Sunday, July 3, 2011

10 SIFAT MANUSIA YANG MEMUSNAHKAN | MENURUT PANDANGAN SAINS

Manusia seperti yang kita ketahui adalah makhluk bumi yang mempunyai pelbagai sifatnya. Daripada sifat yang baik seperti sayang menyayangi, sabar, tekun, ikhlas. Manusia juga adalah gudang kepada sifat yang boleh menghancurkan seperti mencuri, iri hati, dendam dan berbohong.

Manusia Ciptaan Allah swt Yang Terbaik | Gambar : Google

Kajian sains telah membuktikan dengan sifat-sifat yang tidak baik, ianya boleh menghancurkan dan memusnahkan makhluk yang serba bijak ini. 

Antara sifat yang dikaji dan boleh mendatangkan memusnahkan ;

1. BERBOHONG
Tidak dapat dikenal pasti kenapa manusia berbohong. Namun kajian mengatakan ia adalah biasa dan berhubung kait dengan fisikologi manusia. Ia dikatakan berkait rapat dengan harga diri. Menurut pakar fisikologi, Robert Feldmen (Universiti Massachusetts) "Semakin manusia merasa harga diri tercabar, semakin tinggi kemungkinan mereka akan berbohong". daripada kajiannya, 60% akan berbohong sekurang-kurangnya sekali dalam 10 minit setiap perbualan.


2. KEKERASAN
Kekerasan sepertinya sudah tercatit dari sejak azali dalam kehidupan manusia. Sepertinya manusia "mendambakan" kekerasan kata penyelidik. Namun, bukti telah menemui manusia pada jutaan tahun dahulu lebih sukakan keamanan berbanding manusia sekarang.

Kajian pada 2008 menyimpulkan, manusia "mendambakan" kekerasan seperti mereka "mendambakan" makanan dan dadah. "Manusia dikelaskan adalah paling spesis di bumi yang paling kasar/keras" kata ahli biologi David Carrier(Universiti Utah)

3. MENCURI
Keperluan boleh mendorong kepada mencuri. Daripada kajian, Daripada 43,000 orang yang dikaji selidik, 11% mengaku mereka telah mencuri di kedai sekurang-kurangnya sekali. "Walaupun mengatuhi mereka tidak patut melakukannya, tapi mereka masih mencuri" Kata Jon. E Grant (Universiti Minesota, School of Medicine)

4. MENIPU
Sifat manusia memeng menarik, walaupun kebanyakkan orang mengatakan kejujuran adalah satu yang baik. Namun 1 daripada 5 orang Amerika mengatakan menipu untuk membayar cukai. Mereka berpendapat bahawa ini adalah bermoral menurut kajian Pusat penyelidikan PEW. Orang yang menyokong standard kehidupan moral yang tinggi adalah orang yang paling teruk menipu.


Cara mereka menipu adalah dengan memintal atau memutar belit kata-kata mereka. Mereka juga beranggapan menipu adalah perlu pada masa-masa tertentu. Sebab itulah dapat diperhatikan penipuan kepada isteri oleh ahli-ahli politik dan artis sekarang amat berleluasa.

Tingkah laku ini mudah untuk dijelaskan, menurut pakar. Kerana kemahuan seks yang tinggi, lelaki lebih banyak menipu berbanding perempuan. Lelaki yang berkuasa adalah yang paling cenderung untuk menipu.

5. MENGIKUT TABIAT BURUK
Tabiat Buruk mengikut kajian adalah yang paling sukar untuk diketepikan dan membawa risiko yang juga teruk kepada manusia. "Tabiat buruk mempunyai risiko yang besar dan semua orang mengetahuinya," kata Cindy Jardine, Alberta Universiti.

Jardine telah membuat kajian kenapa manusia berpaut kepada tabiat buruk ini dan ini adalah beberapa faktor atau alasan yang beliau temui.

1. Memberi alasan ianya adalah lumrah semulajadi manusia
2. Keperluan untuk diterima dalam masyarakat.
3. Tidak memahami risiko sebenar sifat buruk itu.
4. Kerana ketagihan

Mereka yang bertabiat buruk ini adalah orang yang sentiasa menyetujui sifat yang tidak baik. Sebagai contoh perokok dengan alasannya. " Nenek saya sampai sekarang masih merokok, tetapi masih hidup sehingga umurnya 90tahun, Masih hidup!," menurutnya.

6. MEMBULI
Kajian telah menunjukkan setengah atau lebih kanak-kanak mengalami buli. Kajian telah dibuat di negara Eropah sendiri dimana, kanak-kanak yang membuli di sekolah juga membuli dirumah. Ini adalah kajian yang cuba mengaitkan bahawa pembuli di sekolah adalah bermula di rumah. Menurut Ersilia Menesini, Universita' Degli Studi di Firenze, Italy, ia adalh tidak mustahil untuk mengatakan buli yang berlaku di sekolah adalah perbuatan kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang di rumah.

Tetapi buli bukan hanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya juga berlaku dikalangan orang dewasa itu sendiri. Satu kajian menemui 30% pekerja US mengalami buli daripada ketua jabatan atau teman sekerja. Ianya adalah seperti khabar-khabar angin yang memalukan, atau dengan sengaja dimalukan. Apabila Ianya bermula, ia akan menjadi lebih parah.

Buli amat sukar untuk dihalang kerana ianya bermula dengan cara yang sangat kecil, menurut Sarah Tracy, Pengarah Projek Kesihatan dan kerjaya di Arizona, US. Bagi menangani buli ditempat kerja, kita perlu bertindak balas kepadanya, bertindak secara rasional, secara khusus dan konsisten.

Kenapa membuli? Ia adalah kerana perasaan yang ingin berkuasa dan status(nama).

7. BERTINDIK DAN TATOO
Ada yang berpendapat bertindik dan bertattoo adalah kerana untuk
kerohanian, seni, cara untuk membuang masa atau pun cara memprotes kerajaan atau memberontak. Pada zaman dahulu, bertindik dan bertattoo dibadan ada kaitannya dengan amalan rohani sesuatu bangsa.


Dan ada juga bangsa kuno yang melakukan perbuatan seperti memanjangkan leher, memanjangkan telinga, melebarkan bibir hanya kerana berpendapat perbuatan sedemikian adalah kerana kecantikan.

Mungkin kerana pengaruh kecantikan atau teringin kelihatan cantik atau gagah adalah sebab mengapa mereka melakukan semua perkara ini. Kajian telah membuktikan bahawa, orang lebih banyak membeli barangan dengan jurujual yang cantik, mempersonakan dan dapat mengambil perhatian orang lain.


8. TERTEKAN
Tekanan sebenarnya merbahaya. Ianya meningkatkan masalah jantung dan kanser. Tekanan juga boleh membawa kepada masalah kemurungan dan boleh membawa kepada membunuh diri. Tempat kerja atau kerjaya adalah salah satu punca kepada tekanan dalam dunia masa sekarang.

Teknologi pantas kini menyebabkan menyebabkan kerja semakain pantas sehinggakan tiada lagi makna antara masa kerja dengan masa lapang seseorang. Mereka terkadang membawa pulang kerja untuk dihabiskan di rumah.

Klik pautan untuk membaca -- > 10 Kerjaya yang paling terdedah kepada tekanan

Tekanan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa juga adalah punca. Jadi, pakar menasihatkan supaya untuk mengurangkan tekanan perasaan adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup dan mengadakan senaman yang baik.


9. JUDI


Judi adalah seperti kebiasaan kepada seseorang manusia. Satu Jurnal telah dikeluarkan berkaitan dengan sifat otak manusia dengan judi.
Motivasi kepada seseorang untuk erjudi adalah kerana kepercayaan atau tafsiran untuk memenangi sesuatu.

"Orang yang berjudi, sering menafsirkan "hampir kena" adalah sesuatu yang istimewa kepada mereka dan ianya mengalakan mereka untuk terus berjudi", kata Lukas Clark daripada Universiti Cambridge.

Menurut kajian beliau, kejadian "hampir kena" memberi erti seolah-olah satu kejayaan kepada pejudi tetapi secara teknikalnya ianya adalah kerugiaan. Kekalahan pula adalah salah satu faktor yang akan menyebabkan pejudi terbawa-bawa. Mereka akan sedaya upaya menukar stategi dan akhirnya mempertaruhkan taruhan yang lebih besar!

10. BERGOSIP
Manusia adalah lumrahnya untuk mengatakan sesuatu tentang orang lain berasakan apa yang mereka lihat atau dengar. Mereka akan tetap mengatakan sesuatu dengan tidak mengira sejauh mana ianya menyakitkan, kata penyelidik.

Rubin Dunbar, pakar primatologist menurut dari sudut pandangan beliau. Babun mengeratkan hubungan mereka dengan mendidik antara satu sama lain. Tetapi manusia ada kelainannya, mereka sentiasa berkembang dan antaranya mereka memilih gosip tujuan sosial. Seperti bertemu rakan-rakan dan mengatakan sesuatu tentang orang lain.

Gosip menurut kajian, adalah untuk menetapkan batasan kumpulan manusia dan meningkatkan harha diri. Tetapi dalam banyak keadaan, gosip adalh tidak benar dan tidak tepat. Tetapi, walaupun ianya begitu, ia telah mengeratkan ikatan manusia dalam kumpulan tersebut.

[Sumber : livescience.com]
[sumber gambar : Google]

10 Perkara atau tabiat yang memusnahkan manusia. Ianya sama ada kepada diri kita sendiri atau orang lain dikeliling kita. Walaupun ianya adalah lumrah dalam kehidupan kita sebagai seseorang manusia, ajaran dan pegangan telah banyak mengajar kita tentang batas-batas dalam kehidupan.

Perbuatan atau sifat tersebut haruslah sentiasa dihindarkan kerana ianya samada memusnahkan diri sendiri mahupun orang lain. Dan kebanyakkan sifat di atas, sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan kita seharian kita.


p/s : Itulah keindahan Manusia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Apakah lagi tabiat atau perangai manusia yang pada anda memusnahkan? 
Tinggalkan dalam ruangan komen pendapat anda untuk perkongsiaan bersama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 comments:

  1. mengikut albert bandurah

    menipu merupakan salah satu cara untuk menyelamatkan diri
    (yeke?hmm...rs nya btol la kot)

    ReplyDelete
  2. 10 je? rasanya banyak lagi tu...

    ReplyDelete
  3. percaya tak, kebanyakan ciri2 tu dah pun ada pada budak2 sekolah rendah? scary kan?

    ReplyDelete
  4. warna2 kehidupan..manusia yg kurang menggunakan akal yg waras cenderung menuju ke arah yg bertentangan~

    ReplyDelete
  5. @Titisan Hujan : Betul, mungkin sebab itu orang suka menipu

    @Nasriq : Yap 10 saja, tak dapat nak hurai banyak3x...hehehe

    @RedVixen : Betul tu, makin awal mereka mengetahui tentang sesuatu benda itu, semakin pandai mereka dalam apa-apa sahaja proses pelik itu.

    @Sal Ijou : Betul, sebab itu kita di ajarkan untuk mengetahu perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

    ReplyDelete
  6. Betol, semua yg dinyatakan kt atas tu hari2 berlaku . Ish3 . Manusia oh manusia . huhu

    ReplyDelete
  7. 2,5,8 mungkin ada sikit2 pd aku,,, huu

    ReplyDelete
  8. pergi pasar naik kuda?apakah?hehe. pegi pasar naik kereta, terima kasih atas komen lana,ehem3, hehe

    Eh, apa beza berbohong dengan menipu? bukan ke sama?kompius.. dalam banyak2 ciri ni.. semua ciri takda kat lana..sbb..lana baik.. T____T hahahaahahah

    ReplyDelete
  9. @Muhammad Burn : hehehehe...perbaiki nya.. :P

    @Tyntha Lana : Bohong mungkin perbuatan, Tipu perkataan...Lana memang baik :P

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Silakan...semoga mendapat kebaikkan

      Delete

Terima kasih atas komen anda.