Thursday, June 2, 2011

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA | SL1M | PERLAKSANAAN | PRASYARAT | CARA MEMOHON

Skim Latihan 1 Malaysia telah dilancarkan pada 1 Jun oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Perdana Menteri. Tujuan dan objektif penubuhan adalah meningkatkan tahap kebolehpasaran (employibility) atau kebolehan para graduan mendapatkan pekerjaan.

PERLAKSANAAN

Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :

  1. Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
  2. Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
  3. Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;
  4. Kriteria pemilihan peserta :
    1. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
    2. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
  5. Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
  6. Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan
  7. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.

PRASYARAT

Terbuka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mendapat CGPA 2.5 dan ke atas.

3 comments:

  1. aku tak layak bro..ke layak kalau ada diploma je..T_T

    tengah mencari neh..tq info neh..

    ReplyDelete
  2. @Syuxer : hahaha, untuk info kita semua, aku dah kerja dah...^^. tak perlu lagi kot, bagi kat adik2 jew

    ReplyDelete
  3. Uiks, tak sampai degree lagi..diploma pun tak sentuh lagi... :(

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.