Wednesday, July 6, 2011

APA ITU KEJAYAAN? MIMPI ATAU CERITA?

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, saya asyik mengimbau tentang masa lalu yang pernah dilalui. Dari bangku sekolah sehingga kerusi kerja. Bertanya, apakah cerita yang patut saya kelaskan sebagai berjaya atau sebuah kejayaan.

Saya sengaja mengimbau sejarah lama yang mungkin masih dapat diingat mahupun ingat-ingat lupa. Mungkin ada secebis dua pengajaran yang dapat digunakan untuk mengisi ruang yang tertinggal untuk mengisi kejayaan. Mungkin.

Kejayaan Bukan Mimpi | Gambar : Google

Memahami dan mentelaah sejarah kembali bagaimana dulu kita menghadiri sesi motivasi sebelum menghadapi SPM, mengulang kaji sehingga pagi sebelum "Final Exam" sehingga mata menjadi lebam dan bergembira menerima sekeping Diploma atau Ijazah setelah bertahun lama bertungkus lumus. tapi adakah itu di anggap kejayaan?

DEFINASI KEJAYAAN

Defininasi kejayaan kepada seseorang mungkin berlainan tetapi kalau Ito katakan semua definasi itu adalah betul, setujukan anda? Dalam dunia yang amat terbentang luas ini, definasi nya adalah berbeza kepada setiap insan dan jiwa yang memerlukan kejayaan dan percaya kepadanya.

Memperoleh 10A dalam SPM adakah ianya kejayaan? Mendapatkan Biasiswa kerajaan, adakah Ianya Kejayaan? CGPA 4.00 untuk Diploma dan Ijazah adakah ianya berjaya?

Tapi mari kita ke satu sudut berjaya yang lain pula, berjaya mendapatkan wang berjuta-juta juga adakah ianya dianggap berjaya? Berjaya kerja dengan gaji besar adakah ianya juga kejayaan? Mempunyai hartanah yang banyak adakah ianya juga kejayaan?

CITA-CITA

Namun, di sini cuba saya kecilkan makna kejayaan mengikut pandangan sendiri. Pada saya, kejayaan adalah kerana tercapainya objektif sesuatu perkara yang telah kita tetapkan. Contohnya terdekat adalah cita-cita. Teringat dulu, guru motivasi kelas bahasa English menasihatkan Ito untuk mempunyai cita-cita bagi mencapai kejayaan. Apa yang dapat saya fahami ketika Itu adalah fokus, fokus dan fokus. Hasilnya sekarang  saya mempercayai kata guru saya kerana ianya benar berlaku.

Berapa lama? pandang sahaja berapa releven dan jauh cita-cita kita.

Contoh mudah, bandingkan sahaja anda ingin mendapatkan 10sen setiap hari berbanding RM1000 sehari. Memang tidak mustahil tapi perlu ada teknik dan kesabaran. Jika berjaya, jadi itulah kejayaan anda.

Mengejar kejayaan sememangnya memerlukan mimpi dan cita-cita dipermulaan. Ilustrasikan anda ingin menjadi apa yang anda inginkan dan jangan berhenti melangkah untuk menangkapnya. Bercita-citalah setinggi bulan kerana jika kita jatuh, pastikan jatuh di atas awan, tidak terus tersembam di atas bumi.

Cerita orang berjaya, berjaya merealisasikan mimpinya. Cerita orang bermimpi, berjaya menceritakan mimpinya.

salam dan selamat berjaya

Soalan :Adakah cita-cita yang mendorong kepada kejayaan anda sekarang? sudikan berkongsi dengan meninggalkannya diruang komen. Terima Kasih.

7 comments:

  1. sangat setuju dengan anda. kejayaan tu bergantung kpd diri kita sendiri, cuma nak atau tidak. dengan berkat doa, ditambah dengan kerajinan, insyallah kejayaan tu akan datang dengan mudahnya :)

    ReplyDelete
  2. @YUL Hehehe...yap...itulah kejayaan...banyak perencah yang perlu digunakan :)

    ReplyDelete
  3. hahah..cerita pasal success..ia aderlah abstrak....bercita - citalah setinggi gunung asal bukan sebuah mimpi mat jenin...:)

    ReplyDelete
  4. Tambah sket abg talif, dalam dunia ni, takda satu perkara pun yang berlaku secara kebetulan. tak main ya ayat "oh, ini kebetulan je". segala yang berlaku ada sebab dan kesan. Jadi,nak berjaya pun, tak boleh harap keajaiban datang bergolek.semua bermula dri lngkh pertama, kan,kan. ngeee ^_^

    ~tak habis2 ayat power2 je aku neyh,muahahaha

    ReplyDelete
  5. bagi aku kejayaan bila orang mengiktiraf kita sebagai yang berjaya... bukan diri sendiri yang iktiraf...

    ReplyDelete
  6. Bagi sy pulak..kita dianggap berjaya bila kita dpt stabilkan diri in terms of kewangan, kerjaya, hubungan dengan Pencipta & dgn makhluk keseluruhannya..~

    ReplyDelete
  7. Memang betul saudara..bermula dari cita-cita dan keingginan untuk menang adalah salah satu tangga kepada kejayaan. Walaupun cita-cita saya dulu tidak tercapai bukan bermaksud saya tak berjaya..saya bersetuju dengan falsafah hidup saudara.."Bercita-citalah setinggi bulan kerana jika kita jatuh, pastikan jatuh di atas awan, tidak terus tersembam di atas bumi"....tepuklah dada tanyalah selera..thank's.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.