Wednesday, June 29, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN | KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 | DEBARAN KEPUTUSAN MALAM INI!

Salam dan selamat sejahtera terutamanya kepada peminat bola sepak tanah air.

Seperti yang kita telah ketahui, Malaysia telah pun berjaya melayakkan diri dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Brasil 2014. Satu perkembangan sukan bola sepak yang sememangnya ditunggu oleh
peminat skuad Harimau Malaya selama ini.

Malam Ini bakal menyaksikan, pertarungan kelayakan pusingan pertama antara Malaysia vs Taiwan yang akan berlangsung di Stadium Nasional. Mana-mana pasukan yang menang malam ini, akan mara seterusnya ke dalam pusingan kedua dan menentang Singapura.

Di atas kertas, dengan ranking Malaysia pada tangga ke 143 dunia, manakala Taiwan pula pada kedudukan ke 160, ditambah pula bermain ditempat sendiri akan memberi sedikit kelebihan kepada Malaysia. Namun, itu hanya di atas kertas kerana apa sahaja boleh berlaku. Dengan kecederaan penjaga gol utama Malaysia, Kairul Fahmi, diharap tidak akan mencacatkan persembahan pasukan.

Logo Piala Dunia Brasil 2014

Berikan sokongan padu anda untuk pasukan Harimau Malaya, Malam Ini!

p/s : Perlawanan Boleh Disaksikan Live

6 comments:

  1. terkilan..xdpt tgk
    huhuh

    pape pn malaysia boleh!!

    ReplyDelete
  2. @Titisan Hujan Ehh? Kenapa? kerja? dalam TV1 jew siaran langsung Malam Ini. :P

    ReplyDelete
  3. jom ke stadium... jangan pakai baju kuning,.. nanti ke dalam nanti...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.