Thursday, June 23, 2011

SEBUAH CERITA PANAS | 18SX | 18SG | 18PA | U

Salam dan Selamat Sejahtera.

Rekayasanya {dot} {dot} {dot}...Hanyalah sebuah cerita yang Panas. Saksikan..

Cerita Panas | 18SG | Seram Ganas

Kringggg!!! Terbangun...menguap-guap dulu...Sedap betul dapat bangun dan memperolehi tidur yang cukup. Mana tidaknya, tidur lewat kerana terleka menonton pertandingan bola sepak final yang panas antara pasukan Mancis Unik menentang Barsicola.

Best gila, terbaik,tip-top, memang meraung. Terbayang kalaulah berada di Stadium Wembuy Belah, Seronok! Sambil menyaksikan pertandingan hebat dua pasukan raksasa Gorgon.

ALAMAK!! Jam dah 10 minit dekat pukul 8.00!! Terlupa dengan kerja! Asyik berkhayal dengan perlawanan bola semalam! Mampus! Ini boleh buat BOSS Panas...alamak alamak~~~Cepat, Cepat, Cepat~~~Mandi singkat, Rambut ala-ala saja sikat, sarapan singkap, ambil beg, masuk kereta dan pecut asal sempat!!

Hoittt!! Tepilah, nak cepat ni! Hati Panas sebab kereta depan bawa kereta ala-ala tengah bermadu asmara romantik dalam kereta! Ahh!! Asal Sempat!! Bawak Kereta Ganas-ganas. Biar semua orang seram. Nasib Baik tak nahas.

Nota : Salah sendiri salahkan orang lain. :)

Cerita Panas | 18PA | Politik

Sampai pejabat 8.00 tepat! Sempat tapi BOSS sudah ada kat tempat. Alamak, harap-harap tidaklah BOSS panas. Jangan main-main, nanti melopong hujung bulan tidak bergaji. Nanti siapa nak belikan gula, bayar bil elektrik, bayar astro, belikan minyak kereta, siapa? Sudahlah semua barang tengah panas naik harga. Yang ada dompet pun tak boleh duduk diam, panas, asyik mengalir cepat.

Naik sana, naik sini, naik bas. Hutang Along? Apa Along! Huh! Syukur, tak ada. Jangan buat hal, Panas Telinga nanti hari-hari kena sentap penganas. Jauhkan Jauhkan.

(10am) Sok...sek...sok...sek...Emmm? (11.59am) Sek...Sok...Sek...Sok...OoOOo...kumpulan makcik pakcik adik kakak abang rupanya, Kumpulan pemberita piring terbang. Pembawa cerita sensasi panas semasa.

Curi dengar kejap jadi spy agen-X, cerita anak, cerita politik, cerita masak, cerita rumah, cerita banyak kerja, cerita kedai kopi, cerita orang lain, cerita wonderpet (ada jugak! klik sini untuk tengok ceritanya) ha ha. Cerita sana, cerita sini, cerita sinun. Office Politik, mana-mana pun ada. Sudah kerja bertahun-tahun, biasakan saja, lumrah. Apa boleh buat senyum saja, kena cucuk dari belakang si back stabber, Senyum saja walau hati terbako panas.

Petang keluar ke tapak bina, buat pemeriksaan biarlah hari panas, tanah tidak rata, tidak ada bumbung, tidak mengapa asal tidak dengar cerita rekayasa, cerita sensasi semasa. Sebut ikut suka, susah nanti sendiri merasa. Sudah selesai semua diperiksa, hari panas, apa lagi singgah sebentar di kedai pak Jokong Mas! Terbaik, hati pun senang tak panas-panas.

Nota : Kerja sahaja, Jauhi Politiknya :P

Cerita Panas | 18SX | Lucah

Balik kerja, selesai satu perkara kehidupan. Pergilah dulu gedung gedung pasar raya. Pergi beli sekerat dua, sambil-sambil lihat telatah orang. Sambil menyelam, tertelan air katanya. Mata, pilih barang, pilih barang, pilih orang. Opss...ulang-ulang. Pilih Barang, pilih barang, pilih orang, pilih barang, pilih orang. Hadoiii, tertengok yang panas, panas. Dari Bawah sampai ke atas. Cepat-cepat beli belah nanti fikiran tidak waras.

Sampai rumah rehatlah sementara. Kemudian, terus ke meja komputer dan seperti biasa online. Walaupun Berukband lambat bikin hati panas, mula cari Google dan Taip "Blogger" dan enter! Bukan Itu saja, facebook serta twitter, seperti biasa Enter! Jenguk-jenguk dan trending now adalah Cerita Panas sudah tiada ada udara!(harap faham-faham saja). Tegurlah si adik dengan ayat sopan, baik serta Panas. Geli hati ada, pelik ada, lucu ada, macam-macam ada.

Tet,Tet! Tet,Tet! Opocot Mak kau pergi pasar beli cucur panas!(melatah). SMS rupanya. Handphone tiba-tiba berbunyi tengah asyik baca komen. Baca tengok dan . . .

"Yang, tengah buat apa tu? Yang Nak tengok Aksi Panas saya di Ranjang? Taip on Ranjang dan hantarkan ke No 011-5624521" SMS PANAS!. Terbeliak biji mata.

Entah dari mana datang siap suruh langgan aksi "beliau" atas ranjang. Baik tengok orang main bola keranjang, atau sukan taekwondo yang sepak-sepak, terajang-terajang. Kenapa tidak sms ajarkan macam mana dapat harta berlambak-lambak, huh! Bikin Panas saja.

Nota : Jangan tunjuk macam-macam dekat orang, kongsi boleh tapi bukan semua :)

Cerita Panas | U | Umum

Penat dah, mandi dan layan berita lepas tengok cerita terpanas semasa. Ohhh, romatiknya..banyak betul bunga. Rupa-rupa di ambil dari novel, boleh tahan sehinggakan panas kerusi tempat duduk rumah-rumah satu Malaysia. Sudah Habis, sudah ada cerita pengantinya.

Hati panas buat BERSIH. Apa pula ceritanya? Konon sengaja tunjuk pada dunia, jalan-jalan cari pasal di jalanan. Semua orang lain dah meraung-raung suruh jangan buat pasal. Mungkin tidak faham yang sekecil lensa kamera tapi panas propagandanya hangat di mata dunia. Citra warna dunia, pembuatnya manusia, macam-macam ada. Terima sajalah seadanya.

Kenapa tidak buat pertunjukan membeli belah di gerai-gerai kecil dijalanan. Boleh juga beri faedah untungkan semua tempat yang diredah. Panaskan suasana ekonomi kita, Sama memberi, sama merasa. Kalau tidak pun bersihkan bandaraya, cantikkan Negara. :P

Nota : Banyak Orang Banyak Ragam, tapi Jangan Rugikan Orang lain.


p/s : Sedap makan cendol waktu hari panas, tapi cendol jadi pahit waktu hati "________"(isikan tempat kosong). :P

lukisan : harap di maafkan...susah sangat search google dengan perkataan "panas". Nak tahu, Cuba try test sendiri. \(^^)/

10 comments:

  1. Gilok, hahahah. yang 18sx tu memg bikin panas abg talif, hahahah. hissshhh, tak boleh lama2 kat sini, nanti panas! hahahaha.

    ReplyDelete
  2. @TYNTHA LANA keh keh keh, Cepat Bukak Air-Cond! Panas Nie..panas~~~wahahahaha

    ReplyDelete
  3. wuahaha..sms panas tu baru dpt td..haha :D

    ReplyDelete
  4. @syrupmasinhahahaha...pelik pelik jer sms sekarang...bengong..keh keh keh~~

    ReplyDelete
  5. aku pun selalu dapat sms macam tu..hampeh...

    ReplyDelete
  6. Em sy pn slalu dpt msg cmtu. tah pape la mnusia zmn skg neh . Em btol tu, kje, kje je la. xyh politik2 neh. sme cm blaja. blaja je btol2, neh x. ade yg sebok nk berpolitik sne sni. mcm politik lak d tny mse exam nnt. huhu. Dan slgi ade nmanya manusia, slgi tu berbagai rgam dpt d tonton. hehe

    ReplyDelete
  7. @Khairil : Hahahaha...memang kejadian alam kan...pelik pelik saja

    @Siti Arfah : Itulah namanya, manusia, rambut sama hitam, mata sama melihat, telinga sama mendengar tapi apa maksud bila sampai ke hati, adakah sama? hehehe

    ReplyDelete
  8. Taliff = Hati, jauhhhh berbeza. tu la sbb kte kena jge hati neh . Biar jd baek2 jer. hehe

    ReplyDelete
  9. @Nasriq : Hahahaha......MAu Cola? Oren Campur? wa bikin lu sejuk~~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.