Saturday, June 11, 2011

KELANTAN VS TERENGGANU | FINAL PIALA FA | 11 JUN 2011 | JARINGAN DAN SIAPA BAKAL JUARA

salam dan selamat sejahtera...

malam ini, malaysia bakal menyaksikan pertandingan hebat final piala
f.a antara dua pasukan yang juga menunjukkan prestasi baik di dalam
liga super malaysia tahun 2011. Pasukan tersebut adalah pasukan
kelantan melawan terengganu di stadium bukit, kuala lumpur.
Ito bar saja dalam perjalanan melalui perkarangan stadium tempat dua
pasukan tersebut untuk berada malam ini. Keadaan adalah sangat sesak
dengan penyokong kedua-dua pasukan sudah pun berada di perkarangan
stadium. Penuh semangat!

Dengan perlawanan besar begini nescaya banyak andaian dan ramalan yang
akan timbul. Pendapat ito, dengan perlawanan lepas dalam liga super,
pasukan kelantan telah pun mengalahkan terengganu. Dengan penyerang
kelantan adalah penjaring terbanyak setakat ini, kelantan pasti
mempertaruhkan tanggungjawab tersebu kepada penyerang mereka.

Namun, setelah kekalahan yang dialami yang lepas, tidak mungkin
terengganu akan mengunakan taktik yang sama, betul? Barisan pertahanan
mereka pasti akan diperkuatkan untuk mengekang serangan the red
warrior.

Ramalan ito, pertandingan akan menyaksikan kelantan menyerang lebih
awal untuk mengunakan kelebihan awal mereka, namun terengganu akan
mengunakan penekanan counter attack untuk mengejutkan pasukan
kelantan. Rasa-rasanya pasukan kelantan akan memenangi piala f.a untuk
kali ini. Namun, dalam bola, apa saja yang di ramal atas kertas hanya
akan dapat dijawab di atas padang selamat 90minit pertarungan. Ito
juga pasukan tersebut akan menunjukkan kelas tersendiri malam ini.

Gudlck untuk kelantan dan terengganu!

P/s : masih menulis menggunakan hp kerana terlupa nak bawa komputer riba !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.