Monday, June 6, 2011

1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD | 1MDB | TAWARAN BIASISWA



1 Malaysia Development Berhad(1MDB), akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang memperolehi 8A ke atas untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS).

Daripada 500bantuan tersebut, 300 bantuan akan diagihkan kepada pelajar bumiputera dan 200 bantuan pula kepada bukan bumiputera.

Antara tujuan biasiswa tersebut adalah, untuk memberi bantuan kepada para pelajar yang mendapat 8A dalam peperiksaan SPM, namun gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.

Untuk pelajar Sabah dan Sarawak pula, kelonggaran khas telah diberikan dimana pelajar yang mendapat 6A dan 5A akan dipertimbangkan dengan faktor pendapatan keluarga dan kawasan persekolahan mereka.


Sila Klik pautan untuk ke laman 1MBD :



1 MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

1MDB berfungsi sebagai pencetus untuk mencari idea-idea baru dan sumber pembangunan untuk memacu tranformasi ekonomi Malaysia. 1MDB, berfungsi untuk mengenal pasti nilai strategik yang berpotensi untuk dikembangkan sepenuhnya.


Fungsi 1MDB


Tumpuan Utama 1MBD adalah kepada 4 sektor berikut;

1. Sektor TENAGA
2. Sektor PERTANIAN
3. Sektor HARTANAH
4. Sektor PERLANCONGAN

Untuk keterangan lanjut, silalah klik pautan di atas.

4 comments:

  1. propaganda... padahal biasiswa untuk bukan bumiputra selepas tak dapat biasiswa JPA...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq : Sekurang-kurangnya semua dah ada peluang :)..hehehehe

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada yang layak.... :)
    kan bagus kalau wang negara Malaysia yg berjuta-juta habis untuk membina kemegahan dibelanjakan untuk ini..membantu anak-anak bangsa Malaysia kita.

    ReplyDelete
  4. @MDHAFIZ.NET : Benar sesangat, untuk kemajuan, perbelanjaan keluar adalah satu pelaburan masa depan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.