Thursday, May 5, 2011

TIPS : HILANGKAN BORING (AIRPORT)


Salam dan Hi Buat Semua...

Yeah!!! Apamacam Macha, ada best ka nengok kumpulan K-pop versi malaysia sebelum nie???
Ehhh....tak tengok lagi, meh Klik Sini kalau nak tahu...


Awas, tayangan Gambar tersebut adalah untuk orang yang
dalam kalangan yang bukan muntah Hijo.

He he he he

Apamacam, sebelum nak mula, aku tanya dulu korang,
pernah tak datang ke lapangan terbang tapi jadual penerbangan anda

i) Penerbangan ada 4-6 jam lagi baru berlepas ???
ii) "Flight delay" nak jugak tunggu 3-4 jam baru berlepas ???
iii) atau korang lupa esok "flight" dah datang hari ni, malas nak balik..tunggu je lah...

Pernah tak berlaku???
sapa-sapa pernah kena, angkat kucing kesayangan anda tinggi-tinggi

Menunggu itu Indah
(kredit Google Image)

Aku??? ishhh..pernah bahh...keh keh keh...sebab tu lah otak aku mula nak merapu nie.
Jadi, disebabkan tersangatlah "Perihatin" dan tak nak korang semua
menderita dengan sakit "keterboringan" yang melampau.
Meh, aku kongsi sikit tip-tip atau langkah-langkah
yang boleh korang praktik kan ketika
berada di mana-mana lapangan terbang.

TIPS : HILANGKAN BORING (AIRPORT)

i) Duduk statik - maksud aku , korang duduklah di tempat kerusi yang ada di Airport tu dan terus jangan bergerak(statik). Walaupun kelipan mata, JANGAN LAKUKAN!!! Anggaplah korang Patung...Kusyuk...

ii) Pelayan Tetamu - Korang jalankan kerja-kerja amal di Airport. Contohnya, korang tolonglah mana-mana orang menolak trolli beg dierang kehulu-kehilir. Dah habis, korang sambut lagi yang lain. Kalau dierang tak pakai trolli, korang angkat jerlah...Perghhh, pasti "keterboringan" korang akan hilang.

iii) Penghibur - Cari spot yang Baeeeekkk punyer!!!!! Korang nyanyilah sebanyak mana lagu korang nak nyanyi. Pastikan suara korang kuat supaya dapat "menghiburkan" orang yang lalu lalang. Kalau tak cukup grand, cubalah carik orang yang ada sewakan sound system, boleh jugak korang buat konsert terus. Ahhhhh!!! kalau korang pandai menari, apa salahnya persembahkan sekali. Tarian K-pop, Awwwwwww!!!

iv) Pembeli - Pastikan korang punyaii daya kreativiti yang tinggi untuk ini. Kenapa?? korang berpura-pura je nak beli nie. Korang masuklah mana-mana kedai kat dalam airport tu. Pastu korang tanyalah apa saja soalan korang nak. Pastikan KREATIF. Kita kan pembeli Bijak. Contohnya korang masuk dalam KFC katakan.

Abang Kaunter KFC : Hi, makan Sini ke Bawa Balik??
Mr. Penunggu Flight : Apa Beza makan sini dan Bawa Balik??
Abang Kaunter KFC : Makan sini abang makan terus, Bawak balik kiterang bungkuskan
Mr. Penunggu Flight : Makan terus kenyang tak??? atau bawa balik yang kenyang??
Abang Kaunter KFC : Terpulang dengan selera dan kemahuan abang, makan sini atau bawa balik?
Mr. Penunggu Flight : Sini ada tak jual Mee Kuew Tiaw basah??? Teh Tarik ambik Satu yer...
Abang Penunggu Kaunter : Abang sayang, Nak Makan Sini atau Bawak Balik atau Makan Tangan dan Bawak Hospital ICU ???
Mr. Penunggu Flight : Ada jugak ker servis camtu, berapa ongkosnya ???

Perghhh, agak-agak camtulah yang korang boleh buat pada setiap kedai tau...
Cerita di atas??? Korang sambunglah ikut daya imaginasi korang.
keh keh keh...
mau kono penampaq laju tuuuu....

v) JuruJual - Sebelum tadi korang jadi pembelikan. Korang jadi tukang jual pulak. Hey, dapat tambahkan wang sampingan ni bro. Takde barang nak jual??? Sapa kata??? kan korang ada bawak barang-barang macam pakaian, spenda, berus gigi dan korang pun tahulah. Korang duduk je, rentang kain sikit, pastu jual. Korang jual jer barang-barang korang tu. Katakan apa saja tentang kelebihan barang korang tu. Jangan lupa, jual dengan harga yang sama tinggi dengan harga barang-barang di airport. Kalau Habis barang jualan korang,
Cubalah carik apa-apa barang dalam tong sampah yang agak-agak boleh dijual
Pasti,pasti, pasti apa???
Lu jawablah sendiri...ahakzzz
. . . . .

Oklah, itu serba sedikit "tips" untuk menghilangkan rasa "keterboringan" menunggu
flight. Fuhhhh, kalau korang ada idea lebih bernas,
Jom kongsi ehhh...hehehehe
-Sharing Is Caring-

p/s : Giler ahhhh, aku respect kalau korang mampu buat semua tu....wahahahaha...
Dah kata boring...tak salah mencuba kan...dushhhhhh....argghhhhh...kekekeke

"Kalau Suka, boleh "Like". TQ

14 comments:

  1. hahaha yg jadi patung tu xsnggup kali.. gila eh.. klau flight ad lg 3 jam matai~~ yg wt krja amal tu okay.. mna tau dpat tips.. hik3

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. @FarhanaJafri : keh keh keh....cubalah mana-mana tips yang sesuai...keh keh keh....mana tau...ahakzzz

    ReplyDelete
  3. haha..lawak gila situasi KFC tuu! hadoyaiii..
    kalau nk buat hal lagi, boleh tanya, bawak balik tu apa? makan sini tu apa? tapi, dia xleh marah. costumer always right! haha..

    ReplyDelete
  4. @HajarRasdi : keh keh keh, Boleh lah cuba kat mana2 kedai KFC pasnie (^^)v

    ReplyDelete
  5. aku mampo melayan orang..nak2 lagi..skepaking english...aaar....kt situ..tegur omputih ka..korean ka...itu my faverout kt lapangan...hahhahkkss..tak caya..meh saing dgn aku....Hachoommmm...:P

    ReplyDelete
  6. @Yutaka : Meh kiter bersaing....wahahahaha

    ReplyDelete
  7. LOL...atok gelak sensorang macam orang giler ni tau...nakal....

    ReplyDelete
  8. ermmm... dah biasa... jadi tak rasa sangat... biaq pi la nak tunggu lapanbelasjam pun...

    ReplyDelete
  9. @SuhaimiAhmad : Atuk, huhuhuh...boleh try test cuba kalau suka...opss....kalu suka lagi jgn lupa klik "SUKA" kekekekek
    @Nasriq : huhuhuhuhu, tu simtom keterbiasaan tahap tinggi kepada "keterboringan" melampau

    ReplyDelete
  10. haha. tips amatlah bagus. kalu apply ni, mau dikata org gila :P im follow

    ReplyDelete
  11. AcHiKz suka perhati gelagat orang kat airport.. kadang2 nak tergelak tgk.. macam2 perangai..

    ReplyDelete
  12. fuhh..lana tnggu stgh jam pon da nek minyk..lana suka mmbca bile terpksa menunggu..xkishla tunggu bas, org, flight,pe2 jela..bek aku brada dlm dnia khayalanku sndiri,hehe

    ReplyDelete
  13. @Jee : keh keh keh...boleh3x. try je, jgn takut untuk melakukan sesuatu yang baru...ngee ngee ngeee...btw ty for following ^^

    @Amir : Gelak Guling~~~ngee ngeee

    @Wahida :yap, sebab tu kita buat perangai kt airport, supaya org gelakkan kita...huhuhuhu

    @THNTHA :ngeeee....Dunia khayalan?? Dunia apa tu?? meh mintak adress, nak pergu ke dunia khayalan mu...heheheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.