Monday, June 20, 2011

HARI TIADA BEG PLASTIK TAPI MENJUALNYA! ADA BETUL TAK?

Salam dah selamat sejahtera.


Pernah dengar tentang hari untuk tidak mengunakan plastik di pasar-pasar raya atau gedung-gedung membeli belah? Hari di mana anda pergi ke pasar raya dan mengunakan beg kitar semula sendiri untuk membawa barangan yang dibeli.

Dah tahu? Mungkin ditempat berbeza caranya agak berbeza, tapi ini dilakukan ditempat ito. Semata-mata untuk mengurangkan dan menyokong pengurangan pengunaan plastik
di atas muka bumi ini. Baik bukan?

Tapi apa pulak sekiranya anda tidak mempunyai beg kitar semula tersebut dan telah memborong sakan barangan di pasar raya? Bagaimana hendak membawanya? tidak mungkin nak bawa satu persatu? atau pun lagi 'sakai' suruhkan cashier dan sesiapa saja berhampiran untuk membawa barangan kita ke kereta.

Terdapat beberapa alternatif yang mungkin anda boleh gunakan. Ini adalah seperti yang selalu ito perhatikan dan dipraktikkan oleh para pembeli(termasuk ito sendiri)

Pilihan Lain Jika Tidak membawa beg Kitar Semula

1. Bawa bakul troli hingga ke tempat letak kereta dan pindahkan barangan. Lagi cepat, mudah dan berkesan, masukkan troli sekali kedalam kereta. Beli Barang Percuma Troli. Opssss.....

2. Gunakan kotak terpakai dan bungkuskan barangan kita. Biarlah barisan panjang mana pun, suruh si adik cashier untuk membungkusnya. Kalau dapat, suruhkan mereka membalut menjadi hadiah terus. Wow! Hadiah berupa barangan dapur! :P

3. Bahagikan barangan sama rata antara keluarga dan bawa. Amalkan dasar pecah dan perintah. Cadangan ini hanya berkesan kepada mereka yang membawa semua keluarga ketika membeli belah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai contoh, kalau ada membawa binatang peliharaan seperti kucing, tanggungjawabkan kucing untuk membawa makanan kucing.

4. Membeli beg kitar semula dengan harga yang agak sedikit mahal. Dari RM2 terkadang mencecah sehingga Rm5 ikut saiz. Akibat terlupa, belilah beg yang baru. Biarlah rumah dipenuhi dengan beg kitar semula. Buat Koleksi.

5. Belilah plastik beg! 20 sen sahaja untuk satu beg plastik. 20sen sahaja semua saiz [sila baca sebanyak 3x5 kali untuk faham]


Tak Faham

Apa yang ito ingin berkongsi adalah kenapa kita dibenarkan untuk membeli beg plastik pada hari tiada mengunakan beg plastik ? Sebenarnya sehingga sekarang ito tertanya kenapa. Tapi, undang-undang dipasar raya-raya sudah siap tertulis HARI TIADA PLASTIK BEG, GUNAKAN BEG KITAR SEMULA. Masih lagi beg plastik digunakan, malah dijual dengan harga 20sen sehelai. Apa kejadah semua ini? Mereka mendapatkan untung pula dengan menjual beg plastik.

Undang-undang tersebut disuatu tempat yang pernah ito lihat, siap dengan tandatangan semua pengurusan daripada yang tertinggi hingga terendah dari pelbagai agensi. Bersetuju tidak memberikan beg plastik pada hari-hari tertentu. Agenda tidak memberikan beg plastik kepada pelanggan pada hari tertentu namun pada masa yang sama menjualnya pula. Hampeh. Bukankah membuat untung namanya.

Ito tidaklah berapa kisah untuk membayar, tetapi kalau sudah hendak melaksanakan undang-undang kenapa tidak pula dipatuhi?

Kalau sudah menjual beg plastik, lebih baik berikan sahaja percuma seperti biasa. Betul tidak?

p/s : Entah apa-apa entah

12 comments:

  1. mungkin mereka nak ambil kesempatan diatas kempen tu kot

    ReplyDelete
  2. @Freaky : Mungkin...kadang-kadang rasa nak marah pulak dibuatnya...

    ReplyDelete
  3. hik hik hik... apa da... jual orang lagi untung dari jual unta... hik hik hik... ada orang dah kena jual pasal sehelai plastik...

    ReplyDelete
  4. patut tukar sign..."Hari membeli beg plastik"..haha ;p

    ReplyDelete
  5. mungkin mereka tidak fham sendiri apa itu hari tnpa plastik..aishh, perlukan kesedrn nie

    ReplyDelete
  6. @Nasriq : hahahahaha...faham faham faham...anakda marah~~~??? wahahahahaha

    @Cik Ila : YEah! Patut Tukar! Hari membeli Beg Plastik...

    @cucu Umie : Betullah kot, jalankan kempen lepas tu..hamprettt...tak nak ikut pendirian sendiri..

    ReplyDelete
  7. patutnya jual sekeping 5 ringgit. barulah lain kali ingat nak bawak beg. hehehehe.

    ReplyDelete
  8. @RedVixen : Jual 50hinggit pun ok kot^^ huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Hari tanpa beg plastik tu untuk ambil kesempatan buat duit. Yela, hari biasa bagi free, hari tanpa beg plastik jual beg.

    Memang gila tapi tu la realitinya. Bayangkan berapa ribu manusia beli. Ye la, 20 sen je tapi kalau dah banyak.

    ReplyDelete
  10. @Zaini Fuhlamak!!! Boleh Buat Duit Tu!!!

    1 orang = RM 0.20
    10 orang = RM2.00
    100 orang = RM20.00
    1000 orang = RM200.00
    JUTA ORANG = RATUS RIBU

    HANYA JUAL PLASTIK!! Hahaha

    ReplyDelete
  11. @Nurnajwa Yap...sangat mengutamakan keuntungan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.