Wednesday, June 29, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN | KEPUTUSAN PERLAWANAN 29 JUN 2011 | PENJARING GOL | PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA

Salam dan Selamat Sejahtera.

Malaysia pada perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan piala dunia Brasil 2014 telah berjaya mengalahkan Taiwan dengan 2-1.

MALAYSIA VS TAIWAN [ 2 - 1 ]

Gol Malaysia dijaringkan oleh Syafiq Rahim pada minit ke-28 dan Gol kedua pula dijaringkan oleh pemain pertahanan Aidil melalui tandukan pada minit ke-54.

Manakala jaringan gol untuk pasukan Taiwan pula dijaringkan oleh Chew Po Liang melalui lerengan mudah pada 76minit perlawanan.


Pusingan kedua perlawanan antara Malaysia menentang Taiwan akan diadakan di Taiwan pada 3 Julai 2011 yang dijangkakan berlangsung pada 6.45pm waktu Malaysia. RTM sekali lagi akan menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung di TV1.

Statistik Perlawanan dan Jaringan Gol

Sebaik wisel sepak mula ditiupkan, pasukan Taiwan telah mula menyerang pasukan Malaysia dengan serangan dari sayap kiri dan kanan. Mereka mencuba untuk menghasilkan gol dengan percubaan-percubaan jarak jauh. Pada 15 minit pertama separuh masa pertama, pemain Malaysia kelihatan banyak kehilangan bola dan masih tercari-cari rentak.

Namun, percaturan pertukaran awal pemain pada minit 26, telah berjaya meukar corak permainan Malaysia dan kemudian gol pertama perlawanan diperolehi daripada tendangan kencang oleh Syafiq dari luar kotak penalti sebelah kanan. Selepas itu Malaysia terus mempamerkan corak permainan menarik dan menyerang pasukan Taiwan.

Gol kedua diperolehi oleh Aidil pada separuh masa kedua setelah Malaysia mendapat tendangan sudut. Aidil mencelah diantara dua pemain Taiwan dan berjaya menanduk bola hantaran Syafiq terus ke gawang pasukan Taiwan. Banyak percubaan-percubaan telah dilakukan oleh Malaysia tetapi tidak berjaya mendapatkan gol.

Gara-gara kealpaan pertahanan Malaysia yang tidak mengawal pemain Taiwan dalam kotak penalti, telah mengakibatkan pemain Taiwan Liang berjaya menjaringkan pada separuh masa kedua dan menyebabkan Malaysia akan membawa tugas berat apabila berada di Taiwan kelak untuk perlawanan pusingan kedua.

Apa pun, permainan baik pasukan Malaysia jika diteruskan di Taiwan kelak dengan tidak membenarkan Taiwan menjaringkan gol membolehkan Malaysia untuk layak pusingan kelayakan seterusnya. Harapkan pasukan Malaysia akan memberikan persembahan terbaik mereka hari Ahad ini.

p/s : Teringin nak lihat Malaysia dalam Piala Dunia :P. Good Luck Harimau Malaya!

2 comments:

  1. nangga sikit-sikit jak malam tadik.dapat update goal pun dari twitter.hee..btw, congrats Malaysia. Msia maam makin maju jak dlaam bola nak ow.. :)

    ReplyDelete
  2. @SweetyMui2 hahaha..sayang malaysia lepaskan sigek gol...tapi harap malaysia terus berjayalah...gogogogo malaysia!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.