Monday, June 13, 2011

SINARAN MATAHARI UNTUK MENINGKATKAN KUALITI SPERMA LELAKI

Salam dan Selamat sejahtera.

Ingin dikongsikan sedikit info berkaitan kebaikan sinaran matahari kepada sperma lelaki. Mengikut kajian, sinaran matahari dikatakan memberi vitamin D yang boleh meningkatkan kualiti sperma seorang lelaki dan menjadi ianya lebih berkeupayaan.

[Kredit Google]

Satu kajian telah dijalankan dengan 340 orang lelaki dan penemuannya, hasil daripada badan yang terdedah kepada matahari menyebabkan peningkatan kualiti sperma. Sperma dikatakan berenang dengan lebih baik ke arah telur dengan kelajuan yang baik.

Para penyelidik daripada Universiti Copenhagen telah menguji kualiti sperma daripada 300 lelaki yang terpilih dengan rawak dan analisis terperinci dijalankan di dalam makmal. dalam masa yang sama kandungan vitamin D didalam tubuh lelaki yang terpilih diuji melalui ujian darah. Hampir setengah daripada mereka didapati tidak mempunyai kandungan vitamin D yang mencukupi, dikaitan dengan kekurangan pendedahan kepada pancaran matahari.

Matahari adalah adalah sumber terbesar untuk Vitamin D. Dimana ianya membantu dalam menetapkan kandungan kalsium, posforus untuk menyihatkan tulang. Tambahan sperma yang sihat dikalangan lelaki dengan kekurangan vitamin D sangat rendah jika dibandingkan dengan sperma yang biasa.

Menurut Dr. Martin Blomberg fungi Vitamin D dengan fungsi sperma , "Vitamin D,secara positifnya amat berkaitrapat dengan kebolehan sperma"

>> Sumber : www.dailymail.co.uk <<

p/s : Para Lelaki, Jom kita ke pantai, lari-lari baywatch sambil berjemur sampai terbako!!
Soley Soley ~ ~ ~

12 comments:

  1. telan vitamin tablet je xleh ke? muehehehe

    ReplyDelete
  2. @RedVixen : Ngee ngeee ngeee....Gunakan sumber asli lagi baik kot...hehehehe

    ReplyDelete
  3. ohh okay. jum lari pantai2,haha

    ReplyDelete
  4. @Amir aizat : hahahaha...Jum!

    ReplyDelete
  5. ohh ye ke..haha..seronok nih :D

    ReplyDelete
  6. @syrupmasin : hehehehe...meh lari-lari dekat pantai pulak!!! wakakakakakaka

    ReplyDelete
  7. Penuh sesak la pantai lepas ni..hahaha

    ReplyDelete
  8. @Nasriq : Hahahaha...engineer selalu berjemur, tak perlu lagi kot^^

    @~Sal Ijou~ : ahahaha...sesak dengan lelaki kot..ngee ngee ngeee

    ReplyDelete
  9. berlari2 anak kesana kesini alallala~~~ :P

    ReplyDelete
  10. @amramaiman : akakakaka...jom~~lalalalala

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.