Tuesday, June 28, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH | LYNAS | VIDEO SEKS | MUSANG BERBULU AYAM

Salam dan Selamat sejahtera

Peribahasa Melayu, "Musang Berbulu Ayam". Seharusnya mesti anda semua sudah tahu bukan. Kalau tidak marilah Ito ajarkan apakah maksud Musang Berbulu Ayam tadi.

Tapi sebelum itu, untuk pemahaman yang lebih jelas dan tepat pada maksudnya, kenapa mesti musang berbulu ayam? Sedangkan Si Musang sudah punyai bulu sendiri? Tak malu kah si musang kepada ayam kerana mengunakan bulu binatang lain?


Untuk pengetahuan, Si musang sebenarnya tidak sedikit pun malu apabila mengunakan bulu si ayam. Ini kerana, Si musang akan kelihatan seperti ayam dan bolehlah si musang membaham ayam seperti kita membaham ayam KFC apabila si Ayam terleka kelak. Stop! Apa yang Ito merepek pasal Ayam pulak. hahaha.

Berbalik kepada peribahasa tadi, sebenarnya dalam beberapa hari ini, Ito sengaja memberikan ruang untuk merehatkan minda dengan menonton TV(selalunya jarang). Ditambah pula keadaan hujan sekejap sekejap tapi berterusan membuatkan badan meluat untuk menaip. Namun, setelah selesainya menonton cerita-cerita berita isu semasa terdengar si Karam Singh Walia dengan peribahasanya "Bagaikan Musang Berbulu Ayam", terus nak buat berita sekali.

PERHIMPUNAN BERSIH

Namun sebenarnya Ito sangat bosan dengan berita-berita utama yang disampaikan. Marah dan tidah boleh berfikir dengan keadaan semasa. Isu hangit PERHIMPUNAN BERSIH yang sudah menerima pelbagai reaksi masyarakat. Buat laporan polis, buat ugutan, buat kecoh, buat entah apa-apa entah.

Hey, sehinggakan Ito fikirkan (I Think OF),orang muda yang hendak menyertai perhimpunan tersebut sudahkah membayar PTPTN kamu? Khas kepada golongan muda terpelajar yang teringin sangat nak sertai aktiviti yang tidak langsung dapat melangsaikan hutang tersebut(kalau ada).

Oh, satu lagi, rumah sendiri dah dibersihkan tidak? Hadoiii...Bosan mendengarnya


KILANG LYNAS

Edisi Khas Mr. Karam Singh Walia, menyelidik disekitar pembinaan kilang tersebut dan kawasan berdekatan yang didakwa oleh seorang pakar(pakar hentam sajalah labu) mengatakan pancaran sinaran radioktif kilang tersebut boleh mendatangkan kesan kepada manusia sekeliling.

I think that, this all talking people with no brain are nonsense. For sure! Kenapa tidak panggil saja pakar-pakar tentang radiasi-radiasi ini? Buat kajian dan buat laporan. Itu sahaja. Susah sangat dengan perkara berlarutan yang membingungkan orang sekeliling. Buat seperti yang dilakukan MR. KSW, cari bukti. Buktikan sesuatu dan jangan borak kosong. Buat andaian ke atas kehendak sendiri? boleh diterima pakai kalau tidak ada bukti?

VIDEO PELAKU AKSI SEKS

Bosan teramat sangat dengan cerita ini. Tapi tajuk ini sebenarnya boleh beri traffik yang banyak kepada blogger(ha..ha..ha..gelak jahat). Daripada tersebar, Jam tangan, pengakuan sumpah, 99.9% sah pelaku dan hari ini video ekslusif 18sx - xxxx akui pelaku adalah Dato xxxxx xxxx.

Hurm, baling batu sorok tangan, sudah baling batu, batu sudah hilang, kenapa mahu sorok tangan? Fahaman, ikutan, permainan. Apa lagi nak diringkaskan?

MUSANG BERBULU AYAM

Ito mempersetujui kata Mr. KSW, Musang berbulu ayam, sama sahaja seperti ada udang galah tersepit disebalik batu belah batu bertangkup. Menyamarlah sejauh mana yang boleh, buatlah agenda apa-apa sahaja yang boleh, bahamlah ayam-ayam yang percaya dengan si musang bersembunyi sebalik bulu.

Tapi ingat negara dan tanah yang dipijak adalah sama. Udara hujan dan panas sahaja sepanjang masa, tidak pula turun salji dan ada musim bunga. Kenapa tidak jadi sahaja ramai-ramai jadi buruh kasar dan buat menara tertinggi di dunia, ada juga untuk kita semua bangga.

Teringat Ito satu perkara pernah orang tua-tua katakan, Jangan Buta Sejarah. Tiada kaitan? semalam juga adalah sejarah bukan? Tangan terluka kerana pisau semalam adakah akan diulang sekarang? Fikirkan...Jangan sekali, banyak kali

p/s : terbosan amat sangat dengan sensasi panas yang berulang, sampai hati jadi panas.

nota : lukisan musang dan bulu ayam harap mendapat tempat dihati masyarakat :P

6 comments:

  1. nak aku komen panjang lebar lagi x?

    ReplyDelete
  2. @Nasriqwahahaha..kalau setuju, buat kat blog hang..keh keh keh...boleh sama kongsi pendapat. :P

    ReplyDelete
  3. Betul2. .manusia zaman ni da kurang sifat bersyukur dlm diri memasing. .huhu. .:)

    ReplyDelete
  4. Comel gamba musang berbulu ayam tu..tp jgn pula kita jadi mcm tu~ ^^

    ReplyDelete
  5. @Miss Farah : Betul tu, nyampah pulak nengok nyer...

    @ Sal Ijou : hehehe..kalau nak ambik jer^^, backlinkkan sekali ke sini^^ . tak ada masalah...hehehehe

    ReplyDelete
  6. Sy juga sudah cukup bosan dgn " bersih " itu .

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.