Wednesday, June 8, 2011

PORTAL 1MALAYSIA PENGGUNA BIJAK | 1MPB PORTAL

Pengguna di Malaysia Kini, boleh memeriksa dan membandingkan harga untuk produk yang di jual di 1,255 kedai jualan di seluruh negara dengan hanya mengunakan portal 1Malaysia Pengguna Bijak(1MPB).


Harga barangan akan diperhatikan dan dikemaskini setiap hari oleh 1,200 pegawai pemerhati dari Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Ini adalah untuk memastikan semua kedai jualan yang terlibat untuk memastikan harga jualan mereka adalah berpatutan", kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Senarai harga yang terlibat mengandungi, 355 produk penguna yang dijual di 10 Pasaraya utama, 100 produk yang dijual di 404 pasaraya, 50 produk yang dijual di 360 pasar basah dan 100 produk di kedai runcit 24jam.

Produk yang dimasukkan adalah seperti telur, ayam, daging, dan sayuran. Termasuk juga tepung, beras, gula dan lain-lain keperluan seperti sabun, diapers dan ubat gigi.

Laman tersebut telah dibina dengan kos mencecah RM1.4juta.

Pengguna juga boleh mengutarakan rungutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia melalui portal 1MPB tersebut. Daripada portal tersebut juga, pengguna boleh mendapatkan informasi terkini tentang perubahan harga kepada produk-produk penguna.


Untuk melayari portal tersebut, Sila Klik Pautan dibawah


p/s : nak tengok berapa penting nya pengguna? Mari kita ke Beat Garden

4 comments:

  1. tak sabar nak buat rungutan...haha :D

    ReplyDelete
  2. @AisyahAina : Buat je Komen terbaik dan rungut banyak2x

    ReplyDelete
  3. Kan bagus ada kemudahan mcm ni..^^

    ReplyDelete
  4. @Sal IjoU : Betul3x, tapi tak explore habis lagi, huhuhuhu....entah macam mana nak guna entah...keh keh keh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.