Tuesday, July 26, 2011

BLOG MESRA SEO | TITLE TAGS UNTUK BLOG

Salam dan Selamat Sejahtera semua.
Bertemu saya lagi dalam rancangan cara mendapatkan traffik dengan tips dan cara menjadikan blog mesra seo tahap power rangers merah dengan mudah! Maaflah ya, kalau merapu, sebab takut ada yang bosan. Seperti tajuk, Blogger atau blogspot memerlukan Title Tag untuk menjadikan blog mesra seo untuk para blogger di blogspot.

Search Enjin Optimizer | Gambar : Google

Blog yang mengunakan platform blogger atau blogspot akan menunjukkan title atau nama blog anda di hadapan dan tajuk entri atau post dalam enjin carian. Namun, bagi yang inginkan blog lebih mesra seo, seharusnya ianya penting untuk membuatkan tajuk entri atau post di hadapan dan blog title di belakang.

Sebagai contoh mudah, katakan anda ingin mempelajari sesuatu tentang seo, er...ambil contoh lainlah, asyik seo :). Ok, kita tukar kepada ingin mendapatkan kucing comel dan ingin membelinya. Anda search melalui google dan apa yang anda akan taip di Google?

Jom saya buat 3 andaian kata kunci atau keyword yang bakal anda taip,

1. Kucing comel yang di jual di Sarawak? mungkin..mmm
2. Syarikat yang menjual kucing dengan harga murah? atau
3. Membeli kucing macam garfield dan harganya ? ada tak, :)

Jika sememangnya anda mengetahui alamat URL atau web sesuatu syarikat yang menjual kucing, mungkin anda akan terus menaip alamat web mereka. Namun, saya yakin ramai tidak mengetahui apakah syarikat yang menyediakan servis tersebut dan hanya akan menaip apa yang mereka mahukan di google.

Justeru, meletakkan Title Tag akan menjadikan blog lebih mesra seo kerana apa yang anda taip diatas untuk mencari kucing, adalah keyword untuk sampai ke sesuatu halaman. Ini adalah antara cara awal dan mudah untuk seo blog, sebelum kita belajar teknik mengunakan keyword sebagai teknik seo blog atau laman kita nanti.

Untuk lebih faham, lihat gambar di bawah untuk hasil enjin carian bagi blogger yang mengunakan Title Tags.



kata carian taip : motivasi diri semasa berkerja

Cara untuk menukarkan blog menjadi lebih mesra seo, ikut tutorial di bawah;

TUTORIAL TITLE TAGS UNTUK BLOGGER

1. Pergi ke layout > Edit HTML (jangan expand widget)

2. Save Template!

3. Tekan "ctrl + F" dan cari



4. Kemudian gantikan scripts di atas dengan script ini;



5. Klik Preview > Tiada Error > dan Save

Sekarang cuba taipkan tajuk entri di google dan lihat hasilnya.

Tahniah! anda telah pun berjaya mengubah Title Tags anda untuk berada di depan dalam halaman paparan Google dan menukarkan blog menjadi blog mesra seo.

Namun itu, adalah hanya salah satu langkah permulaan untuk menjadikan blog mesra kepada search enjin. Banyak lagi cara yang perlu diketahui dan di pelajari untuk lebih seo blog. Selamat mencuba dan selamat maju jaya! \(^^)/

Untuk Yutaka, cepat tukar! :)

p/s : Antara tempat mula-mula saya belajar SEO adalah di blog Pendekar Berkuda. Penerangan jelas dan baik, sesuai untuk permulaan belajar cara seo

9 comments:

  1. warhh..best ni abgtaliff! thanks ya for sharing! Nak bookmark dulu! :)

    ReplyDelete
  2. weh..talif..aku tak nampak..apesal sal namapk kabur...huhuhuhuhuh....:)

    ReplyDelete
  3. @ lana : Selamat mencuba :)

    @ Yutaka : HUhuhuh, maaf, dah tukar sudah...selamat menaip satu2..wakakaka

    ReplyDelete
  4. oooo... aku nak mintak tunjuk ajar mr jepun la...

    ReplyDelete
  5. @Nasriq : Wahahahaha....Selamat belajar meng SEO :)

    ReplyDelete
  6. Thx bro.. aku baru nak berjinak dengan dunia blogging ni dan bro punya tutorial memang banyak membantu.. sekarang dah makin faham apa tu SEO.. Hehe!

    Jemput singgah :)
    http://kentutberapiapi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Terima kasih bro atas perkongsian yang bermanfaat ini.. tadi aku pergi seminar blogging, nak belajar SEO ni sahaja die tawarkan RM350..tuah badan terjumpa blog bro, aku buat memang menjadi..harap dapat kongsi banyak lagi info-info blogging ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..saya harapkan ianya akan menjadi manfaat bersama. Sebenarnya banyak yang perlu kita pelajari dengan SEO. Ianya memang susah dan terlalu spesifik.

      Alhamdullilah jika saya sudah membantu anda.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.