Monday, May 16, 2011

BERMULA A,B,C SAMPAI Z, HITUNG 1 HINGGA 10. . .

Salam dan Hi
. . .

Seperti yang kita semua ketahui 16 May, adalah hari khas yang disampaikan kepada seorang yang mendidik, mengajar atau menyampaikan ilmu. Dengan lebih mudah dipanggil dengan panggilan Cikgu/Guru.

Setiap Helaian Buku Memberi Seribu Ilmu (Kredit Google)
. . .

"Hari pertama Masuk sekolah"
"Tak pandai Membaca Mengira"

Teringat mula masuk sekolah dulu. Kita semua punyai pengalaman yang sama. Samada memasuki sekolah tadika atau pun terus masuk ke sekolah rendah. Insan yang pertama kita jumpa didalam ruang yang dipenuhi oleh rakan seusia itu dipanggil dengan nama Cikgu.
Berbagai ragam yang kita jumpa ketika itukan. Ada yang diam, termenung, takut, ter-hyper aktif,menangis dan tak lupa juga yang terkencing dan terberak di dalam seluar.

"Tetapi Cikgu Begitu tabah"
"Mengajar Kami Sungguh-Sungguh"

Namun, Insan yang bergelar Cikgu tidak pernah endah atau ambil kisah dengan setiap bucu perangai yang kita pertontonkan. Senyuman yang hanya dilemparkan dengan harapan ajaran yang disampaikan meresap ke minda dan hati. Melihat bakal jurutera, bakal ahli politik, bakal ahli perniagaan, bakal ahli ternama, bakal ustaz, bakal tentera dan apa saja yang akan menjadi nanti, Cikgu terus menabur bakti. Terus bersungguh mengajar dan mendidik.

"Bermula A,B,C sampai Z"
"Hitung 1 sampai 10"
"Baru ejaan dan kira-kira, kami belajar dengan lancar"

Cikgu : Cik Sudin, Kenal tak huruf ini?
Sudin : Ya saya Kenal Cikgu...
Cikgu : Huruf ini sama dengan huruf "Jim". Huruf Jim matanya di tengah-tengah, tapi huruf ini matanya di Atas.
Sudin : "Jim" ni ditengah-tengah, ini mata di atas. "JIM" pakai toncet!

TONCET!!! wahahahaha!!! (Diketawakan)

Tuk! Tuk! Tuk! (Rotan di pukul atas Meja)

Cikgu : Pak Abu suka ketawakan orang terlalu banyak sangat,sekarang Pak Abu Pulak.
Pak Abu : Yang Mana?
Cikgu : Yang Ini
Pak Abu : Owhhh, ini saya kenal, saya tahu ni, Ini Huruf "M"
Cikgu : laaa, itulah jangan suka ketawakan orang, Yang ini bukan huruf "M". Ini huruf "Ha"
Pak Abu : Huruf "Ha"(tersipu malu)

Wahahahahaha!!! (Diketawakan oleh Bujang Lapok)

Skrip : Pendekar Bujang Lapok
Nak Lihat Klik(Youtube) -- Pendekar Bujang Lapok

Hanya bermula dengan mengenal huruf dan nombor, perkara mudah petik jari, tapi Cikgu terus memcurah ilmu dengan sungguh kepada anak-anak bangsa yang masih hijau.
Seperti petikan skrip Tan Sri P. ramlee, hanya dengan huruf jawi yang tidak diketahui, individu telah diketawakan, lumrah dunia. Tapi, sanggupkah kita diketawakan oleh Dunia dengan"kebodohan" kita dengan tidak mempunyai ilmu?
Tidak mengetahui apa-apa walaupun hanya yang asas?
Mengatakan "Tahu" sedangkan Tidak?
Fikirkan~~~

"Berkat Kesabaran, Guru Bijaksana"
"Memberi Pelbagai Petunjuk"
"Hari demi hari, kami pun mengerti"
"Pelajaran Nilainya Tinggi"

Kesabaran dan ketabahan,, Cikgu terus mendidik dan mencurah ilmu dengan harapan anak-anak muridnya satu hari nanti tidak akan ditertawakan. Dipersenda kerana kurangnya ilmu di dada. Dipijak kerana tidak punyai Ilmu sebagai senjata untuk melawan.
Dengan satu harapan terbenam di Dada, anak-anak bangsa ini mengerti akan Makna sebuat ILMU. Bukan hanya dapat membawa mereka ke lautan, mengelilingi dunia. Tapi, dapat membawa kita ke dasar lautan dalam, ke permukaan bulan yang tinggi.
Mengerti akan kebesaran Allah s.w.t yang Maha Luas.

"Kami Ingat Setiap Masa"
"Jasa Guru mendidik Bangsa"
"Sambutlah Ini ucapan Kami"
"TERIMA KASIH CIKGU"

Kini, semua anak-anak kecil yang dulu hanya membina bangunan dari permainan lego telah membina bangunan mencakar langit . Berkarangan dalam kertas kecil, kini membawa bentangan kertas untuk memajukan negara, Permukaan bulan yang dilihat dalam buku teks telah dipijak dengan kaki nyata, dilihat dengan mata kasar. Yang dulunya menjadi ketua Kelas, kini menjadi pemimpin negara.
Mengerti betapa pentingnya sebuah ILMU yang dicurahkan dan ditanam dalam Jiwa.
Mengerti pentingnya Senjata ILMU untuk terus maju dalam hutan dunia yang tiada simpang.
Mengerti Betapa Jauhnya pandangan dan hayunan rotan yang sebenarnya pukulan membawa balik anak didik yang terlanjur simpang salah supaya kembali menjadi INSAN Berguna.
sambutlah cikgu ucapan kami...

"TERIMA KASIH CIKGU"


Aku Ucapkan terima kasih kepada semua cikgu yang telah memberi didikan kepadaku. walaupun hanya mengajar aku tentang lengkuk huruf A sampai Z. Mengajar aku hanya 1 + 1 =2, terima kasih kerana ianya membawa 1001 makna.
Yang mengajar tentang Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat.
Terima Kasih Cikgu!!!

p/s : Semoga roh dirahmati Allah kepada cikgu yang telah pergi.

6 comments:

  1. lihat, sugguh besarkan pengorbanan seorang guru itu tanpa mereka siapalah kita dalam dunia yang dapat mengecapi kemodenan ini. kwsbaran mereka amat ptot dicontoh

    ReplyDelete
  2. @Cucu umie : Pengorbanan Cikgu, sebenarnya memang tinggi. Hanya bermula dari A sampai Z pun sudah memberi Sejuta bakti.

    ReplyDelete
  3. @Pesona : hahaha...baik saya bukan cikgu awak, kelas awak kt sebelah. Peace!

    ReplyDelete
  4. @Inspirationalefeks : Kelas Kamu di kelas seberang sana tu. Huhuhuhu~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.