Saturday, May 21, 2011

SINOPSIS MOVIE | XMEN - FIRST CLASS

SINOPSIS MOVIE X-MEN : FIRST CLASS (2011)

(Gambar Bukan Official)

X-MEN FIRST CLASS mengisahkan tentang Charles Xavier(Professor X) dan Erik Lensherr(Magneto) Bertemu di Oxford Universiti tahun 1960 pada usia muda mereka. Mereka adalah kawan baik dan berkerjasama dengan Mutant yang lain untuk menghentikan satu masalah besar di dalam dunia ketika itu. Dalam proses tersebut, masalah terjadi antara mereka berdua yang menyebabkan perang antara Magneto dan Professor X.


Latar Belakang Charles Xavier(Professor-X).
Charles Xavier adalah seorang yang berasal dari keluarga yang berada dari Eton dan telah menerima darjah kedoktoran dalam teknologi dan philosopy. Dia juga cemerlang dalam fizik, matematik dan kimia. Kebolehan Xavier adalah memanipulasi minda seseorang hanya melalui mindanya.

Latar Belakang Erik Lensherr(Magneto).
Anak kepada ahli fizik di Jerman dan hampir keseluruhan keluarganya dimusnahkan oleh Nazi di Auschwitz. Kebolehan Lensherr adalah mengawal besi melalui aliran magnetik. Lensherr telah dianugerahkan biasiswa untuk belajar di Oxford Universiti, dimana beliau bertemu dengan Charles Xavier.


X-MEN : FIRST CLASS

Di Oxford mereka telah menjadi kawan baik berdasarkan rasa hormat kepada ketinggian ilmu masing-masing tetapi masih tidak bersependapat dalam isu politik, etika dan keagamaan.
Xavier dan Lensherr telah membuka sekolah pertama " School of Mutant Resources" untuk mempelajari fenomena baru iaitu "homo-superior"(manusia yang mempunyai gen "X"). Antara pelajar yang pertama adalah Scott Summer(Cyclops), Han McCoy(Beast), Jean Grey(Phoenix), Ororo Munroe (Storm), raven Darkholme(Mystique), Mortimer Toynbee(Todd) dan Emma Frost (White Queen).


PERBEZAAN PENDAPAT

Ketegangan bermula apabila setengah daripada pelajar menyukai idea Xavier bahawa mereka(Manusia yang mempunyai gen "X" mutant patut hidup aman bersama manusia biasa berbeza dari pendapat Lensherr bahawa manusia adalah penganggu dan hanya layak sebagai hamba. Perbezaan idea muncul setelah manusia mula mengekplotasikan dan mula hidup dalam ketakutan dan membenci manusia mutant.

PERMUSUHAN

Setelah seorang anak muda mutant Bashee terbunuh, kemarahan lansherr telah menyebabkan beliau bertindak balas dengan mengangkat besi taman permainan dan membunuh pelaku. selepas itu beliau menamakan diri MAGNETO dan menyuruh muridnya (pengikut) untuk menamakan diri sempena kuasa yang mereka miliki demi membalas dendam.
Mengejar Lansherr(Magneto) dan pengikutnya di Antartika, Xavier dan pengikutnya yang kini menamakan diri mereka "X-men" berikrar akan menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak Amerika.

Dalam pertempuran tersebut, MAGNETO telah mengunakan besi tajam dan menikam Xavier pada saraf tulang belakang dan menyebabkannya lumpuh.Namun, dengan gabungan kuasa yang ada pada Cerebo, Jean Grey, emma Frost dan beliau sendiri, Xavier telah membersihkan 99% memori terkumpul manusia-mutant di bumi.

Nota :MAGNETO mengunakan helmet yang direka khas untuk mengelakkan kuasa Xavier.

Preview

X-MEN | FIRST CLASS

video

Xavier : Listen To me, very carefully my friend , Killing would not bring you peace
Lensherr : Peace was never an Option


Filem Arahan : Matthew Vaughen
Dibintangi oleh : James McAvoy , Micheal Fassbender, Jennifer Lawrence (Klik untuk gambar)
Ditayangkan Di Malaysia : 2 Jun 2011 (Sumber : imbd.com)

-Selamat Menonton-

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.