Sunday, May 29, 2011

KEPUTUSAN MENTOR MUSIM 5 | JUARA | JUARA SEGMEN UJIBAKAT PILIHAN

Mentor musim ke Lima baru sahaja selasai melabuhkan tirainya. Persembahan yang agak mantap daripada kesemua finalis untuk musim ke-5 ini.

Mentor Musim ke-5 ini telah dimenangi oleh


-JUARA-
Salma / Erra Fazira
Jumlah Markah = 85 markah
[Markah Juriawam = 16]


-Tempat ke 2-
Shiha / Datuk sharifah Aini
Jumlah markah = 63 markah
[Markah juriawam = 17]


-Tempat 3-
Iqa / Edry
Jumlah markah = 56 Markah
[Markah juriawam = 20]


Salma walaupun telah mendapat undian yang terrendah dari juri awam telah terpilih menjadi juara dengan markah terkumpul [Juriawam,Juri Profesional dan SMS] sebanyak 85markah, diikuti oleh Shiha, 63markah dan 56markah untuk Iqa.
Juara untuk Mentor 5, membawa pulang hadiah RM100,00 seorang [Mentor & Protege] berserta sebuah kereta chevrolet untuk protege. Tempat kedua, RM30,000 seorang dan sebuah motosikal dan RM10,000 seorang untuk tempat ketiga.

Segmen Uji Bakat Pilihan

Manakala untuk segmen uji bakat pilihan pula, ia direbut antara Khasri dan Nurshila.Khasri dan Nurshila membawa lagu Mimpi dipatuk Ular dan Oh dimana masing-masing dengan segmen tersebut dimenangi oleh Nursila dengan hadiah wang tunai RM1000. Pemenang untuk segmen ini telah diputuskan oleh ketiga-tiga juri pada malam final tersebut.

"TUNJUK AJAR KU SIFU"

p/s : Rasa-rasanya Khasri lebih layak menang untuk segmen pilihan kerana persembahan yang menghiburkan. Betul tak?

2 comments:

  1. ok la puas hati dengan keputusan malam tu :)

    ReplyDelete
  2. @RedVixen : Huhuhuhu, suka pulak dengar lagu baru Iqa tu...keh keh keh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.