Tuesday, May 24, 2011

TAMBAHAN CUTI UMUM UNTUK HARI RAYA 2011

Berikutan kemungkinan pertindihan Hari perayaan puasa dengan Hari Kemerdekaan Negara 2011, justeru cuti umum tambahan telah diumumkan.

Sekiranya hari raya pertama jatuh pada 30 Ogos 2011, maka hari khamis, 1 September 2011 akan diumumkan sebagai cuti umum.

Tapi sekiranya hari raya pertama jatuh pada 31 Ogos 2011, maka 2 September 2011(Jumaat) akan diumumkan sebagai cuti umum.

-Keratan Akhbar-

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

Sumber > mStar <

p/s : Gunakan cuti sebaiknya

2 comments:

  1. oo yeah cuti panjang sket. haha

    ReplyDelete
  2. @Freaky : wakakakaka...Yeah!! Leh tidor sampai muntah~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.