Friday, June 3, 2011

GUNTING RAMBUT! PERKARA DALAM LIST BENCI

Salam dan Hi korang

Selalu tak pergi potong atau gunting rambut ? Apa pendapat korang dengan perkara berkaitan gunting atau potong rambut nie. Apa perasaan korang tentang potong rambut nie. Adoiyai, kenapa pulak aku membenci sangat tentang gunting rambut nie.

[Kredit Google]

Sejarah Dinasor

Dari dulu lagi, sejak dari kecik, dari zaman-zaman dinasor datang menyerang, kemudian Ultraman datang melawan, Ito sangat tak suka (diulang, tak suka) gunting rambut. Ada saja alasan kalau nak bergunting rambut terutamanya kepada Ibu Bapa. Hey, pernah melarikan diri dari rumah kerana tak nak gunting rambut...adoiyai...macam parah sangat bergunting tu ekk...

Entah Kenapa

Entah kenapa terlalu alergik sangat perkara gunting rambut ni. Tak kembang-kembang pun muka, badan kalau gunting rambutkan. Tak pulak masuk hospital pergi gunting rambut, kecuali kepala kena gunting, tu sah hospital tak pun terus ke kubur. Bagi Ito, yang merimaskan tentang gunting rambut nie...rimas tau...yang merimaskan adalah rimas...Bwahaha...kalau tengkok dah kena dengan potongan-potongan rambut tu, adoiii...panas, rimas tak suke...awww....hahaha

Itik dengan Ayam?

Ini satu lagi kes yang bebetul Ito tak suka. Itik bercakap dengan ayam. Apa kaitan? Apa yang tengah diborakkan oleh itik dan ayam? Pasti korang dah faham memang maksudnya tak faham antara satu sama lain kan? Sampai sekarang memang kalau pergi ke kedai gunting rambut susah nak berkomunikasi dengan para pro-pengunting rambut. serius! Dierang memang ada kod-kod tersendiri tentang cara-cara atau "style" rambut yang sememangnya tak pernah difahami. Tak pedulilah sama ada tukang gunting tu berbangsa apa, serius Ito TAK FAHAM!

Terjah sedikit tentang intro kisah di kedai gunting rambut..

Berada di "Kedai Gunting Dalam Lipatan Maut"

Tukang Gunting Amoi Cantik : Hi, gunting? Duduk sinie.. :)

Ito : tak, ikan sekilo :) (dah masuk kedai gunting yer tak,hahaha)

Tukang Gunting Amoi Cantik : Mau Gunting Style apa?

Ito : Errrr....kasik potong pendek jer lah, kasik kemas~~~

Tukang Gunting Amoi Cantik : Mmmmm, mau kasik pendek, ok, mau angkat ka layer?

Ito : (Adoiii, aper pulak nie, kod aper pulak nie! angkat tu aper, "layer" tu aper). Kasik angkat jerlah...

Tukang Gunting Amoi Cantik : OK! settle in 15 Minit!


S E L E P A S - L I M A - B E L A S - M I N I T


Ito : Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! TIDAK!!!!!!!!!

Tukang Gunting amoi Cantik : Peace (^^)Y



Mak! Pasti Jadi UltraWomen pasnie!!
[Kredit Google]

TOLONG!!!

Jadi disini kalaulah ade sesiapa yang ada tips ke, cara-cara nak suruh si tukang gunting faham apa yang kita hendak ke, ape2 jelah yang berkaitan tentang rambut! Tolong ADVICE!! TOLONG!!!!!

p/s : sebab tulah benci sangat nak gunting rambut...hampessss...

12 comments:

  1. dorang memang banyak kod rahsia...lagi2 kalau india..memang susah nak cakap...

    ReplyDelete
  2. @Aisyah : Hahahaha, kadang2 semua camtu, sebab tukang gunting dia je faham apa die nak buat..kita yang tak faham tu, terima je walaupun tak faham...

    ReplyDelete
  3. kikiki...lawak la, sakit ke gunting rambut..heheh

    nk senang kasi gambar fesyen mcm mana ang nak...kalo tak paham jugak, poblem r tuh si tukang gunting...

    ReplyDelete
  4. @Husna : Hahahaha....tulah pasal, payah sangat nak paham jadik masalah problem pulak...adeh~~~

    ReplyDelete
  5. hahahahaha! lau ckp rebonding nanti ntah camne die buat...

    ReplyDelete
  6. benci glerr gunting rmbt cz at last laen jdnye. btw, sini jom. :)

    http://nurirdasyahira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. @GeminiGurlz : entahlah...mmg tak faham

    @IrdaSyahira : betul3x..tu yang benci sangat tu

    ReplyDelete
  8. guna bahasa isyarat... tak pun bawak gambar mmodel rambut tu...

    ReplyDelete
  9. @Nasriq : hahahaha...macam iklan si gorilla tu ehh?? kekeke

    ReplyDelete
  10. ni mesti pencinta rambut nih,

    hahahahaha =DD

    ReplyDelete
  11. @suNa Husna : Nak pulak Gunting Sendiri, Tapi Skill takder..karang lain pulak jadik nyer...ngeee ngeee ngeee

    @raima : Pencinta wanita...kekekeke

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.