Thursday, June 9, 2011

PENINGKATAN TRAFFIK BLOG MENDADAK! | TERIMA KASIH KEPADA . . .

Salam dan Hi

Hari ini, blog traffic Ito naik mendadak! Fulamak, apa cerita? apa kes? apa semua ini? Macam mana boleh berlaku peningkatan traffik yang secara tiba-tiba ini. Setahu Ito, tak pulak ada membuat entry berkenaan apa-apa dengan yang "world trending" dalam twitter, tak pulak hebat dalam SEO(sikit-sikit, bolehlah).

[Sumber : Google]

Terfikir lagi, tak pulak Ito membuat entry yang maha hebat dan membuat segala macam yang boleh menarik mana-mana pembaca sekali gus datang ke belog si merah yang ala-ala semut merah kecik yang korang bolehlah pijak-pijak kalau kena gigit. :P

Masih tak berpuas hati, tercari-cari dari mana sumber sebenar. Akhirnya hah! Jumpa! Yeah! Jumpa! Ito rasa sakai pulak dapat traffic banyak-banyak. Al-maklumlah, semua orang borak pasal traffik hari-hari. Polis Traffik, Lampu Traffik dan Traffik Jem! Errrr. . . . .

Itu dia, rupa-rupanya, Ito telah diletakkan dalam satu bloglist untuk seorang blogger yang entry nya adalah berkaitan tentang isu-isu dalam surat khabar. Traffik beliau? Rasanya agak deras! Dengan traffik yang tak henti berkunjung macam kapal terbang yang terbang turun di Kuala Lumpur International Airport, ada jugak yang ter"mendarat" dekat Kuala Terpencil I-Think-Of Airport :P. Terima Kasih Banyak-banyak.

Dengan menamakan header beliau .::A A N S::. , atau nama panjang nya, Anak- Anak Negeri Sembilan, menyebut blog beliau/mereka sebagai portal "rojak" dan entry hanya "copy+paste.
Admin untuk belog tersebut adalah errrrr....seekor kambing? (dah letak gambar kambing^^).


TERIMA KASIH DAUN KELADI

Ito dengan ini, rasa rendah diri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau yang punya blog facebookans.blogspot.com. Kerana dengan kesempatan yang telah diberikan dimana, blog Ito ditempatkan dalam 25 orang bloglist tersebut membuatkan traffik blog merah ini juga mendapat manfaat sama! Terima Kasih!
(ucapan penuh emosi...sila baca macam dapat award! haha)


Bukti-Bukti Kapal Terbang Landing Di i-think-of.blogspot.com

Sumber : [Blogger Stats] untuk hari ini sehingga pukul 6.

Klik sini untuk pergi ke tempat facebookans.blogspot.com

81 datang dari referring site, 40 google dan lain-lain hasil komen dan blogwalking. Namun, kalau nak diceritakan, blog Ito sehari hanya ada tak sampai seratus orang pelawat pun. Sebab, itulah sakai, langsi tak ingat. Sakai Jap. hua hua hua~~

Tapi apa pun entry ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara, saudari empunya kepada blog yang murah hati tersebut. Kalau esok dah tak ada dalam bloglist? Macam mana? Tak apa, terlalu bergantung kepada nasib orang akan menyebabkan nasib sendiri bergantung, Setuju? Bukan sombong, tapi itu kenyataan.

"Musuh Jangan dicari, Rezeki jangan Ditolak"

p/s : Entry pasal senyum awal-awal pagi beri berkat kot^^. Cubalah Cubalah

9 comments:

  1. @syrupmasin : A'a...rasa bertuah pulak hari ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. @Hans : A'a terbetuah pulak^^ hahaha...semangat nak berblog nie...ngee ngee ngeee

    ReplyDelete
  3. keep up sedara taliff! ku bersamamu :D

    ReplyDelete
  4. Selamat berblog dgn semangatnya! ;)

    ReplyDelete
  5. @RedVixen : Hahaha...Bersamamu~~~Terima Kaseh~~~

    @Sal IjOU : Yeah! Jom Kita Beblog dengan penuh semangat MErah membara!

    ReplyDelete
  6. tahniah la bro. semoga semakin sukses

    ReplyDelete
  7. hoho... aku nye blog yang bertandang ada la dalam 40 orang jea... huhu... tapi tak kesah pun... bukan menulis untuk glomour pun...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.