Sunday, May 22, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH | PENGALAMAN PELAJAR | TANDA SEBELUM TANAH RUNTUH | GAMBAR TRAGEDI

Salam dan Hi

Seperti yang kita sudah sedia maklum, satu tragedi tanah runtuh telah berlaku. Ianya telah
berlaku di Rumah anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Tragedi telah berlaku lebih kurang pada tengahari 21 Mei 2011 yang telah
mengorbankan 16 orang termasuk seorang orang dewasa dipercayai seorang warden manakala
9 orang lagi selamat. Jumlah keseluruhan mangsa yang tertimbus adalah sebanyak 25 orang. Usaha menyelamat telah dilakukan sejak petang kelmari oleh pihak Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah juga dibantu oleh syarikat pembinaan berdekatan.

Senarai mangsa yang terkorban adalah ;

1. Mohd Kamarul Amizan
2. Nurahimi Rosdi
3. Dzahir Haziq M. Muin
4. Ahmad Lokman Hakim
5. Farid Ibrahim
6. Mohd. Azret Azahari
7. Wan Mohd Hasril Hazim
8. Zahid Assawal Zamri
9. Mohd Mustakim Mamat
10. Mohd Naerzein M. Nor
11. Mohd Aiman Abdullah
12. Shahrul Nurimran Adnan
13. Mohd Zaim Azahari
14. Mohd Imal Fahad
15. Mohd Riezman Ab. Latif
16. Mohd Hazim Sapri
sumber :>Utusan Malaysia<

Kerja Menyelamat

Kerja menyelamat telah dilakukan sejak tengahari 21 Mei dan mangsa pertama telah dikeluarkan pada petang 21 mei 2011 dan mangsa terakhir di jumpai pada pukul 5.oo pagi 22 Mei 2011. Hujan yang turun pada petang 21 mei telah menyukarkan operasi menyelamat dan mereka terpaksa membina dua terowong untuk menjalankan operasi menyelamat. Namun keadaan cerun yang masih kurang selamat dan masih mempunyai pergerakan juga
menyebabkan pihak penyelamat terpaksa lebih berhati-hati. Usaha menyelamat telah disambung semula pada 22 mei untuk memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap.


Cerita Pelajar Saat Detik Cemas

" Saya jerit suruh yang lain untuk melarikan diri, tapi tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan ramai kawan tertimbus" Kata Mohd Iman Abdullah. Mohd Iman sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 16 orang terbunuh. Menurut Mohd Iman, Beliau ternampak tanah mula bergerak dan runtuh sedikit semasa sedang dalam persiapan untuk satu majlis.

Menurut Mohd Jihad pula, semasa kejadian beliau terdengar jeritan dan pekikan meminta
tolong sebelum kaki beliau tertimbus dan diselamatkan oleh penduduk.

Mohd Faizal Isni mengatakan, dia terdengar bunyi kuat seperti ranting patah dan benda jatuh
sebelum ternampak tanah runtuh ke khemah.

Menurut warden asrama pula, Mohd Hambali, keadaan semasa kejadian tidak dapat
diungkapkan dengan kata-kata dan beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat. Menurut beliau juga, sebelum kejadian ini berlaku, pernah terjadi runtuhan-runtuhan kecil berlaku 50 meter dari rumah anak yatim tersebut.

Sumber : >mStar Online<

TANDA - TANDA SEBELUM BERLAKU RUNTUHAN

Tanah runtuh adalah salah satu bencana alam. Ianya boleh mengakibatkan kemusnahan, kehilangan dan yang paling bahaya kematian kepada yang terlibat. Ianya seperti tragedi di Rumah Anak yatim dan tragedi tanah runtuh sebelum ini. Justeru di sini, ingin dikongsikan sedikit maklumat yang diperolehi untuk kita lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Kawasan yang Sering Berlakunya Tanah Runtuh
1. Kawasan tanah runtah pernah berlaku(Baru atau Lama)
2. Kaki atau cerun Bukit
3. Kaki atau cerun atas timbun yang lama
4. Kaki atau Cerun yang dipotong menegak.

Kawasan yang selamat dari Tanah Runtuh
1. Kawasan Keras,batu-batan tidak bersambung dan tidak pernah bergerak
2. Kawasan datar yang jauh dari cerun dan sungai

Tanda-tanda Sebelum Berlakunya Tanah Runtuh
1. Penjelmaan Mata Air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi(terdapat)
2. Retakan Baru serta pembengkakan tanah,jalan atau kaki lima
3. Ketandusan tanah pada asas "foundation" sesuatu pembinaan
4. Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget, bergerak dari struktur utama rumah.
5. Keretakan ketara atau mendadak pada lantai rumah
6. Kepecahan serta kebocoran pada paip air
7. Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
8. Garis lurus pagar menjadi bengkang bengkok
9. Pemendapan ketara permukaan jalan
10. Pintu atau tingkap rumah tidak dapat ditutup rapat seperti biasa.
11. Tanah runtuh pernah berlaku dikawasan-kawasan berdekatan.

Sumber: > JKR <

Diharap maklumat tersebut dapat membantu kita dalam mengenal pasti tanda - tanda awal sebelum berlakunya runtuhan tanah.

Gambar Sekitar Bencana(Sumber : > mStar Online< )



In-nallillahi Wa-innalillhi Rajiun
(Dari Allah Kita datang dan Kepada Allah Kita Kembali)

Takziah kepada keluarga Mangsa
. . .
p/s : Teringat cerita teman sepejabat sebelum berlaku tanah runtuh di Kampung lereng bukit, Bukit Kanada Miri, tiada seekor haiwan pun yang ada sebelum kejadian sama ada kucing atau burung. Bunyi dentuman dan pokok patah jelas didengari. Tapi bernasib baik, tiada kemalangan jiwa berlaku pada masa kejadian cuma kemusnahan dan kerosakkan harta benda.

12 comments:

  1. allah swt yg maha kuasa lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  2. @Restu Resort : Yap, Allah Lebih mengetahui segalanya.

    ReplyDelete
  3. Inalillah,semoga roh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. @Nzyrahun : Dari allah mereka datang, kepada allah mereka kembali. Semoga semua sekali ditempatkan di tempat orang yang beriman.

    ReplyDelete
  5. ramai blogger buat entry pasal kejadian tanah runtuh ni. tapi entry awk yang paling detail =)

    btw, sedih bila dengar berita pasal kejadian macam ni. lagi2 pulak kena kat anak yatim. hmm. Sama2 lah kite sedekah Al-Fatihah :(

    ReplyDelete
  6. @EYFAalias : Terima kasih kerana sudi membaca. Ya, kita sama-sama doakan mereka ditempatkan dikalangan orang yang baik2.

    ReplyDelete
  7. huhu... sumber dari jkr tu dari mr jepun ke?

    ReplyDelete
  8. @Nasriq : Entah, tak sempat pulak baca nama..main tibai belasah je ambik...wakakka

    ReplyDelete
  9. semoga mereka tenang di sana.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  10. @Ch!natsu : Sama-sama kita doakan mereka.

    ReplyDelete
  11. buat yg masih hidup.....jadikan ianya satu pengajaran serta ikhtibar.....

    ReplyDelete
  12. @coolman : kita yang hidup kena bersedia kerana ajal bakal tiba bila, bila sahaja...terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.