Sunday, June 12, 2011

MEJA BULAT 1MALAYSIA | ISU DIBINCANGKAN | BERIKAN PANDANGAN, CADANGAN DAN KOMEN ANDA

Salam dan Salam sejahtera semua.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak mengajak rakyat-rakyat negara Ini untuk menyertai Meja Bulat 1Malaysia yang akan beliau kendalikan di laman blog beliau di www.1malaysia.com.com. Perbincangan meja bulat tersebut akan dimulakan pada hari Isnin, 14 Jun 2011.

sumber : 1malaysia.com.my

Tujuan pelancaran untuk Perbincangan meja bulatan online tersebut adalah untuk rakyat mengemukakan komen, cadangan dan pandagan yang membina demi untuk meningkatkan taraf hidup. Perbincangan meja bulat online ini juga adalah untuk membincangkan apa saja isu yang ditimbulkan supaya ianya lebih fokus kepada satu-satu topik sahaja.

Dengan mengunakan perbincangan meja bulat Online ini, menurut Perdana Menteri, ianya adalah untuk memperbaharui konsep lama yang digunakan. Perbincangan meja bulat ini akan melibatkan pelbagai pakar dalam bidang masing-masing (SMEX) termasuk mereka yang berpengkalan di luar negara sebagai pengantara.

Antara SMEX yang dijemput untuk terlibat dalam perbincangan meja bulat ini adalah tokoh korporat Tan Sri Tony Fernandes, pakar bidang kreativiti Tan Sri Lim Kok Wing, jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagopal, selebriti, pemuzik dan jaguh sukan negara.

SMEX akan meyampaikan beberapa isu, berkongsi masa dan pengalaman mereka untuk membantu menyusun idea dan seterusnya menyampaikan sorotan utama perbincangan kepada Perdana Menteri untuk didalami, dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

Bidang yang akan dibincangkan adalah seperti ekonomi, perpaduan nasional, kesihatan, penyertaan beliau dan juga sukan negara. Perbincangan pertama untuk perbincangan meja bulat tersebut adalah "Memupuk Gaya Hidup Sihat diperingkat Sekolah" dan akan dikendalikan oleh Sarbegeth Singh bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Anda sebagai Rakyat Malaysia Mempunyai Idea Bernah dalam mana-mana Isu yang dibangkitkan? "Sertai Meja Bulat Online 1Malaysia" dan curahkan idea anda yang mungkin tidak nampak dan amat terpencil tapi sebenarnya memberikan masalah besar kepada anda, masyarat dan negara.

sumber : 1malaysia.com.my

Klik Pautan untuk ke laman web pribadi dan blog Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.



Monopoli Demograpi
Faktor Usia, gender dan keperluan bakal memonopoli?

Berikutan perbincangan diadakan melalui Online dan semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai perbincangan meja bulat tersebut, perbincangan akan lebih tertumpu kepada monopoli mana-mana demografi penguna internet dan mereka yang akan memberi komen tersebut.

Boleh dikatakan, Jika Entry atau isu yang disampaikan dan cuba dibincangkan adalah berkaitan dengan kanak-kanan seperti entry pertama yang akan dilancarkan esok, mungkin ini akan menjurus ibu bapa, para guru dan mungkin anak sekolah yang sudah celik IT itu sendiri untuk menyertai.

Jika Isu melibatkan Tentang soal pekerjaan, kewangan dan masalah pengangguran, ini akan lebih menarik minat para remaja yang pada pandangan Ito sudah pun celik IT dan amat kehadapan dalam bidang tersebut. Rakyat akan lebih tertumpu kepada masalah akar umbi masing-masing. Tidak terlepas juga faktor gender yang akan menjadi faktor utama dalam perbincangan meja bulat tersebut!

Sampaikan Pandangan, Cadangan dan Komen

Namun, itulah yang dinamakan meja bulat 1Malaysia, semua rakyat(Satu Malaysia) diajak untuk menyertainya. mungkin ada antara kita disini yang sudah sekian lama memendam sesuatu untuk diluahkan kepada Perdana Menteri walaupun ianya melalui tapisan SMEX.

Kalau sudah Idea bernas, tiada salah untuk menyalurkan idea kepada blog tersebut. Jalan dan ruang sudah dibuka untuk sampai kepada Perdana Menteri. Jangan lepaskan peluang tersebut untuk memberi pandangan dan cadangan kerana ia adalah medium yang baik untuk menyalurkan apa yang kita pendamkan sekian lama.

Bukannya dengan mengadakan Perhimpunan Jalanan!
Meluahkan ketidakpuasan dengan meraih perhatian?
Tanpa memberi apa-apa jalan penyelesaian?
Jom Sama fikirkan.
Saluran Sudah diberikan, huh, apa lagi, gunakan!
Ayat macam membuat sajak bukan? :P

Hey, siapa pernah terfikir untuk menulis sesuatu dan ianya boleh mengubah negara? Bertambah bangga apabila cadangan dan pandangan dapat membantu rakyat lain. Betul tidak?
Inilah masa, peluang dan peluang anda untuk memberi apa saja yang sudah ada dalam kepala.

p/s : Berbincang dengan etika dan susun cara, bukan ikut hati dan rasa. Peace!

2 comments:

  1. tengah fikir siapa yang akan ditapis untuk meja bulat ni...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq : Ditapis untuk meja bulat? hahahaha....saper yer?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.