Sunday, June 26, 2011

MACAM-MACAM JAK! 37 TAHUN TIDAK MANDI!

Salam dan Selamat Sejahtera.

37 Tahun tidak mandi! Itulah pencapaian yang telah dilakukan oleh seorang lelaki di India bernama Kailash Singh. Pencapaian ter"bau" yang diakui oleh orang-orang terdekat mahupun jiran-jirannya. Beliau adalah, Kailash Singh, seorang yang mungkin merupakan orang yang paling busuk di dunia dengan pencapaian tersebut.

Selapas berkahwin, Kailash yang kini berumur 65
, tidak langsung berniat untuk mandi mahupun memotong janggut beliau yang dipelihara sejak 1974. Beliau menerangkan perbuatan beliau tersebut adalah kerana mengikut nasihat seorang pendita. Beliau akan dianugerahkan anak lelaki dan waris lelaki yang amat berharga dengan mengikuti nasihat tersebut.

Walaupun mengikut kepercayaan pendita tersebut, namun para jiran percaya, ajaran yang menjadi ikutan beliau adalah satu kegagalan dimana dia mendapat 7 orang anak perempuan(dalam kepercayaan mereka, anak lelaki adalah lebih diutamakan dan penting.)

KELUARGA DAN JIRAN-JIRAN

Kailash menghabiskan hari-harinya dengan bersama lembu dalam keadaan cuaca yang mencecah 47'c. Tambahan, beliau hanya membersihkan diri beliau dengan bermandikan api setiap malam dengan merokok, berdoa kepada Dewa Shiva dan menari disekeliling unggun api.


Keluarga mengaku bahawa, mereka pernah mencuba untuk memaksa Kailash untuk mandi. Beliau melawan dan kemudian melarikan diri. Kata isterinya Kalaveti Devi, 60 tahun. Kailash lebih rela mati daripada mandi dan hanya satu sahaja yang mampu untuk mengubah pendirian
beliau iaitu seorang anak lelaki.

Kailash dengan janggutnya [sumber : dailychili.com]

Kailash mengaku bahawa, penduduk kampung di Chatav selalu mempersendakan beliau tetapi beliau mengatakan perbuatan beliau adalah kerana mengikut suruhan tuhan. "Kanak-kanak pula menjerit dan mengusik mengatakan bahawa saya tidak mandi setiap kali saya berlalu mengunakan basikal saya", katanya.

Anak bongsu Kailash, Pooja,16 tahun, mengatakan bahawa kerana keputusan pelik bapanya telah membuatkan beliau menjadikan dirinya popular di sekolah. "Rakan-rakan saya sering ingin melihat bertemu bapa saya", katanya. "Mereka terus bertanya bagaimana dia boleh hidup bertahun-tahun dalam keadaan bau dan tidak menyenangkan itu".

[Sumber: dailychili.com]

Soalan : Apakah Bau anda bila tidak mandi untuk 2hari dan beraktiviti berpeluh-peluh?

p/s : Mandi Amalan wangi. (^^)

14 comments:

  1. ala... apa ada hal... baru taik mandi jak... ce try tak makan 37 tahun... baru gempak...

    ReplyDelete
  2. euww! geli je....tak mandi sehari pon rasa tak selesa....

    ReplyDelete
  3. @Nasriq : wakkakkakak...klu 37 tak makan, mmg gempak! huhuhuhu

    @Aisyah Aina: mmg tak selesa..huhuhu

    ReplyDelete
  4. huh...nk knl jgk laaa cm kwn2 ank die tu

    hehehe

    ReplyDelete
  5. Huhu. Dasyat2. Sy lmbt cket mandi pn bukan main sakit kepala lg . Tp dia tu? Adoyai. Mmg mcm2 .^^

    ReplyDelete
  6. ahaha,dasyat ni,tak mandi 1 hari pun da macam2 ( bau masam) haha,37 tahun?

    ReplyDelete
  7. perghhh... mst bau mennusuk kalbu nie... hahaha...

    ReplyDelete
  8. @Siti Arfah : Tak tahu macam mana dia tahan

    @comeseefirst : Bau kuda kot..keh keh keh

    @Mr rileks : menusuk jiwa dan raga sekali...keh keh keh

    ReplyDelete
  9. peh kuda pun reti nak mandi,hahahaha.. itu lah dia,mcm2 perangai manusia ni..

    ReplyDelete
  10. Talif = Hehe. Pelik tp benar. huhu

    ReplyDelete
  11. @CSF = Hahahaha...betul tu...kambing takut air pun mandi jugak

    @Siti Arfah : ngeee ngeee ngeee.. terbaik~~~

    ReplyDelete
  12. @~SaL IjOu~ ngeee ngeee ngeee..hidup sahaja...dengan bau-baunya...wahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.