Thursday, May 26, 2011

SECRET RESIPE(SR) SANGKAL PENGUNAAN TEPUNG MENGANDUNGI UNSUR BABI

Berikutan isu tepung untuk membuat kek di Secret Recipe dikatakan mengandungi unsur babi, Eksekutif Halal daripada Secret Recipe, Wan Zawani bt. Wan Ahmad telah mengeluarkan kenyataan maklum balas untuk menyangkal dakwaan tersebut. Menurut beliau dalam kenyataan di facebook, syarikat Secret Recipe mengunakan segala ramuan halal dan mendapat pengiktirafan halal dari badan yang diiktiraf JAKIM.

Beliau Juga menyatakan sesiapa yang terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut,silalah berhubung terus kepada beliau ditalian 03-78034891.


Antara kenyataan yang telah dikeluarkan adalah;

1. Perkataan "Secret Recipe" yang digunakan oleh Syarikat Puratos merupakan "Generic Name" atau nama umum yang diguna pakai oleh pihaknya dan tiada kaitan langsung dengan "Secret Recipe".
2. Jelas daripada laman Web JAKIM, dua produk yang disenarai diatas walaupun mempunyai perkataan "Secret Recipe" tetapi semata-mata untuk pengunaan nama produk sahaja, lebih-lebih lagi jenama yang ditunjukkan adalah "Puratos" sepertri mana yang dihasilkan oleh Puratos Malaysia Sdn Bhd.
3. Syarikat Secret Recipe tidak menempah dan mengunakan bahan-bahan ramuan yang dinyatakan.

Untuk kenyataan Rasmi Syarikat Secret Recipe. Sila klik pautan dibawah;


p/s : Kenyataan balas yang cepat dan baik dari Syarikat SR. Sekarang tiadalah was-was lagi untuk ke SR. Gunakan tanpa was-was.

Sumber : Facebook

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.