Tuesday, June 7, 2011

BUNUH DIRI, SELESAI MASALAH | HUTANG RM500 JADI RM5000 | ADINDA EVANS? EHH??

Salam dan Hi

Bunuh Diri! selesailah masalah di dunia ini. Huh? Logik ke? Betul ke? tak takut hukum karma ke?(ade pulak hukum karma eh... :)) tak percaya takdir ke? Takde tuhan ke?

Masalah apa yang besar sangat sampai nak bunuh diri? "What The Problematika" sangat ke? tak dapat diuraikan masalah-masalah yang membelenggu bak rantai duri ? Berat mana tekanan semasa tu?


[kredit google]

Apa Cerita? Apa Kes? Apa Semua ini? Apa kejadah nak bunuh diri?

Itu yang Ito terfikirkan sepanjang pagi ini, sambil-sambil menunggang kereta hitam, 1.2 kuasa tenuk ITO, melungsuri jalan yang tak sesak, sehingga ke pejabat. Hujan lebat dari awal pagi menambahkan lagi mata yang MIM-ALIF-LAM-SHIN(malas)(sendiri malas, salahkan mata, yer tak?). :P. Namun telinga pulak gigih mendengar satu cerita benar mengaitkan tentang seorang yang cuba membunuh diri dalam segmen di Riuh Pagi, Era.

Ceritanya ?

DJ Radio Era, Aznil telah menerima satu SMS dari pendengar yang telah menamakan diri sebagai Mr. A. SMS beliau telah dihantar kepada krew Riuh Pagi, Era dengan menyatakan hasrat beliau untuk membunuh diri kerana satu masalah besar yang dihadapi. Dengan nada terkejut dan heran, Aznil dengan tindakan pantas telah menelefon Mr. A dan memberikan
nasihat kepada beliau. Ini adalah antara dialog(dalam telefon) antara Aznil dan Mr. A(ini adalah antara dialog yang ITO masih samar-samar ingat dan mungkin ada kesilapan, haraf maaf)

Segmen Riuh Pagi Era

Aznil : Mr. A, saya ada menerima SMS awak, kenapa boleh jadi macam nie?

Mr. A : Saya nak bunuh diri Bang Aznil. Saya dah tak sanggup (menangis). Saya nak minum clorox ni.


Aznil terus memujuk untuk mendapatkan Mr. A menceritakan hal sebenar. Dan akhirnya,

Aznil : Apa yang dah berlaku? Cuba cerita sikit dekat Bang Aznil.

Mr. A : Bang Aznil, saya berhutang dengan A-long. Mereka ada call saya cakap nak bunuh keluarga saya jika saya tidak dapat "settle" kan hutang saya hujung bulan ini. Saya tak sanggup Bang Aznil.


Aznil [kredit Google]

Aznil : Sabar, Sabar...Berapa banyak Hutang Awak dekat Along tu? Sehingga Awak nak bunuh Diri?

Mr. A : RM5,000 bang~~(menangis lagi)

Aznil : Jadi Mr. A, Nyawa awak bernilai 5,000 saja? Hanya kerana 5,000 awak nak putuskan nyawa awak? begitu?

Mr. A : Saya dah tak sanggup Bang. Lebih baik saya mati!

Aznil : Sabar, nyawa tidak bernilai 5,00o dik. Sabar. Mintaklah bantuan IbuBapa, keluarga dan Rakan-rakan awak.

Mr. A : Semua orang dah tak nak bantu saya, Ibu saya pun tak nak bantu saya, keluarga, rakan semua tak nak bantu. (terus menangis)

Aznil terus memujuk Mr. A dan menenangkan Mr. A

Aznil : Adik, tidak kah adik percaya dengan Masa depan? Tidak kah adik percaya esok masih ada peluang buat adik? Kalau diberi peluang Esok dan adik berjaya menyelesaikan masalah ini? adik sendiri akan ketawa dengan tindakan adik ini. Tidak kah adik percaya?

Mr. A : Saya percaya Abang Aznil, tapi saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau saya tak bayar, Along akan bunuh keluarga saya. Tapi takder orang nak tolong saya bang.(Semakin tenang)

Aznil : Ada, macam ini adik. Adik lupakan niat untuk bunuh diri tu. Sekarang adik pergi buat laporan polis. adik pergi sekarang

Mr. A : Tapi abang, Along ugut jangan buat laporan polis.(nada gelisah)

Aznil : Sekarang Adik pergi buat laporan polis jugak. Ini masalah Adik dan Along. bukan Masalah Keluarga. dapatkan perlindungan pihak Polis. Biar pihak polis lindungi seluruh keluarga awak dan selepas tu, awak selesaikan masalah awak itu. Itu aje.

Mr. A : Kalau macam tu, baiklah Bang. Saya pergi sekarang

Aznil : Awak pergi sekarang, buat laporan polis.

Mr. A : Baiklah.

-end-

Mr. A Ditemu ramah Di Studio Era, dalam Segman Riuh Pagi Era.

Itu adalah antara dialog antara Aznil dan Mr. A yang ITO terdengar pagi tadi. Di sini, ingin ITO ucapakan syabas terdahulu kepada aznil kerana telah berjaya membuat tindakan baik dan bijak menasihati Mr. A daripada meneruskan niat beliau. Syabas!

Namun, itu adalah perbualan rakaman antara Aznil dan Mr. A dan hari ini, Mr. A telah dijemput ke studio era untuk ditemu ramah oleh Krew Pagi Era dan telah menceritakan bahawa beliau hanya memimjam sebanyak RM500 tetapi telah menjadi RM5,000 untuk diselesaikan!

Aznil sempat menanyakan, kenapa Mr. A menghantar SMS kepada riuh pagi Era dan tidak mendapatkan pertolongan lain. Mr. A telah menyatakan yang orang lain sudah tidak mahu lagi membantu beliau dan hanya berharap kepada Aznil untuk meluah sebelum meneruskan niat beliau. Ibu beliau sendiri sudah tidak mahu menolong katanya.

- - - I Think OF - - -

Nasib baik tak bunuh diri, yer tak? Tapi apa yang penting di sini, BUNUH DIRI bukanlah satu jalan yang patut di fikirkan dan terlintas sekali pun. ISLAM mengharamkan perbuatan ini sama sekali. Namun, segala amalan dan agama di dunia sekali pun tidak membenarkan bunuh diri kepada penganutnya. Nyawa tidak dapat dinilai dengan apa saja yang ada di muka bumi, apatah lagi kepada yang melibatkan kebendaan.

Fikirkan yang terbaik, apa saja cara yang boleh membantu. Kita pula sebagai teman rapat dan ahli keluarga, janganlah pulak meminggirkan seseorang ketika mereka amat memerlukan bantuan. Seperti pengakuan Mr. A, di atas, fikirkan apa akan jadi kalau Aznil tidak mahu melayan beliau dan tidak memberi cadangan yang baik, ada tidak kemungkinan dia akan bunuh diri kerana tekanan tersebut?

Hutang Tak Untong

Tidak disangkal proses meminjam adalah mudah dengan Along. Hanya dengan beberapa dokumen. ok Siap! bolehlah "langsi-langsi" dengan duit pinjaman tu. Lepas itu, dengan faedah dan segala macam caj yang tersembunyi, bayaran balik akan menjadi berlipat kali ganda dalam masa yang amat singkat, akhirnya tidak mampu untuk melangsaikan. Mati pendapatan, mati akal, mati minda, akhirnya pilih Jalan Mati. Mati Looo~~~

"Lu langsi, Lu mati!"

Pelbagai nasihat sudah digembar gemburkan oleh pelbagai pihak. Namun, masih ada yang terjerat dan terikat?

"Jerat tidak pernah LUPAKAN rusa" betul tak?

Apa-apa pun, seperti yang selalu ITO katakan, kita ada akal untuk memilih jalan yang terbaik. Fikir fikirkan. Think Of it!

Adinda Evans ? Ehh?? Apa pulak kes nya?

Hey, mana tidak nya, kena hambur macam-macam dalam satu hari hampir 1000 komen (ada nasihat, ada kutuk hancur, ada jugak promote link promosi<--terbaik!!), siap ada Facebook Fan page dia, risau pulak ITO yang dia terfikir nak bunuh diri masa itu.
Tekanan Owhhh!!! Tapi, dia tak buat perkara tu. :)
Tak ada kaitan pun dengan dia, cuma ITO terfikir sahaja. Ok!

p/s : Mati Syahid, hadiah di Jamin Syurga.
p/s lagi : Maaf Entry Panjang Berjela~~~ :)

12 comments:

  1. Tapi yang pleknya sempat plak bg sms sebelum nak bunuh diri erk?
    Dunia dunia...
    macam2 berlaku... ^_^
    kita persis hamba-Nya mampu amek pengajaran sahaje. ;p

    ReplyDelete
  2. @Himmymaru : Betul, manusia insan lemah, yang selalu lemah dalam pelbagai ragam dunia yang luas... :) Kita ambik pengajaran^^

    ReplyDelete
  3. dunia dunia dunia... jual manusia lagi untung dari jual unta... bunuh diri la... kurang sikit orang bermasalah di dunia ni...

    ReplyDelete
  4. @Nasriq : kurang tu kurang, tapi bagi masalah lah pulak...hahahaha...masalah, masalah, masalah

    ReplyDelete
  5. wow... sy xdengar lak mende ni.. tp kesian la. family pun xnk tolong.. hmm..

    haha, isu adinda evans..mmg klaka..sekelip mata je follower dia beriban..

    ReplyDelete
  6. err..smpai nk bunuh diri..adoiii

    ReplyDelete
  7. @Cik Miera : Memang arrrr, kes adinda tu, satu hari je, follower dah jadik 1500!!! Fuyooo!!!

    @Syrupmasin : A'a...macam nyawa tak bernilai pulak...ehhhh

    ReplyDelete
  8. macam lawak pulak g ngadu kat radio. huhu peranan media massa. :)

    ReplyDelete
  9. @FatniahHamim : hahahaha..itu jew jalan terakhir kan....nak mintak publish kot ^^

    ReplyDelete
  10. Salam kenal.nasib baik gak dia terfikir nak share masalah dgn org dulu. ada kes yg bila akal da x digunakan..langsung da x pk..terus terjun ajo..
    dahla masalah x selesai..kene seksa pulak kat 'sana'..nauzubillah~

    ReplyDelete
  11. @Sal IjoU : Betul tu, selalu nya mengikut satu kajian, orang yang nak bunuh diri ni, takut nak buat, tapi memang ada faktor pendorong...sbb tu kita kena tolong ^^. tolong nasihat, bukan tolong tengok...hehehehe :)

    ReplyDelete
  12. dunia akhir zaman. nyawa pon da jadi murah, bila fikiran makin singkat.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.