Thursday, June 9, 2011

BELAJAR BUAT BENDA BARU, HIDUP LEBIH CERIA

As'salam dan Hi buat korang yang amat ceria dan penuh keriangan kanak-kanak Rebina!
(cara menyapa yang baru, setiap kali Salam dan Hi je :P )

"Buatlah benda baru, kalau boleh setiap hari, Hidup anda pasti Ceria!" Dr. Motivasi, Fadzilah Kamsah. Hah, sapa tak kenal beliau, betul tak? Terdengar motivasi yang meransang minda ITO pulak hari ini, lagi sekali di Riuh Pagi Era.

Sebenarnya ITO sangatlah menyukai ceramah-ceramah Dr. Fadzilah Kamsah ni, ceramah beliau yang kita dengar walaupun pendek boleh meransang semangat bangun tidur yang malas-malas gitu.

Dr. Fazilah Kamsah [sumber : Google]

Perasan tak, kalau korang mendengar Dr. Fadzilah berceramah walaupun melalui corong radio kita dapat merasai "keriangan" beliau berceramah. Betul tak? Betul tak? Mungkin semasa beliau meyampaikan ceramah, Dr. Fadzilah dimukanya akan tersenyum membuatkan suaranya nampak ceria dan gembira setiap hari.

Senyuman, Senyum, Senyum...Benda Baru Menceriakan Hari

Benda Baru...Benda Baru...Benda Baru....apa nak buat kat office benda-benda baru, asyik benda yang sama saja bukan. Si A, buat kerja A saja Hari-hari, Kerja B, buat kerja B hari-hari.

Hey, siapa kata benda baru tidak boleh dibuat melalui kerja yang kita buat. Betul? Kita pun boleh ubah apa saja untuk diperbaharui. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Fadzillah, senyum dan tegur semua yang kita jumpa hari-hari. Tips ringkas tetapi sebenarnya banyak memberi makna.

Ucapan selamat pagi kepada sesiapa saja orang pejabat yang kita jumpa. kita menjadi orang yang pertama untuk mengucapkan selamat pagi. Walaupun orang dekat meja sebelah, ucapkan selamat pagi. Kita menjadi insan ceria pertama awal pagi yang memberi teguran kepada rakan-rakan pejabat, pelanggan mahupun makcik tukang masak kedai sebelah. :P Opsss, jangan dilupa tegur dengan SENYUMAN manis. Buatkan hari orang lain ceria, kita pun akan ceria.

Betul, bayangkan kalau muka masam macam ikan masin kena panggang datang pejabat pepagi, jangan kata nak tegur orang, orang pun takut nak tegur kitalah gamaknya. Mana tidak, tak pasal-pasal awal pagi kena penyepak laju. Bayangkan, korang menyapa sesiapa saja dengan muka masam....bunyi selamat pagi pun berkarat....Ngeri...ngeriii....


Antara Cadangan kepada yang teringin nak Cuba Buat Benda Baru
  • Kerja Harian Angkat Panggilan Telefon - Cubalah angkat motosikal ker, Kereta ker atau Bas yang dinaiki untuk pergi ke Tempat kerja atau ke mana-manalah. Cuba Try...Cuba cuba
  • Kerja Harian Hantar surat - Cuba hantarkan lembu ke destinasinya atau nak lebih "grand", cuba mintak boss carikkan tempat yang jauh seperti, Afrika untuk menghantar surat mengunakan motosikal! Wow! Impressive!
  • Kerja Harian Menaip Surat dan Kertas Kerja - Cuba fikirkan untuk mencipta satu alat atau mesin yang kita sebut sahaja secara automatik dah boleh taip dan print sendiri. Fuhhh!! Tak payah pegang Mouse dan Keyboard Dah!
Cubalah...cubalah....cubalah.... :P

Jadi, cubalah perbaharui kehidupan anda. Bukan secara drastik, tetapi dengan cara yang mudah dan senang. Cuba fikirkan sesuatu yang baru untuk keluar dari rutin harian sendiri. Kalau paling susah pun, cubalah seperti yang disarankan oleh Dr. Fadzillah, tegur sesiapa saja dan paling penting senyum. Ikhlas dan Ceria.

p/s : Nak pergi panjat gunung kinabalu...buat benda baru :P
p/s lagi : Hey, ubah cara penulisan blog, apa macam? ada feel tak?

6 comments:

  1. ape bende baru untuk penanam anggur macam aku nih patot buat yee..haha :D

    ReplyDelete
  2. @Syrupmasin : hahahaha....cuba cari car untuk menghasilkan duit daripada blog^^. ada jugak faedah tu~~~hehehe

    ReplyDelete
  3. benda bru saya buat hari ni mungkin bersukan jap lagi. sebelum nie saya duk bilik jee..


    ngeh3 :p

    ReplyDelete
  4. errrr... cuba kau try dulu yea...

    ReplyDelete
  5. @Senorita : cubalah cubalah...

    @Nasriq : Kalau cuba angkat kereta, wahahahaha....tak sanggup...tapi boleh cuba..keh keh keh

    ReplyDelete
  6. aku memang suka dengar ceramah dari dr fadzilah. memang terbaik diantara penceramah motivasi yang ada kat malaysia ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.