Tuesday, June 28, 2011

AGIHAN PENDAPATAN ASN 2 | 5.50 SEN SEUNIT

Salam dan Selamat Sejahtera

Berakhir tarikh kewangan pada 30 Jun 2011, ASN 2 telah mengagihkan dividen sebanyak 5.50 sen seunit. Agihan pendapatan ASN 2 adalah seperti yang diumumkan oleh Syarikat Pemodalan Malaysia Berhad(PNB). Kenaikan sebanyak 0.30sen daripada tarikh berakhir kewangan pada tahun 2010.

Pengagihan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM10.8 juta yang akan diterima oleh 8,832 pemegang unit tersebut yang melanggan sebanyak 196 juta unit ASN2. Jumlah pulangan ASN 2 adalah sebanyak 19.27%.

Untuk pengagihan pendapatan ASN2 akan ditanggungkan sementara sehingga 30 Jun 2011, untuk membolehkan urusan pengiraan pendapatan. Pemegang unit ASN2 boleh mengemaskinikan buku pelaburan di pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB diseluruh negara mulai 1 Julai 2011. Pengagihan pendapatan akan dikreditkan dalam akaun pelaburan masing-masing secara automatik kepada pemegang unit di ASN2.

Untuk pemegang unit ASN2 yang melanggan menerusi KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), pembayaran pengagihan akan dikreditkan terus kedalam akaun pelaburan berkenaan.


p/s : Menyimpan untuk masa hadapan. :P

4 comments:

  1. aku tak ada ASN
    :-)
    tapi not bad la...
    banyak juga kan ASN nih bagi

    Juvana Episod 10

    ReplyDelete
  2. @HansYap, bolehlah buat bayar tax..hahaha

    ReplyDelete
  3. Aku kurang fahamlah dengan pengagihan pendapatan ni.Kalau 5.50 sen seunit,maksudnya kalau kita ada 1000,kita dapat RM55 setahun?begitu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...

      1unit = RM1ringgit
      kalau RM100 = 100 unit
      Jadi, 5.5sen seunit = 100x5.5sen
      = 550sen
      = RM5.50sen untuk RM100
      = Jadi Kalau 1000 = RM55 (mengikut kadar
      %dividen yang diberikan)

      ini untuk keuntungan dividen sahaja.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.