Friday, June 17, 2011

TELEVISYEN MEMENDEKKAN USIA?

Salam dan salam sejahtera.

Menonton TV boleh memendekkan usia? Tapi banyak cerita yang best-best sekarang bukan? Nora Elena..satu episod tak tinggal, Maharajalawak..2,3kali ulang tengok, English Premier League, sanggup bersengkang mata!.

Walaupun Astro telah ura-uranya ingin menaikkan harga perkhidmatan, hampir tidak mungkin kita akan memberhentikan perkhidmatan siaran Astro tersebut bukan? Tapi, adakah anda akan mengurangkan masa untuk menonton TV selepas mengetahui kajian ini? YA? TIDAK?

Televisyen memendekkan Nyawa? [sumber gambar : Google]

Satu penyelidikan selama 40 tahun oleh para penyelidik US telah mengatakan risiko untuk menghadapi diabetis, penyaking jantung dan mati lebih awal adalah kerana masa yang diambil untuk menonton Televisyen(TV). Ini adalah penemuan daripada para saintis Sekolah Kesihatan Awam Harvard yang telah diumumkan pada 15 Jun baru-baru ini.


Menonton TV lebih daripada 2 jam sehari akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes dan kegagalan jantung. Manakala, menonton lebih daripada 3jam sehari akan menyebabkan kematian awal!

Setiap penambahan 2jam sehari pula akan menyebabkan peningkatan sebanyak 20% untuk menghadapi diabetes peringkat 2, 15% peningkatan kepada penyakit kardiovascular yang boleh atau tidak membawa maut dan 13% peningkatan kepada semua penyebab kematian. Walaubagaimana pun, peratus kepada semua penyebab kematian akan terus meningkat apabila menonton TV lebih daripada 3jam sehari dan akan terus bertambah bergantung kepada masa yang diambil untuk menonton.

Di USA, Eropah dan Australia, mereka menonton TV selama 5jam, 4jam dan 5jam masing-masing dalam masa terluang mereka. Namun, perlakuan ini juga berlaku diseluruh dunia, menurut penyelidik.

Dr Hu, professor di Harvard mengatakan untuk mengurangkan risiko tersebut adalah senang, kurangkan menonton TV. Kita tidak sepatutnya hanya fokus untuk mengadakan aktiviti-aktiviti fizikal tetapi juga perlu mengurangkan kelakuan menonton TV secara berpanjangan.


Jadi, menonton TV secara berterusan boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes, penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian awal! Ini menurut penyelidikan dan kajian. Tapi TV sekarang sudah makin besar dan canggih-canggih belaka. Ada yang SD, HD dan sekarang dah sampai tahap 3D. Makin tinggikah risiko penyakit kepada kita? Alamak~~~

Mengurangkan menonton TV juga sememangnya adalah langkah baik. Banyakkan aktiviti yang mengeluarkan toksin dalam badan dengan berpeluh. Betul tidak? Tapi, tengok TV seronok ape, arghhhhh...susah nak pilih ni... :P

p/s : Ajal maut ditangan Allah. :P Peace! Jangan Pilih Jalan Maut Sudah.

5 comments:

  1. tu kalau ngadap tv jea... ada kajian tak kalau ngadap pc atau laptop jea?

    ReplyDelete
  2. @Nasriq : Kalau Jumpa akan dipersembahkan dengan segera untuk tatapan umum..huhuhu

    ReplyDelete
  3. tul tu..cmne kalo asyik dok ngadap laptop je manjang..heheh..tv pun bukak gak tp bia dok bebel sorang2 kat sebelah..sbb xnak uma sunyi..uma bujang katakan..teruk tul perangai ni..aish..

    ReplyDelete
  4. @Sal Ijou : Ngeee ngeee ngeee....Akan Diusahakan pasal komputer and laptop. Tapi seronok aper kalau suh TV tu bebel selalu, taklah sunyi sangat kan...hahaha

    ReplyDelete
  5. TV bleh memanjangkan usia juga..contoh paling nyata adalah berita ttg ancaman, amaran tsunami, amaran banjir, pendidikan kesihatan, pendidikan pelajar spt astro...TV juga berkecenderung mengurangi gejala lepak dan menambah ilmu pengetahuan secara percuma dari rumah..yang penting jgn salah guna TV tu..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.