Tuesday, June 28, 2011

SITI NURHALIZA BAKAL CHAT SECARA LANGSUNG DENGAN PENGGUNA YAHOO!

Salam dan selamat sejahtera

Esok 29 Jun 2011, pengguna Yahoo! boleh ber'chatting' atau berbual secara langsung dengan diva pop Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dalam segmen "Question Time".

Siti Nurhaliza akan bersama peminatnya di Yahoo! secara langsung selama 1jam bermula dari jam 11.00am. Ini adalah peluang bagi peminat beliau yang sentiasa mengikuti kerjaya dan pencapaian beliau untuk bertemu secara langsung dalam talian dan mengajukan soalan.

Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai hampir 400,000 peminat di facebook, mengatakan beliau amat tidak sabar untuk bertemu dengan para peminatnya. Segmen ini dijangkakan bakal menarik jumlah pengguna yang besar berdasarkan statusnya sebagai seorang diva di Malaysia.

Soalan yang diajukan kepada Datuk Siti bolehlah dibuat dalam Bahasa English mahupun Bahasa Malaysia. Disarankan juga, soalan hendaklah ringkas, berada dalam topik perbualan dan releven untuk mendapat peluang yang tinggi dipilih dan dijawab dalam sesi tersebut.

Segmen "Question Time" Yahoo! adalah landasan untuk merapatkan hubungan antara seseorang selebriti dengan peminat mereka di Malaysia.


Note-Pad ditandatangani Datuk Siti Nurhaliza untuk dimenangi

Dalam segmen tersebut, 10 peminat yang memberikan soalan terbaik bakal memenangi 10 Note-pad yang ditandatangani oleh Siti Nurhaliza setiap seorang. Soalan tersebut akan dinilai oleh Datuk Siti sendiri dan editor Yahoo! "Question Time" semasa sesi "chatting" tersebut.

Soalan anda bolehlah dihantarkan ke editor editor.malaysia@yahoo.com.my dengan data untuk menghubungi anda. Syarat-syarat dan keterangan lanjut sila klik sini

p/s : Tunggu nak chat dengan Dr. M :P

2 comments:

Terima kasih atas komen anda.