Wednesday, June 8, 2011

FUNGSI MENGECAM WAJAH SECARA DIAM,PENGGUNA FACEBOOK KINI TAHU IDENTITI ANDA!

Sekali lagi cerita pasal facebook. Entri sebelum ini mengenai facebook boleh mempengaruhi emosi rakan-rakan dengan "wall post" kita. Tak Baca lagi? Klik > Sini <.

Laman sosial popular Facebook kini boleh mengecam anda dan menanda (menge"tag") secara automatik dengan teknologi pengecaman paras rupa atau wajah. Fungsi ini, telah digunakan diseluruh Amerika dan dikebanyakan negara menurut lama blog Facebook.



Fungsi tetapan baru FB [sumber : dailymail.co.uk]

Teknologi ini adalah untuk mempercepatkan proses untuk menanda rakan dan kenalan di dalam gambar yang telah dihantar di dalam Facebook.Jadi, jika rakan akan menandakan anda dalam satu gambar, facebook akan mencari seluruh gambar dalam akaun rakan anda dan secara automatik menandakan seluruh gambar. Gambar yang telah ditag akan muncul didalam akaun berserta akaun rakan facebook.


HAK PERIBADI PENGGUNA (PRIVASI) ??

Cepatkan cara untuk menge"tag" rakan-rakan, hanya dengan satu gambar sahaja kita boleh menanda semua gambar yang kita ada. Namun langkah ini telah mendapat kritikan dan dibidas oleh sesetengah pihak. Ianya kebanyakan berkaitan dengan hak peribadi seseorang yang mengunakan laman web sosial ini.

Graham Cluley(Sophos, Syarikat Perunding Keselamatan Internet US)
-Mengatakan sekali lagi Facebook telah meminggirkan tentang hak privasi penggunanya secara diam-diam(bersembunyi) . Hanya pada bulan Disembar lepas facebook mengatakan bakal melancarkan khidmat tersebut ke seluruh US, tetapi sekarang sudah sampai dikebanyakkan negara. Walaupun Apple's iPhoto dan Google Inc's Picasa juga mengunakan teknologi sama, tapi Facebook yang mempunyai 500 juta pengguna boleh menimbulkan masalah privasi yang teruk.

Marc Rotenberg(Presiden of the non-profit privacy advocacy group Electronic privacy Infomation center)
- Apple's iPhoto memberi peluang kepada penggunanya untuk membuat pilihan sama ada membenarkan atau tidak teknologi pengecam wajah tersebut untuk koleksi gambar peribadi mereka. Facebook pula sebaliknya, menganalisis wajah dengan gambar yang baru saja diletakkan dalam facebook dan gambar peribadi kita juga akan dicam. Dia juga menyatakan, dengan mengecam paras kita dengan automatik, ini boleh mendedahkan infomasi peribadi pemilik seperti email dan alamat kerana ianya bersangkut paut dengan akaun anda. Dia juga mengecam Facebook kerana membenarkan fungsi tersebut secara automatik.

KENYATAAN BALAS FACEBOOK

- Facebook melancarkan fungsi tersebut untuk membantu penguna menanda rakan mereka secara cepat. Penguna melakukan proses tersebut secara 100juta kali sehari. Fungi tersebut juga adalah untuk gambar yang baru sahaja diletakkan dan hanya rakan-rakan dicadangkan.

Sumber : dailymail.co.uk

Bantuan untuk menge"tag" gambar facebook adalah baik untuk mereka-mereka yang suka menge"tag"!. Tapi, ITO ingin bertanya , siapa yang tahu tentang fungsi automatik ini telah dilancarkan? Apa akan jadi jika kita tidak peka dengan setting akaun facebook sendiri?

Rasanya gambar koleksi peribadi kita sendiri pasti menjadi tontonan seluruh pengguna laman sosial tersebut. Bolehlah gambar kita dikongsi nanti dikongsi kepada rakan kepada rakan kepada rakan, kepada rakan kepada rakan dan seterusnya. Nak begitu?


Bagaimana Cara Untuk memadamkan fungsi tersebut?

Langkah untuk mematikan fungsi automatik menanda dengan mengecam wajah tersebut
di Facebook
  • Daftar masuk akaun Facebook
  • Klik "Akaun" yang berada di sebelah kanan paling atas dan klik "Tetapan Privasi"
  • Klik "ubahsuai Tetapan"
  • Cari "perkara yang dikongsi orang lain" dan cari "Cadangkan gambar saya kepada rakan-rakan"
  • Sunting tetapan kepada "disable"
Selamat menetapkan privasi anda! Opssss.....terlebey Suda!

p/s : Macam mana pulak pengguna akaun FB mengunakan Gambar Kucing? Kura-Kura? errrrr........ha ha ha....apamcam?

2 comments:

  1. oooo... aku jarang upload gambar sendiri... hoho... lagi pun aku bukak mukabuku pun sebab nak ternak ikan jea...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq : Yerlah kan, berita facebook nie, memang antara berita hangat sekarang. Macam2 jew...huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.