Wednesday, May 18, 2011

HARGA MINYAK RON95 NAIK ?

Salam dan Hi
. . .

Harga Minyak RON95 akan naik?
Sekarang harga minyak RON95 adalah pada paras RM1.90 per liter. Kerana trend menaik h
arga minyak pasaran dunia kini, menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yakub. Tanggungan subsidi kerajaan akan meningkat dari RM18bil kenaikan sebanyak RM10bil. daripada 8bil. pada tahun 2010.

Mengikut Pelan Rasionalisasi Subsidi, kajian akan dijalankan setiap 6 bulan sekali. Untuk Produk RON95 kali terakhir kajian dibuat adalah pada bulan Disember 2010. "Jumlah peruntukan daripada subsidi yang dikurangkan dapat digunakan untuk membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat dan bantuan pelajaran" kata beliau.

Harga petrol untuk RON95 akan disemak semula bulan depan samada ianya akan dikekalkan pada paras sekarang atau sebaliknya bergantung kepada . Kajian akan dilakukan berserta agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan PEMANDU




IPOH 17 Mei – Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata, walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat. -Bernama



Sumber : Utusan Malaysia Online

I Think Of : Fuhh, terasa panik pulak untuk membaca berital perihal berkaitan kenaikan. Asyik-asyik naik Minyak naik lepas tu gula naik, lepas tu minyak naik lagi, lepas tu aku naik Bas sebab malas tengok stesen minyak. Jangan naik darah sudah sebab kena cekik darah. Kalau naik lagi harga minyak, kita pergi tangkap orang minyak banyak buat stok. Apa Macam nak join? Kalau tak pun kita pergilah cari perigi minyak sendiri belakang rumah, manalah tahu ada rezeki.
Ya tak?

p/s : Selalu terdengar khabar naik sana, naik sana, naik sinun. Semua nak naik, apa pulak nak turun? huh?

4 comments:

  1. minyak naek..roti canai pon naek..yeayy..sume naek bas lepas nih..

    ReplyDelete
  2. kemungkinan nak naik sangat tinggi.. haihh

    Blogger bajet Hebat

    ReplyDelete
  3. @syrupmasin : Hahahah..naik Bas bagus~~~dapat tidoq sebentar..tapi jangan sampai terlepas destinasi

    ReplyDelete
  4. @Freaky : 1st Entry Mu buat Aku tertipu!! wahahaha...Yap, kemungkinan akan naik...pasti!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.