Wednesday, June 22, 2011

WORDLESS WEDNESDAY DIPRAKTIKKAN DI DUNIA REALITI | INI AKAN BERLAKU

Salam dan salam Sejahtera

Yeah! Do Something Crazy, Its Wednesday!

Sebenarnya, Ito pun tidak mengetahui apakah
sebenarnya "wordless wednesday". Apakah ianya satu segmen? Satu Forum? Satu yang perkara yang harus blogger lakukan? atau hari-hari untuk memberikan entri bergambar? atau errr...wordless

Let picture do the talking

Tetapi, setelah menerjah ke dalam entri rakan-rakan mengaitankan "wordless wednesday", ramai yang membuat entri mereka dengan mengunakan hanya gambar-gambar yang menceritakan segala 1001 macam tanggapan di dalam kepala si pembaca. Pelbagai andaian yang dilemparkan di dalam ruangan komen oleh para blogger.

Sehingga sekarang Ito terfikir...berfikir...memfikir... seterusnya...
hah! Baik juga memikirkan sesuatu "out of the blox". Biarkan "Wordless Wednesday" dengan ayat yang tidak terucapkan.


Idea wordless wednesday bila Ito kaitannya dengan hidupan realiti, apakah akan terjadi bila kita
semua secara praktiknya "wordless" pada hari rabu. Inilah yang akan berlaku kepada hidup kita...


AWAL PAGI
Pagi-pagi ada yang suka mendengar radio ketika tengah melungsuri jalan raya mengunakan bas, kereta, kereta lembu untuk menghantar anak atau pun pergi ke tempat kerja. Hari Rabu...DJ pulak wordless. Dengar jerlah apa pun, sebab dah wordless, bukan DJ nak buka lagu yang ada nyanyian, mestilah irama muzik sahaja.

TEMPAT KERJA

Melakukan sesuatu dengan rakan sekerja tentang apa saja tanpa kata. Apa saja kerjanya, seperti bercerita, bergurau, berbincang, berpolitik pejabat, back-stabbing orang lain, berjual, bertelefon, bermesyuarat...semuanya wordless. Al-maklumlah hari Wednesday, Wordless. Nak berbincang, lukis saja dan suruh kawan-kawan sepejabat buat andaian sendiri tentang target dan apa yang kita perlukan.

Balik Rumah Tengok TV

Penat berkerja, rehat tengok TV sekejap. Perghhh ada pertandingan nyanyian! Rancangan Malaysian Mentor Idole' Million! Best! Tengoklah penyanyi menyampaikan lagu hanya seperti burung-burung bersiul, seperti kambing mengembek, seperti apa saja yang tidak mampu berkata-kata....UuuuUUU...Aaaaaa...Itu sahajalah yang kita dengar. Wordless Wednesday.

RANCANGAN LEWAT MALAM

Best! Best! Pertandingan nyanyian tadi. Nak Undilah! Undi RMMIM 10 untuk 10 undian kepada peserta Cik Limah Balik Rumah! Tengok berita sekejap, kalau ada berita yang menarik. Boleh buat update dalam blog :P. Apa yang dapat, hanyalah melihat gambar-gambar dan video yang ditayangkan tanpa dapat mendengar ulasanya. Penyampai berita, senyum dan gerak-geraklah sedikit, angkat-angkat tangan, hendak buat apa...Wordless Wednesday.

.
.
.
.

TAPI JANGAN!!!

Kalaulah benar wordless wednesday dipraktikkan dalam dunia realiti. Jangan! Melangsungkan akad nikah pada hari tersebut! tiada apa yang diucapkan. Lafaz Nikah dan saksi hanya mampu diam! Wordless! Cari Hari lain! ha ha ha

Itu sajalah yang Ito mampu fikirkan Jika benar wordless Wednesday ini dipraktikkan ke dalam dunia realiti. Mungkin dan besar kemungkinan dunia akan menjadi tenang sedikit kerana bunyi telah dikurangkan. Wordless Wednesday! Peace!

p/s : Blues Monday, Wordless Wednesday , Black Friday, Happy Sunday...Hentamlah labu :P

10 comments:

  1. kalo x join x diconsider pelik kan?

    ReplyDelete
  2. @~SaL IjOu~ Tak ada apa, itu cuma satu idea saja...buat sahaja entry seperti biasa..No problem^^

    ReplyDelete
  3. haha... lpas bca n3 ni, rasa cam nak hapuskan propaganda ww ni... nice n3. klako n kreatif.

    ReplyDelete
  4. @Muhammad Burn hahahaha...talif sebenar tengah pelik, apa sebenarnya ww nie...hahaha

    ReplyDelete
  5. blog cha smenye gmbr yg berkata..hehe..so hari WW ngeee :P

    ReplyDelete
  6. @ChaCha Gambar2 hanya inspirasi yang mengatakan kalau WW dipraktikkan dalam dunia realiti...

    ReplyDelete
  7. haha..yg part kawen tu tergelak eden~ nnt guna isyarat mata je la..pastu angguk2..haha

    ReplyDelete
  8. @~SaL IjOu~ Huhuhuh...angguk-angguk, geleng-geleng jer lepas tu~~ngeee ngee ngeee~~~

    ReplyDelete
  9. Taliff, org pun tak paham, napa ade sesetgh org ikot sgt benda yg cenggini..tah,cam takda pekdah je nak wordless ni.. mulut jahat, babab kang *_* haahhahaha

    ReplyDelete
  10. @TYNTHA LANA Mengikut ada satu blogger, Critical Angle..WW ini untuk menyerlahkan maksud tersirat dalam photo.

    Kiranya, kreativi masing2lah. Tapi kalau tak Join pun tak apa...ikut jer arus perdana, macam talif kata

    "Think OutSide The Blox"

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.