Monday, May 30, 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK | BERKUATKUASA 1 JUN 2011


Tarif elektrik telah dinaikkan sebanyak 2.23sen kilowatt sejam atau 7.12% kepada 33.54sen kw sen sejam daripada 31.31sen sejam. Ianya berkuatkuasa pada hari Rabu, 1 Jun 2011. Ini adalah sebahagian daripada proses rasionalisali subsidi yang sedang dilaksanakan. Pengumuman telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohamed Yackop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

Sebab kenaikan adalah disebabkan oleh peningkatan Gas Asli untuk sektor tenaga.

PUTRAJAYA 30 Mei - Sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan,kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkansebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan.Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin. Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. - Bernama


Sumber : > Utusan Malaysia <

INFO KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Kos untuk pengunaan Elektrik dibawah RM20, tetap akan diberi percuma kepada para pengguna. Dengan kenaikan Ini, ia hanya memberi kesan minimun kepada inflasi negara iaitu sebanyak 0.72%. Berikut Adalah maklumat penstrukturan semula tarif elektrik yang telah diumumkan.

  1. Tarif asas sebanyak 2% yang dipohon oleh TNB diluluskan. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik dan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infastruktur yang lebih baik.
  2. Kadar diskaun untuk waktu puncak dinaikkan bagi storan tenaga termal dari 1.5sen kwj kepada 3.5sen kwj
  3. Diskaun 10% kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan.
  4. Syarikat rawatan dan pengagihan air diletakkan dibawah tarif industri.
  5. Taraf khas pertanian yang diperkenalkan pada 2006, dikekalkan
  6. Kutipan tambahan 1% daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan tidak termasuk pengguna yang menggunakan dibawah 300kwj sebulan.
*Kenaikkan adalah untuk di Semenanjung Malaysia Sahaja


6 comments:

  1. lek sudeh kener blajar jimat.. student uniten dh kene byar letrik sendri dh pn.. tafrif dia 34sen/kwj..

    ReplyDelete
  2. @Syuk : adehh,lebih tinggi tu die punyer tarif...adoiiiiyaiii

    ReplyDelete
  3. adeilaa... semua benda naik... gaji jugak yang tak naik2...

    ReplyDelete
  4. @RedVixen : Hahahaha, betul tu, sumer jer nak naik, naik gunung kinabalu jew pasnie...lagi bagus

    ReplyDelete
  5. woah dah naik dah?ish ap nak jadi dunia ni,haha

    ReplyDelete
  6. @AmirAizat : apa nak jadi Dunia? hahahaha...naiklah bas lepas nie..kekekekeke

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.