antara Man united dan Barcelona untuk final ini adalah yang terbaik. Namun dengan yakinnya mengatakan Man Utd akan
memenangi kejuaraan liga juara-juara kali ini walaupun telah dilabelkan sebagai "underdogs" berhadapan
dengan pasukan Barcelona yang lebih perkasa. "Untuk pemain United ianya mudah dimana mereka haruslah
percaya pada diri sendiri dan pasukan" kata Ferguson.

Joseph Guardiola | Barcelona

"Bila kamu mempunyai dua pasukan yang bermain
secara menyerang dan ingin menang, kamu boleh menjangkakan perlawanan yang hebat dalam dunia"
kata Guardiola.Untuk menang dalam jangka masa yang panjang,melakukan dua, tiga kali perubahan untuk
memperbaharui pasukan juga untuk menang, itu adalah bagus. Kami perlu melakukan sesuatu yang berbeza dari final 2009 dari segi kekuatan pada
peringkat berbeza setiap perlawanan.




KESEBELASAN UTAMA

Berikut adalah barisan utama yang akan dijangkakan untuk pasukan Barcelona
dan Man. United. Namun ini akan terpulang kepada keputusan akhir jurulatih masing-masing bagi pemilihan kesebelasan utama pasukan Manchester dan Barcelona.


MANCHESTER UNITED
Formasi : 4-4-2
[Van Der Sar,Fabio,Ferdinand,Vidic,Evra,Valencia,Carrick,Park,Chicarito,Rooney]
BARCELONA
Formasi : 4-3-3
[Valdes,Alves,Pique,Puyol,Masherano,Xavi,iniesta,Busquets,Pedro,Messi,Villa]

>Sumber :dailymail.co.uk<

Dalam perlawanan tersebut, semestinya Manchester akan mengambil berat tentang kuasa tengah Barcelona yang dipimpin oleh Messi,Xavi dan Iniesta. Bagaimana pun Barcelona tidak boleh berpeluk tubuh kerana serangan balas united dan pemain yang pasti akan dijaga adalah Rooney dan Chicarito.

RAMALAN FINAL LIGA JUARA - JUARA 2011
Tidak dapat diketepikan jika terdapat perlawanan besar seperti ini, banyak ramalan akan dilakukan. Kita tengok apa kata mereka

Graeme Souness : Menjangkakan Barcelona akan menang final UEFA. Ini kerana adanya Messi yang menjadi tunjang belakang Barcelona.

Samuel Eto'o(pemain Milan): Mengharapkan perlawanan yang serba baik dan
cantik dari kedua-dua pasukan. Beliau adalah penjaring pertama (sebelum berpindah ke Milan) semasa final 2009 antara United vs Barcelona yang dimenangi mereka 2-0.

Jack Wilshere(Pemain Arsenal) : Menjangkakan Ferguson mempunyai pelan B
dimana beliau boleh menukar formasi dari 4-4-2 kepada 3-4-3. Barcelona juga pada 20 minit terakhir akan kepenatan.

> Sumber :uefa.com <

Ramalan IKER Si Sotong

Ramalan Sotong kini menjadi sangat popular selepas ramalan yang dilakukan oleh Paul Si Sotong dalam Piala Dunia yang dimenangi oleh Sepanyol. Namun, ini adalah sotong lain iaitu Iker Si Sotong Pula. Iker Si Sotong telah memilih "underdogs" Man. utd untuk memenangi Final Liga Juara-Juara 2010/2011 ini dengan memakan sardin yang terdapat pada tiub yang disediakan dan dilekatkan dengan lambang Man utd dan Barcelona.

Pendapat ITO, mungkin si sotong Iker lebih suka memilih Lambang lain selain Barcelona kerana namanya. Iker adalah seperti nama penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas(dah kata musuh yer tak? :P).
Apa Pun tunggu saja keputusan perlawanan.

Kamu :YA KAMU! Apa kata Kamu ?? Komen jew...:P

Ingin menonton perlawanan akhir aksi Final Liga Juara -Juara Manchester United vs Barcelona dari screen komputer anda?


p/s : GoodLuck untuk kedua-dua pasukan!

6 comments:

  1. meh..aku rasa barca menang selesa XD
    http://myblog.zipidea.com/2011/05/28/go-barca/

    ReplyDelete
  2. @cd : wakakakaka...saya penyokong kuat MU...

    ReplyDelete
  3. @SabreeHussin : Glory Glory man Utd...Glory Glory Man Utd~~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.