Thursday, June 16, 2011

VIDEO HACKER ANONYMOUS | JENIS PENGODAM | BERSEDIAKAH LAMAN WEB MALAYSIA ? | WE HAVE BEEN WARNED!

Salam dan selamat sejahtera.

Isu pengodam atau hacker adalah salah isu yang hangat kita dengar sekarang. Kumpulan yang mengelarkan diri mereka "Anonymous" kini sedang menyerang laman-laman portal kerajaan dan laman sesawang di Malaysia. Sejak daripada 14 jun lepas beberapa laman web kerajaan Malaysia sudah pun di serang.

Antara Isu yang timbul dan telah menarik minat kumpulan hacker "Anonymous" untuk datang menyerang adalah berikutan tindakan kerajaan Malaysia menyekat 10 laman web dimana ianya adalah tempat untuk berkongsi file atau lebih senang laman web yang menyimpan data untuk dimuat turun.

Anonymous [sumber: Google]

10 laman web untuk muat turun yang disekat adalah;

1. warez-bb.org
2. thepiratedbay.org
3. movie2k.to
4. megavideo.com
5. putlocker.com
6. depositfiles.com
7. duckload.com
8. fileserve.com
9. filetube.com
10. megaupload.com

Selepas beberapa ketika kumpulan pengodam tersebut menjalankan operasi mengodam, mereka telah mengeluarkan satu video rakaman suara di Youtube dan telah mengatakan, mereka tidak setuju dengan tindakan dan langkah Malaysia untuk menyekat laman web di dalam dan di luar negara.

Mereka juga mengatakan penggunaan internet sepatutnya digunakan dengan bebas tanpa kekangan daripada pihak kerajaan.

Dengar rakaman suara amaran
"Anonymous"


"Greeting Malaysia"
"This act of this censorship are again excusable"
"The internet is here for freedom without government interference"
"We are Anonymous"
"We do not Forgive, we do not Forget, Expect Us"

Bunyi yang amat suspen bukan? tapi mereka tidak hanya berkata. Expect Us!

BERSEDIAKAH PORTAL KERAJAAN?

Pagi tadi, Ito sempat menonton satu rancangan di TV3 yang membincangkan juga ISU hacker atau pengodam. Dengan siri serangan ke atas laman-laman penting kerajaan, bolehkah kerajaan menangani serangan tersebut? Namun, apa yang penting dan masih terlekat di kepala Ito sehingga kini adalah bersediakah Malaysia dengan serangan cyber tersebut?

Seketika tadi, Ito sambil-sambil mencuba membuka laman web www.malaysia.gov.my, namun tidak dapat memasukinya. Mungkin laman web tersebut tengah ditutup atau kerja-kerja pembaikkan tengah dilakukan selepas serangan. Tapi, menurut tetamu yang membincangkan tentang keselamatan cyber pagi tadi, beliau mengatakan portal kerajaan di muka hadapan sepatutnya tidak ditutup dan didedahkan kepada serangan. Pindahkan data-data ketempat lain dan biarkan "front page" untuk diserang.

Kenapa patut didedahkan?

Tujuannya sebenarnya adalah untuk mencuba sekuat manakah kekuatan firewall/pertahanan portal semua agensi kerajaan. Serangan cyber kali ini sudah diberitahu lebih awal, bahawa mereka akan datang menyerang, dengan amaran tersebut, kita masih lagi boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tetapi, secara logiknya kumpulan ini boleh menyerang pada bila-bila masa portal kerajaan tanpa memberi apa-apa kata atau amaran! Betul?

Jadi, sekiranya kita tidak mencuba untuk berhadapan dengan serangan tersebut dan hanya mengambil langkah mengelak seperti menutup portal adakah di lain kali kita sempat untuk menutup portal apabila pengodam sudah pun menembusi firewall tersebut. Ada Logik bukan? Fikirkan...fikirkan...

Antara cadangan tetamu tersebut, sebelum laman web dilancarkan, pastikan ianya digodam dahulu oleh kita sendiri untuk memastikan kekebalan pertahanan lam web tersebut. Laman web juga adalah satu daripada tempat data-data negara dikumpul, jadi apa salahnya mengambil tindakan awal bukan, kerana data Ito juga berada di sana...aiyo yo yo~~~

Jenis - Jenis Hacker@ Pengodam

Setelah terdengar perbincangan mereka, hari ini baru Ito mengetahui bahawa hacker atau pengodam mempunyai kod atau garisan mereka sendiri. Terdapat 2 jenis pengodam di dunia dan ianya ialah

1/ Black Hat
2/ white Hat(topi kelabu)

Menurut tetamu tersebut, pengodam black hat adalah mereka yang melakukan serangan seperti "Anonymous" dan White Hat adalah mereka yang tidak melakukan serangan dan pengodam yang baik-baik(baru tahu :P). Namun dalam serangan yang berlaku seperti ini di negara kita, di sinilah peranan white hat untuk membantu negara untuk mengekang ancaman serangan tersebut dengan mengodam si pengodam black hat.

Ito bukanlah seorang pakar dalam internet atau sewaktu dengannya, namun haruslah kita gembira atau berduka apabila negara diserang sebegini rupa? "Anonymous" hanya menyerang untuk menyatakan ketidakpuasan hati atas tindakan kerajaan, terfikir pula hacker yang datang mencuri data-data dan apa saja rahsia sulit Malaysia demi kepentingan atau lebih teruk peperangan. Bersediakah Ito? Bersediakan Kita? Bersediakah Semua?

WE HAVE BEEN WARNED!!

Info : Kumpulan "Anonymous" tersebut telah menyerang pelbagai laman kerajaan, syarikat diseluruh negera atas faktor ketidakpuasan hati mereka. Antaranya Tunisia dan Sony.

p/s : Tiada kaitan dengan cerita 2012. :P

10 comments:

  1. @Sal Ijou : Yeah! you are correct!

    @a pis of art : Terbalik~~~huhuhu

    ReplyDelete
  2. pengodam..ermm.sedap gelaran tuh :)

    ReplyDelete
  3. @Syrupmasin : Sedapkan....huhuhuhu..hati-hati blogger pun dah ada yang kena godam~~

    @RedVixen : memang bahaya lagi-lagi kalau akaun bank yang kena hack

    ReplyDelete
  4. cam nak buat kalau tak nak digodam???

    ReplyDelete
  5. @Nasriq : Kalau pengguna biasa seperti kita, selalunya jaga password, pasword dalam internet jangan semuanya sama...bahaya...lepas tu pastikan password tu susah sehingga kita sendiri pun susah nak hafal...pastu sendiri tak boleh bukak mana2 web sebab lupa pasword...wakakaka

    ReplyDelete
  6. haha..wat password yg susah nak igt yer..
    hmm..bahaye gk penggodam ni

    ReplyDelete
  7. @liyana : yap, sangat bahaya..sesangat bahaya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.