Thursday, May 19, 2011

KES DADAH BANYAK LIBATKAN ORANG MELAYU

Kerana kekesalan, Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menyatakan kekesalan beliau
kerana melihat ramai orang muda, berbangsa melayu dan beragama islam terlibat
dalam kes dadah. Ilmu adalah penting dan kerana ilmu juga kita tidak akan mempermainkan
hukum agama.



Dadah Pemusnah Bangsa | Gambar : Google


SHAH ALAM 18 Mei - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini melahirkan kekesalannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini melibatkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda berkata, orang Melayu telah dididik sejak kecil bahawa dadah itu adalah haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

"Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama.

"Doa kami agar awak ambil (hukuman) ini sebagai lembaran baru dan jalani kehidupan kamu mengikut undang-undang Allah dan bukan mengikut nafsu. Apa pun hukum dunia kita kena jalankan juga dan harap awak benar-benar insaf serta bertaubat nasuha,” katanya.

Abd Rahim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun Fazizol Mohd Razali, 25, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang dekat sini, kira-kira 10.45 malam pada 21 Februari 2009. - Bernama

Dadah? Cerita yang tak pernah lapuk. Semenjak dari alam persekolahan sampai sekarang kes dadah telah aku dengar. Malahan ianya semakin meningkat dari masa ke semasa. Kes ini melibatkan sesiapa saja. Tua, muda, lelaki perempuan. Seperti yang di kesalkan oleh tuan hakim, kebanyakan mereka yang terlibat dalam dadah adalah bangsa melayu yang beragama islam juga masih muda. Ada juga artis popular telah dijatuhkan hukuman berat berkaitan dadah, juga melayu dan islam.

Dadah itu Najis. Dadah Itu Haram. Najis pada maksudnya membawa maksud hampir kepada kotor atau jijik dan Haram pula pada maksud islam adalah sesuatu yang dilarang sama sekali. Tepatlah seperti yang telah dikatakan oleh Tuan Hakim ini adalah kerana Ilmu. Ilmu dipelajari oleh manusia juga sebenarnya untuk kita membezakan betul atau salah. 

Membezakan yang benar atau dusta. Tapi, ada juga siswazah berkelulusan tinggi terlibat dengan dadah? Ini pula, pada pendapat aku, kerana pilihan sendiri atau pengaruh-pengaruh yang telah mewarnai corak kehidupan seseorang atau bolehlah kita lemparkan kesalahan pada nafsu. Tenaga muda yang telah terjebak sebenarnya banyak merugikan negara. 

Dari faktor tenaga manusia yang sebenarnya boleh menjana ekonomi, peringkat usia remaja/muda adalah paling produktif tapi telah disia-siakan dengan menunggu, menghitung detik dibelakang pagar besi.

Jadi, kita manusia yang berakal dan bernafsu. pilih yang mana suka. Tepuk dada tanya selera?? Sebaiknya angkat tangan dan Berdoa.

-Salam-

p/s : Pentingnya Ilmu dalam memilih simpang kehidupan.

Soalan : Pendapat anda tentang dadah? Tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen.

2 comments:

  1. @Yutaka : sebab pakai ITO macam best pulak...ITO = I think Of...huhuhuhuhu..keh keh..anyway..ty

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.