Thursday, June 2, 2011

KARMA HUKUM KARMA. . .HUKUMLAH. . .

Salam dan Hi Buat korang

Rasanya macam tak boleh pulak nak melelapkan mata. Fikiran pulak termelayang entah pergi kemana. Nak seru pulang, rasa-rasanya masih tak boleh nak carik arah lah pulak. Entah...kenapa pulak dikala pagi buta ni terfikir tentang Hukum. Hukum Karma, kalau nak terangkan dalam bahasa lain hukum balasan.

Hukum Balasan@Karma

Betulkan hukum karma ni hukum balasan atas perbuatan? Macam mana pulak lintas terfikir, mungkin kerana diri dalam keadaan situasi yang tengah berkecil hati, rasa bersalah dan jawapan paling pasti dan tak best, entahlah.

Apa salah pada masa lampau yang datang kembali dalam bentuk hukuman? Mungkin salah menyakiti hati orang lain? mungkin salah mengherdik orang lain? tersepak atau menyepak makhluk tuhan muka bumi? atau pun kata-kata lampau yang pada telinga dan raga sesiapa tidak menyenangi? Mungkin juga, salah guna tandas tak flush? errrr.....

Membuatkan seeseorang pergi tanpa bicara, berlalu tanpa kata, melangkah tanpa suara, bersapa tanpa melihat mata, berkelakuan tetiba luar jangkaan rasa, berkata dengan tidak sempurna sifatnya....Membuatkan rasa lemah Jiwa dan raga untuk menelan tekanan masa.

Percaya

Percaya qadar dan qada. Takdir adalah kerja yang Maha Esa, bukan undi masuk sms yang ditentukan oleh rata-rata mata yang melihat dan mendengar. Terima saja walaupun ianya satu hukuman yang menyiksakan.
Tapi nikmat yang diterima juga satu hukuman untuk menyedarkan.Boleh tak dikelaskan macam itu? Hanya diri saja yang tak mampu nak pilih, gunakan madu atau susu dalam kopi yang tersedia.

Tersalahlah katakan....jadi...penghujungnya?
Karma hukum Karma...Hukumlah...

p/s : kebetulan atau suratan, kita asyik membicarakan...

8 comments:

  1. daripada percaya hukum karma yang takde pengasas.. baik beriman kepada qada dan qadar

    ReplyDelete
  2. Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan pilihan... :D

    ReplyDelete
  3. @Freaky : a'a, qada dan qadar adalah yang paling sempurna..

    @BellaBell : Hahahaha...Jangan Lupa Lirik, habiskan satu lagu tu..kekekeke

    ReplyDelete
  4. qada dan qadar adalah yang terbaik untuk dijadikan renungan bersama...

    hukum karma hanyala kebetulan..Allah s.w.t la yang penentu takdir..:)

    ReplyDelete
  5. membeli multi cooker bjename pentec,
    secre rasminye anda telah ditag
    hohoho bli pantun tesebut kui3 ^^

    http://bondofexcellence.blogspot.com/2011/06/saya-nak-jadi-bloglist-terbaru-cik.html

    ReplyDelete
  6. @Syuxer : Betul tu, terima je ape yang berlaku, kerana ujian Allah mmg selalu ada hikmahnya...

    @Jijimon : hahaha...kena tag, up up away~~

    ReplyDelete
  7. setiap orang dah ada jalan cerita masing2... terpulang cara menghadapi...

    ReplyDelete
  8. @Nasriq :betul tu....semua orang ader takdir masing2

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.