Monday, June 6, 2011

ISTERI LAYAN SUAMI LEBIH BAGUS DARI "PELACUR KELAS PERTAMA" | KELAB ISTERI TAAT


Salam dan Hi...

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohammad. Isteri patut melayan kemahuan seks suami lebih bagus daripada "pelacur kelas pertama" untuk mengekalkan keharmoniaan rumah tangga.

PENDIDIKAN SEKSUAL KEPADA ISTERI

Antara kelas kelab Isteri Taat adalah memberikan pendidikan seks kepada isteri. Menurut Dr. Rohaya, dengan pendidikan seks kepada si isteri untuk menimbulkan keharmoniaan rumah tangga dan menyelesaikan masalah sosial. "Kini adalah waktu untuk menjadikan seks dalam rumah tangga sebagai keutamaan selain daripada tugas isteri yang tradisonal seperti memasak dan menjadi ibu yang baik, katanya.

[kredit Google]

Isteri yang baik dan berpendidikan agama mestilah juga baik ketika berada di dalam bilik tidur. Suami yang dilayan dengan baik didalam bilik tidur tidak akan menimbulkan perkara seperti berkeliaran mencari pelacur dan mempunyai perempuan simpanan.

Masalah seperti pelacuran, keganasan rumah tangga, bayi dibuang dan perdagangan manusia adalah antara contoh isu sosial yang semakin meningkat oleh kerana keperluan seksual yang tidak dipenuhi di rumah, katanya lagi.


KELAB ISTERI TAAT

Kelab Isteri Taat dan Kelab Poligami diasaskan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, organisasi yang ditubuhkan oleh bekas pengikut Al-Arqam. Menurut Dr. Rohaya, kelab tersebut telah mempunyai 800 orang ahli di Malaysia, 200 orang di Jordan dan bakal dilancarkan di Indonesia. Kelab ini akan mengadakan kelas seperti kelas bimbingan, kaunseling dan ceramah kepada isteri, suami dan pasangan.


PENDAPAT - PENDAPAT

"Layan lebih dari Pelacur Kelas Pertama"

Kenyataan yang telah dibidas oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut. Perkahwinan dalam islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan seks, namun diiringi perkara lain seperti ketenangan jiwa dan jiwa. Perkahwinan perlu ada matlamat dan satu ibadat.


Zul (bukan Nama Sebenar)

Mengatakan hubungan seks suami isteri penting, namun bukan hanya dengan hubungan intim untuk menyelesaikan masalah sosial. Kata juruteknik berumur 36tahun tersebut. Terdapat juga faktor-faktor lain. Kata beliau lagi, beliau juga tidak faham kenapa lelaki kadang-kadang memberi masalah tersebut. Walaupun mempunyai perkahwinan yang bahagia, lelaki[suami] juga boleh menipu kepada isteri mereka.


Rohana Ariffin[ Sosiologi dan Aktivis Sosial]

Menyarankan supaya Kelab Isteri Taat menyelidik statik punca-punca keganasan rumah tangga berlaku dari kumpulan hak asasi wanita. " Wanita tidak patut menjadi musuh utama kepada wanita. Suami perlu bertanggungjawab ke atas tindakan mereka sendiri". Adalah salah untuk menyalahkan wanita atas kesalahan dan kelemahan lelaki.


Datuk Nasir Ibrahim [Timbalan Ketua Umno, Selayang]

Umno Selayang memberikan sokongan kepada kelab tersebut tersebut dan mengatakan kelab tersebut adalah luar-biasa dan unik. Beliau mengatakan masalah yang timbul adalah berpunca dari rumah. "Jika institusi keluarga tersebut itu kuat dan mempunyai ikatan perkahwinan yang baik, ianya akan dapat menghindarkan masalah sosial sekarang" kata beliau


Facebook

Satu laman telah dibuka "We Do Not Want Sexist Nonsense From Global Ikhwan Sdn Bhd" dan telah mempunyai pengikut seramai 133 orang pada pukul 9.30pm.


:: Pendapat I Think OF ::

  • Tak perlulah kot mengatakan melayan suami lebih dari "pelacur kelas pertama". Rasa macam di "rendah" pulak si isteri. Makanan Rohani memang antara yang wajib dalam perkahwinan. Tapi bukan semata-mata kerana seksual. "Pelacur" melakukan kerja hanya untuk memuaskan, disamping mereka mendapatkan hasil daripada pekerjaan tersebut. Rasanya, yang melanggan pelacur pun bukan atas dasar kasih sayang dan cinta. errrr....sebut saja "Suka-Suka nyer".
  • Facebook Group, Ini lagi satu! Hishhh, asyik-asyik nak buka group je. Tak faham pulak kenapa lah mesti asyik nak bukak group. Buatlah Group Geng bas Sekolah ker, group cara-cara memasak Char Keow Teow Penang ke (fulamak! Sedap tu!), dan group-group yang memberi faedah boleh tak? Tak puas hati sikit, bukak group. adehhhh....[jangan marah arrr...ITO cuma hairan je]. sampai sekarang pun masih jugak hairan...kenapa ehh?

Walau apa-apa pun, kita dianugerahkan Akal dan Nafsu. Akal untuk menilai tapi pasti akan ditentang oleh nafsu yang degil. Buatlah pilihan masing-masing, tersalah pilih kembali kerana masa masih ada sebelum terlambat. Alternatif penyelesaian masalah banyak, tak perlu terus melenting. Betul tak? Belum cuba, belum tahu..

"Manusia Merancang, Tuhan Menentukan"

p/s : Tak kawin lagi, tak boleh pulak nak cakap banyak....har har har...ta

16 comments:

  1. dah tu, bila lagi nak kawen. har har har :P

    ReplyDelete
  2. masalah nih timbul biler takder persefahaman dan toleransi antara 2 individu yang sedang melayari bahtera rumahtangga. selain itu, berkemungkinan besar trauma yang melanda lelaki or wanita menyebabkan kurangnya kepercayaan atas pasangan lelainnya...:)

    okeh tak komen aku....ahcooii...:)

    ReplyDelete
  3. betol. x semestinya bergantung pada seks semata2...

    ReplyDelete
  4. cam tu kawen dengan pelacur jea la... confirm dapat layanan kelas pertama...

    ReplyDelete
  5. @Jee Jijie : errrrr....nanti sampai seru kawenlah ~~~ ngee ngee ngeee

    @ Yutaka :a'a mungkin banyak lagi kot, alasan-alasan lain yang patut selain perkara atas katil, anyway, thanx untuk entry kaw tu...sangat menghargai nya!

    Nak Baca Entry En. Yutaka[kilk pada pautan]

    RumahTanggaBerkecai,Nak Salahkan Siapa??

    @RedVixen : Yap, tak hanya kerana seks...semata-mata....mungkin kaedah lain boleh dicuba kot^^

    @Nasriq : adehhhh....keh keh keh...sabar3x...hahaha

    ReplyDelete
  6. layanan isteri tidak semestinya layanan seks.. kalo layanan isteri elok dirumah insyaallah suami sentiasa hendak bersama isteri..

    ReplyDelete
  7. @ShahRizar : A'ah, mungkin juga, sebab lelaki nie pun makhluk yang pelik2 perangainya....hahahaha

    ReplyDelete
  8. group cara-cara memasak Char Keow Teow Penang ..kalau ade group camni nak join ^^ cepat tubuhkan.

    ReplyDelete
  9. @fadhLeyanie : Tulah Pasal...kalaw ader..pergh!! Nak Join!

    ReplyDelete
  10. emm...isteri layan suami lebih ikhlas..heheh..suara dibuat pun ikhlas(opppss terlebih sudah)hahah...dah2 malas aku nak fikir pasal neh...

    pokoknya layanan isteri lebih bermaruah dan jujur bila berintim dengan suami..x perlu bayaran..

    ReplyDelete
  11. @Syuxer : Hahahahahaha...terlebih sudah~~~keh keh keh...takder yang dibuat2 kan..betul tak? hahahah...

    ReplyDelete
  12. ini seakan beerti yg mereka pernah melanggan pelacur kelas pertama..haha

    ReplyDelete
  13. @MDHAFIZ.NET : hahahaha...sungguh dalam ayat mu itu~~~wakakaka

    ReplyDelete
  14. Tu cuma ayat utk menggambarkan. Supaya jelas. pelacur kelas pertama mesti ada skill yg dahsyat. think possitive...

    ReplyDelete
  15. @Muhammad Burn Hahaha...saya selalu terfikir positif, tapi yang menyebabkan tidak positif tu " pelacur" hahahaha...pelik beno bunyi nyer~~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.