Friday, June 24, 2011

BAKAL JUARA MAHARAJALAWAK 2011 | PERATUSAN SMS SEMASA | RAMALAN

Salam dan salam sejahtera kalian.

Malam ini akan menyaksikan pentas pertandingan akhir Pertandingan yang paling hebat di Malaysia. Bukan pertandingan sukan, bukan pertandingan
nyanyian, bukan pertandingan lari 100meter
berganti juga bukan pertandingan mewarna kanak-
kanak bawah umur 10tahun, tapi ianya adalah pertandingan akhir FINAL Maharaja Lawak 2011.

Final Maharaja Lawak 2011, akan dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Setelah 12 minggu bersiaran di dalam astro, rancangan ini telah menjadi kegilaan ramai masyarakat di Malaysia.

Pemenang untuk rancangan Maharaja Lawak yang julung-julung kali diadakan akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300,00 Juara, RM200,000 untuk naib juara dan tempat ketiga mendapat RM100, 000. Antara Finalis Yang akan berentap dalam pertandingan
akhir ML ini adalah kumpulan Jozan, Sepah, Jambu dan satu-satunya peserta solo Nabil.

Proses pengundian adalah berdasarkan 50% daripada SMS dan 50% adalah daripada pihak juri. Seperti yang telah kita ketahui Juri tetap untuk pertandingan Maharaja Lawak kali ini adalah Mohd Idham sebagai ketua Juri, Saiful Apek dan Mamat Khalid.

SMS TERKINI


Sehingga masa kini, SMS untuk perserta finalis yang bertanding dalam rancangan ML adalah seperti berikut pada pagi Jumaat, 24 Julai 2011.

(susunan Finalis Adalah mengikut Yang tertinggi Semasa)

JOZAN 32%


NABIL 27%


SEPAH 26%


JAMBU 14%


[sumber : astro.com.my]


Apa pandangan kamu? Ya, kamu yang sentiasa menanti kehadiran dan lawak"ing" perserta maharajalawak setiap minggu. Menantikan "punch line" yang membuatkan perut terburai bergelak bersama ahli keluarga di rumah, riang bersama kawan-kawan di kedai mamak atau tertawa berseorang dalam talian online di mana sahaja anda berada.

Undian Di Blog I Think OF

Selepas pertandingan terakhir mereka pada minggu lepas, Ito telah membuka satu undian di sidebar yang bertajuk "SIAPAKAH BAKAL PEMENAG MAHARAJA LAWAK ASTRO?". Sehingga kini, Ito telah mendapat sebanyak 11 undian. Terima Kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi dan supporting dengan memberi undian tersebut. Sebagai penghargaan, beritahu Ito siapa yang datang men"klik" dan siapa yang anda pilih, akan Ito promosikan blog anda di sini.(tinggalkan link dalam komen). Terima Kasih sekali lagi.

Ini adalah keputusan pengundian di blog i think of

Jozan = 5 klik
Sepah = 3 klik
Nabil = 2 klik (Ito sendiri klik satu :P)
Jambu = 1 klik

Undian di blog Ito masih lagi dibuka sehingga bermulanya rancangan Maharaja Lawak Malam Ini.

PANDANGAN | RAMALAN

Setelah Melihat Pada Undian daripada laman rasmi astro untuk program maharajalawak dan undian tidak rasmi di I Think of.blogspot.com :), Secara peribadinya, Ito dapat menyimpulkan dan meramalkan secara realistik pemenang untuk MAHARAJALAWAK ASTRO 2011 adalah Kumpulan Jo-Zan(gandingan Johan dan Zizan). Itu Juara, bagi naib Juara pula akan jatuh kepada Sepah dan ke-tiga adalah Nabil.

Tetapi, pada pandangan peribadi dan tersendiri Ito, Ito amat merasakan pemenang untuk program ML kali ini adalah Nabil! Kenapa Nabil? adakah kerana Ito telah memilihnya dalam undian sendiri, atau kerana sukakan lawak-lawak nabil?

Ya, Ito mengaku! Walaupun Nabil bermula amat "slow" dalam mencari rentak untuk memecahkan perut dan gelak ketawa penontonnya, tetapi pada minggu-minggu terakhir Nabil mula menemui rentaknya. Tak Nampak lagi? Bagaimana kalau Ito katakan Nabil telah mencipta satu tagline baru dan tersendiri untuk beliau, dimana ianya telah diketahui semua.

"This Is Best Bro"

Dimana tagline ini telah menjadi tunjang kepada persembahan Nabil. Seperti mana beliau lakukan dalam program rajalawak sebelumnya dengan tagline " Lu fikirlah sendiri". Walaupun agak terlambat, namun, Ito optimis Nabil Bakal Juara!

Cuma Pandangan dari Ito, apa kata anda? Siapa Bakal Juara?

p/s : Harapkan persembahan yang pecah gigi ketika gelak! :P

7 comments:

  1. haaa..?? mlm ni dah last?? *terpinga2 xtau pape* T_T

    ReplyDelete
  2. Jozan2 ! hehe. Nabil pn boleh . Sy skong juara antara 2 tu je. huhu

    ReplyDelete
  3. x folo sume episod..jd x tau nak agak~

    ReplyDelete
  4. @Titisan Hujan : hehehehe

    @Keen : huh? pergi ke lama mana tu?

    @Ghab van hal : will be the great performance ^^

    @Siti Arfah : Sepah Juara... :P

    @Sal Ijou : Tak apaer, tengok dekat astro..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.