Wednesday, June 15, 2011

SEDEKAH WALAUPUN RM1, RUGI! RUGI! RUGI!

Salam dan salam sejahtera semua.

Sedekah secara mudahnya memberi maksud memberi sesuatu berupa apa saja kepada orang lain. Semakin ringkasnya bolehlah dikelaskan sebagai "memberi". Tapi pernah tak anda mengalami situasi begini sebelum anda memberi sedekah daripada peminta sedekah?

- Peminta sedekah kelihatan sihat, namun masih meminta ditepi-tepi jalan?
- Peminta sedekah membawa anak-anaknya bersama semasa meminta?
- Mengunakan sebaiknya ketidakupayaan mereka untuk meminta?
- Terdapat seorang buta yang akan dibawa oleh sama ada abang/adik/kakak untuk meminta?

Dengan seperti senarai di atas, boleh tak anda lihat kebanyakkan perbuatan mereka yang meminta tersebut membuat keadaan mereka seperti mereka amat memerlukan sesuatu. Mereka juga sebolah-bolehnya membuat anda melihat mereka dan jatuh kesian seterusnya anda memberi sesuatu kepada mereka.

Terdapat keadaan yang merungsingkan apabila peminta ini datang kepada kita dan merayu-rayu meminta. Seperti keadaan kita tengah bergelak ketawan bersama rakan, tengah makan sedap-sedap dan baru lepas keluar duit dari bank dan alamak nak bagi balik kepada mereka
. Ahhh! Rugi! nak bagi Pulak...Pernah terlintas? Terfikir, terasa...



Tangan Memberi lebih baik daripada menerima [Sumber : Google]

Kadang- kadang terfikir pula kita yang mereka ini sebenarnya masih mampu untuk mengunakan tenaga mereka untuk menjana hasil untuk sesuap nasi dan lauk. Tapi, apa sebab mereka masih memilih untuk hanya meminta. Apapun, Ito tidak pula ingin mengulas kenapa mereka terus menerus melakukan kerja tersebut.

MAGIC SEDEKAH

Apa yang ingin katakan disini, Ito amat percaya bersedekah itu mempunyai "magic" atau kuasa luar biasa lebih kuat daripada magic harry potter. :P. Sedekah adakalanya Ito bayangkan sebagai payung untuk pintu rezeki, ianya tidak mengalir terus tapi bakal terbuka dan digunakan apabila ianya amat diperlukan.

Mari kita bayangkan sesuatu yang mungkin akan terjadi kepada kita atau pernah terjadi kepada kita.

Kita selalu memberi RM1 kepada mereka yang meminta kepada mereka yang temui ditepi-tepi jalan. Bukan semua, tapi kepada mereka yang anda rasakan untuk memberinya. Dengan hati ikhlas anda terus memberi dan mengharapkan kesejahteraan hidup untuk mereka. Terus berlalu dan melakukan kerja harian anda. Beberapa selang kemudian anda melakukan kerja yang sama, hanya RM1! Tak pulak pernah lebih...

Tapi, suatu hari anda mengalami kesempitan kewangan, bukan kerana hutang Along. Hanya kerana keadaan yang amat memaksa. Dalam pada masa yang sama, kereta rosak, rumah bocor, bayar sana, bayar sini, semua memerlukan wang...kawan pulak mintak tolong hal-hal kecemasan menyebabkan kewangan anda semakin menyusut dan akhirnya...Makan catu, minum catu, nak enjoy? tak payahlah beranggan....No Money, No Talk!

Suatu hari, durian runtuh menimpa. Kawan-kawan asyik datang mengajak makan kehulu-ke hilir. Sudah nama rezeki jangan pulak ditolak. Masuk pulak tuntutan wang yang anda sudah sekian lama buat kepada syarikat. Kawan lain pula datang membayar hutang-hutang lama setelah sekian lama tersimpan dan hampir terlupa. Dapur kering tapi perut tak pernah lapar! Sehingga anda merasa perjalanan hidup anda sangat ringan walaupun duit dalam beg duit hampir kosong. Dalam bank, tak payahlah cerita...tiada apa-apa.

BERKAT SEDEKAH

Adakah ini kerana sedekah RM1 yang anda lakukan? adakah kerana hati ikhlas ketika memberi?. Pernah tak kita terfikir, pemberian yang kita lakukan sebelum ini kepada mereka yang meminta dan balasanya mereka mendoakan sesuatu yang baik untuk kesejahteraan hidup kita?. Doa mereka pula telah sampai kerana keterbukaan dan keikhlasan hati kita. Berkat sedekah dinampakkan di dunia, tidak menunggu akhirat. Tapi, harus di ingat kerja-kerja baik tidak akan berhenti mengalir kebaikkan nya didunia tapi hingga akhirat.

Walaupun RM1, memberi dengan hati yang baik, adakah nilainya sama RM1 disisi Allah swt? Fikirkan

Jangan hanya menyimpan rezeki dalam beg duit sendiri walaupun RM1. Peminta yang kita lihat adalah sebenarnya rezeki terbuka Allah berikan kepada kita, hanya menunggu untuk kita sendiri untuk mengambilnya. Jangan rugikan diri hanya dengan RM1. Kalau dapat lebih, lebih besarlah faedahnya, terpulang kepada keikhlasan. Memberi bukan kerana nama tapi atas nama Allah!

Akhir kata;

"Sedekah tidak akan membuatkan kita miskin, tapi sebenarnya tengah menuju kekayaan"

p/s : Ini sebenarnya cerita benar seorang kawan yang menceritakan pengalaman beliau kepada Ito. Tabik Spring!

9 comments:

  1. Sedekah tu menjadi pembersih harta kita.murahkan rezeki kita.ada sesetengah org ragu2 bila nak hulurkan singgit dua dekat org yg meminta sedekah sbb terlintas di fikiran "ini mesti sindiket,baik aku jgn bg", "org ni mcm sehat je nape nak mintak sedekah"..tp sedekah tu bergantung pd niat ikhlas kita..tolak tepi lintasan negatif..kita bersedekah kerana Allah..Semoga Allah berkati kita semua! =)

    ReplyDelete
  2. @Sal Ijou : ehehehehe...beramal banyak3x.... :P, hati mesti ikhlas

    ReplyDelete
  3. nice entry.. :)
    terima kasih diatas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. @SRenungan : Sama-sama, yang baik kita panjangkan^^

    ReplyDelete
  5. yups
    betul
    sedekah takkan buat kita miskin
    buat satu kebaikan dibalas 7 kebaikan oleh Allah insyaallah
    tapi kalau nak bersedekah tu kena ingat
    sedekat pada yang memerlukan
    dan bukannya pada pengemis palsu yang terdapat ramai di Malaysia sekarang

    Kisah Sekuntum Bunga Hitam

    ReplyDelete
  6. aku pernah dengar, kalau bersedekah, Allah akan bagi balik berkali ganda apa yang kita sedekah tu. tak rugi. kalau tukang mintak sedekah tu tipu, biarlah tuhan je yang balaskan....

    ReplyDelete
  7. @Hans : Betul tu...sangat betul...tapi kalau dah tersedekah dekat yang palsu tu..halal kan aje lah...

    @RedVixen : Hahahaha...asalkan kita beri dengan hati yang ikhlas

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.