Tuesday, May 24, 2011

KERANA POPULAR? REMAJA PADA UMUR PURATA 22TAHUN MEMPUNYAI LEBIH 1000 KAWAN FACEBOOK!..50 KALI GANDA IBU BAPA MEREKA


Adakah rakan sekalian berumur lingkungan 20'an ?, dan adakah Rakan FACEBOOK rakan-rakan sudah mencecah 400 orang ke 1000 orang atau lebih ?

(kredit Google)

Kawan melebihi 1000+ orang dalam jaringan sosial Facebook! Ini adalah jumlah rakan online bagi remaja yang berumur purata 22tahun di British. Bagaimana pula dengan Ibu Bapa mereka yang telah hampir 50'an hidup dan mereka juga mempunyai rakan dan berdaftar sebagai penguna facebook, adakah jumlah rakan mereka semakin ramai?

Itulah kuasa Facebook yang membantu anda mencapai rakan sebanyak, seramai dan semampu boleh.

Namun, satu penemuan penyelidikan telah berjaya mengaitkan hubungan antara umur pengguna dengan jumlah pengguna yang berdaftar sebagai "kawan maya(online)" jaringan sosial, terutamanya Facebook. Bukti Juga menunjukkan pengguna akan mencapai populariti (kefemesan nyer...) pada lingkungan usia 20'an.

Remaja yang berumur dilingkungan 13 hingga 16 tahun, dari kajian menemui mereka sudah mempunyai rakan seramai purata 450 orang dan perempuan mempunyai rakan online lebih berbanding lelaki. Jumlah ini mengurang apabila dikaitkan dengan umur penguna. Mereka yang berumur 30'an akan mempunyai 100-200 rakan online,umur 40'an mempunyai sehingga 50-100 rakan dan terendah adalah 50'an dimana mereka hanya mempunyai kurang daripada 20 orang rakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif(Syarikat Paul Hudson) En. Hudson, sekarang seorang "kawan" bagi remaja adalah berbeza istilahnya berbanding dengan ibu bapanya dalam istilah media. Bersosial melalui internet adalah satu bukti bagaimana kumpulan umur yang berbeza mengadaptasi ke arah Dunia Digital dalam kelajuan yang tidak sama.


Ini adalah salah satu ringkasan akbar dari British tapi Hey! pada pendapat ITO, apa kurangnya kepada rakyat Malaysia. Betul tak? Bermula dari MiRC, Yahoo Messager,Myspace,Friendster,Tagged, dan sekarang facebook dan twitter dan dibekalkan bersama butang-butang yang lebih interaktif dan mudah, memudahkan lagi untuk klik dan tambah kawan.

Satu soalan "adakah kesemua rakan-rakan FACEBOOK tadi dikenali?"

Adakah memiliki ramai rakan facebook untuk insan-insan bukan artis selebriti terkenal seperti kita akan membuatkan kita femes? fofuler? Rasanya jawapan paling dekat adalah tidak atau mungkin juga dekat adalah ya.Terpulang dengan individu masing-masing. Citarasa dan gaya hidup adalah hak individu. :)

Orang tua-tua selalu pesan "hati-hati memilih kawan". Itu orang tua dulu, zaman dulu-dulu, sekarang zaman pakar I.T, zaman pakar teknologi, gaya hidup kini dah berubah (macam kenal je ayat ni, tapi di mana :P).
Tapi, harus diingat berapa banyak kes jenayah berlaku kerana "kawan" online" ?

Fikir-Fikirkan

SaLAM dan Jumpa Lagi

2 comments:

  1. ramainya sampai 1000. kalau kenal semua 1000 takpe la jugak, ni main add je nak skodeng.

    Lelaki atau Perempuan degil ?

    ReplyDelete
  2. @Freaky : Tak ramai lagi tu, ader yang sampai 2,3 ribu..wahahahaha....muntah~~~add jer saper2..wakakaka..nama pun dah sosial network kan...kekekeke

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.